P30 Tamat HAH?

389 36 4
                                    

"Danny, duduk sini. Cerita housemate aku hantu dah nak tamat ni. Episode last!" Jerit Aliya sambil makan popcorn. Danny datang dengan bantal guling. Duduk disebelah Aliya.

"Dah nak habis dah cerita ni." Danny kecewa.
"Kau rasa pengakhiran dia macam mana?" Soal Aliya sambil tersengih-sengih.

"Atleast bagilah jumpscare ke, ni tak. Sendu ja. Dahla jalan cerita tak best." Komen Danny selamba.

"Hek eleh, kau ke orang tu yang buat cerita? Kalau rasa tak masyok sangat buat sendiri. Ingat senang ke nak buat scene horror tu? Orang yang dah pengalaman je boleh buat gempak. Ini orang first time buat horror. Tak berapa Horror pulak tu. Hargailah karya dia.."

Danny buat muka.
"Yalah kau, mentang-mentang dialah heroin dalam cerita ni." Bisik Danny sendiri.

"Kau cakap apa!?"
"Aku cakap kaulah hantu paling cantik pernah aku jumpa."
Aliya blushing.

"Aku masih nak berteka teki dengan kau ni Danny, kau rasa apa pengakhiran cerita ni weh?"

"Manalah aku tahu ya Allah, ada jugak aku cepuk hantu ni." Bengang Danny.

"Kau ni tak sporting betul, atleast bagilah gambaran ke apa tentang pengakhiran cerita ni."

Danny mengambil popcorn di tangan Aliya. Lalu dikunyah selamba.
"Aku kalau boleh, nak tamatkan dalam bentuk 'Bad ending'. Takde istilah nak 'happy ending' bagai."

Aliya kunyah popcorn. Fokus dia kepada Danny. Tv dihadapan tidak dipandang.
"Macam mana tu?

"Macam ada scene berdarah-darah. Huarghhh!"

"Tak seram mangkuk."

'First blood!'

Danny tersengih-sengih. Buat Aliya terkejut memang tak dapat punya.

"Macam tula, nama pun cerita hantu. Mestilah buat seram." Ujar Danny. Tapi Aliya tidak setuju.

"Dalam drama aku tengok, tak ada pun seram. Ada yang lawak je."

'Double kill!'

"Ish, yelah. Kau je betul. Lelaki tak pernah menang pun."

"Lelaki je tak pernah nak dengar pendapat perempuan, tau ikut kepala otak sendiri je."

'Tripple kill'
Danny pegang hati. Sakit siakkk! Tak boleh ni, kena balas!

"Tapi dah kalau letak genre horror, seram jela. Nak buat apa tambah lawak-lawak. Tak kemana lah cerita dia."

"Boleh je nak tambah scene lawak-lawak, baru dapat sambutan ramai. Macam cerita pee-mak tu."

'Maniac!'

Danny pegang hati dia. Rasa macam kena serangan jantung. Ada je jawapan padu Aliya. Ni kalau balas balik, SYAKITTTT!

"Dah ahh, tak nak dengar apa-apa lagi. Kalau balas nanti dapat defeat pulak." Gumam Danny tidak difahami Aliya.

"Kau merapu apa ni Danny?"

"Aku ingat nak sapu dapur, aku cau dulu. Tengoklah cerita tu sampai habis."

Danny angkat punggung. Menyesal dia duduk dengan Aliya. Lost mood lagi.

"Ha, okey-okey."

Aliya khusyuk menonton, sedar-sedar cerita yang dilihatnya sudah pun tamat dengan kematian tragis hero.
Aliya sedih tak semena-mena.

Kerana sanggup berkorban nyawa melindungi rumah tersebut dari diroboh oleh pihak berkuasa, akhirnya hero memilih untuk menentang. Namun, kerana ia permintaan peribadi, pihak berkuasa tidak mendengarkannya sebaliknya meneruskan perkerjaan merosakkan rumah tersebut.

HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES CWhere stories live. Discover now