Rumah berhantu : 2

158 21 0
                                    

Danial mencampakkan dirinya ke atas katil. Penat berpunggah barang dan membawa secara manual naik turun tangga.

Roh yang sebelum ini masih berada di dalam biliknya sedang duduk di balkoni, memerhati langit malam. Alahai hantu ni, menjiwai ya.

'Mungkin, ini bilik dia.'

Telefonnya berbunyi. Danial bangkit dari katil lalu mengangkat telefonnya. Nama Is tentera disana. Entah kenapa Danial merasa roh itu masuk ke dalam saat dia sedang berada di dalam talian. 'Penyibuk betul dia ni.'

"Hello Is, waalaikumussalam. Ya?"

"Lepak jum!"

"Sorry dowh, tak dapat hari ni. Aku mendadak pindah rumah dan sekolah. Lupa do bagitau. Area sini pun aku belum tahu lagi." Adu Danial kembali baring, posisi telefon tadinya kiri dialih ke kanan. Tidak selesa bila hantu tu turut menempel disebelahnya.

"La, ye ke. Ha tak pelah, kau pindah mana tu? Nanti aku dengan Danny datang melawat."

"La, susah korang je. Aku kat taman Perdana Kajang, jauh jugak weh." Danial terharu dengan sikap prihatin kawannya.

"Eleh, kitorang ride kesanalah cuti-cuti nanti." Ucap Is.

"Okey ah camtu. Pasal latihan silat yang aku minta tu, boleh tunda beberapa hari?" Danial mengharapkan kefahaman mereka.

"Eh tak pe, aku pun boleh santai. Kau letaklah tarikh sesuai masa cuti, masa cuti bolehlah aku datang ajar kau. Memandangkan kerja aku dengan Danny terperap je dalam rumah."

"Yeke, Alhamdulillah. Thanks bro."  Danial gembira tak terkata. Syukur dia ada sahabat yang memahami.

Talian ditamatkan selepas itu. Danial bangkit dari pembaringannya dan menuju ke almari. Dia mengeluarkan perfume nya, senaskah Al-Quran di rak atas.

"La, patutlah aku tak boleh masuk. Ada Al-Quran. Hm. Tapi pewangi tu, asal bau dia busuk sangat?"

Danial tersenyum sendiri saat roh itu membebel sendiri. Memang patut pun dia letak dalam almari, tak hingin dia pagi-pagi dapat jumpscare saat sedang mamai bangun tido. Kantoilah dia mampu melihat. Sudahlah dia masih tak biasa ada keberadaan lain dalam biliknya.

'Aku rasa dia ni macam Aliyalah. Merayau dalam rumah.'

Danial melihat kotak-kotak pewangi yang dibelinya dari Danny. Cantik dan harum.
"Bijak betul dia ni meniaga masa usia muda. Tak mengharapkan orang tua." Kagum Danial ke atas Danny.

Danny : ehm hem, watak utama en? 😏

Danial mengeluarkan satu botol lalu diletak atas meja. Perfume itu terus disemprot ke arah katil.

"Bapak busuk siaa! Oiii, pewangi apa kau guna tu ha!? Busuk gila!"

Danial cuak, dia berhenti menyembur pewangi tersebut. Bingit telinganya dek dimarahi si hantu tak dikenal.

"Hmm, semuanya ke atas kehendak Allah. Aku harap pewangi pelindung yang dibaca surah ni boleh lindungi aku dari hal-hal yang tidak diingini." Danial sengaja bercakap seorang. Bagi menyedapkan hantu di belakangnya.

"Tsk. Bukan calang-calang budak duduk bilik aku ni rupanya. Takpe, memandangkan kau budak baik, terpaksalah aku pi kat abang kau yang sekor tu." Hantu tu mengalah. Tapi sasarannya kali ini mesti Izz.

HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES CWhere stories live. Discover now