P24 ʀᴀsᴜᴋ

427 56 2
                                    

Aku merana dalam kegelapan. Aku cuba sedaya upaya, namun hampa masih sama. Surah sudahku bawa, keyakinan sudahku bentang. Selebihnya aku berserah pada Allah.

Hasilnya mengecewakan. Aku masih terkurung, di dalam badan sendiri. Kegelapan membuat semangatku hilang.

Tiada apa yang nampak, bahkan jari-jari tanganku tidak dapat dirasai.

"Dah agak, kena ada seseorang lagi membantu aku dari luar tubuh ni."

.................

"Arghhhhhhhhh!" Danny kesakitan di atas lantai. Penangan bau minyak wangi Is dan juga ucapan 'Allahu Akbar' dari Is di tingkat bawah telah menyerangnya di situ.

"Manusia jahanam, patutnya ku bunuh dia semalam!" Berang Danny lalu menyelerakkan segala dupa-dupanya.

..................

Di rumah seseorang, Is tersedar dari pengsannya. Wajah pertama yang menyapa adalah guru wanita di sekolahnya.

Cikgu Husna memanggil yang lain, Amsyar membantu mendudukkan Is dengan selesa.

"Saya kat mana?" Tanya Is memegang kepalanya yang pening.

"Ni kat surau berdekatan. Ustaz suruh berkumpul kat sini. Dah lepas waktu zuhur, kau solat dulu." Ujar Syaril.

Is menoleh, memandang cikgunya yang berada di situ. Tertanya-tanya juga, apa yang cikgunya buat disitu.

"Kenapa cikgu Husna berada di disini?"

"Cikgu dapat tahu Danny dah keluar hospital, ingat nak datang ziarah. Tapi  kebetulan terserempak dengan mereka yang gendong kamu yang pengsan." Ujar Husna sambil tunjuk Amsyar dan kawan-kawannya.

"Maafkan saya merisaukan cikgu."
"Tak apa, lagipun cikgu ada sesuatu nak tanya."

Is terkebil-kebil.
............

Selesai sahaja solat asar, keluarga pesakit yang kena rasuk berkumpul. Amsyar dan juga kawan-kawannya, Cikgu Husna, Puan Raudhah, Ustaz Syamim dan Is.

Mereka duduk dalam bulatan.
"Begitu ceritanya, jadi puncanya dari Danny yang kena rasuk?"

Amsyar dan kawan-kawannya mengangguk. Is turut mengangguk. Setuju.

"Kenapa boleh jadi macam tu?" Si ayah kepada budak perempuan itu bertanya.

"Mungkin kerana anak encik mempunyai semangat yang lemah, mungkin ini kesempatan makhluk halus merasukinya." Ujar Puan Raudhah yakin dengan ulasannya.

"Makhluk halus sangat licik, kadang sesetengah orang yang mereka akan serang. Jadi kita kena berhati-hati. Jangan menolak takdir ini, tuhan telah menetapkan sepatutnya. Kita sebagai hamba Allah, adalah melawan mereka. Tunjukkan kepada mereka, cucu cicit Nabi Muhammad tidak akan menyerah." Tegas ustaz itu berkata.

Is mengangguk. Sejujurnya ini kali pertama dia merasa ketakutan. Adakah itu yang dirasakan oleh Danny bila dia keseorangan?

Is simpati akan nasib Danny.
"Iskandar, kamu ada masa luang?"
"Ya cikgu, saya pun nak tanya sesuatu kat cikgu jugak."

Mereka keluar dari surau, duduk di pondok yang disediakan.
"Danny apa khabar?"
"Saya belum jenguk dia lagi hari ni." Ujar Is serba salah.

"Sebenarnya apa yang terjadi? Saya tak sempat singgah rumah Danny, saya dengar budak perempuan yang kena rasuk ada kaitan dengan Danny?" Soalan bertalu cikgu Husna buat Is mengangguk payah.

"Hmm, begitu. Kalau begitu. Cikgu nak kenalkan dia. Itu kalau kamu nampak."

Is berkerut, namun selepas itu, ada bayang seseorang berbentuk kabus namun masih nampak sifat fizikalnya.

HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES CDär berättelser lever. Upptäck nu