Rumah berhantu : 3

171 21 0
                                    

Danial menyelesaikan solat subuhnya. Dia bangkit lalu mengemas sejadahnya. Matanya mengerling ke arah roh yang sedang baring mengering menghadapnya dari jauh. Sebelah almari.

"Patut ke aku keluarkan minyak wangi tu ek? Risau pulak Huda atau Amy yang kebas." Danial sengaja bersuara.

Melihat riak hantu yang mula teruja, dia bangkit dari baring, mengering. Danial dihampiri tidak rapat sangat.

"Tolong keluarkan, aku nak tido situ. Tu tempat aku. Jangan risau, minyak wangi kau tu aku jaga. Aku tak benarkan sape-sape sentuh barang kau." Janji hantu tersebut. Sangat berharap, walaupun suaranya tidak didengari.

"Emmm, bukan minyak wangi je. Aku risau Si Izz bagitau ibu yang aku sorokkan majalah dewasa kat bawah katil." Sambung Danial sengaja.

"Takpe, yang tu pun aku ja- Eh kejap, majalah dewasa? La, aku ingat kau ni alim. Tak sang-"

"Hmm, tak yah la alih-alih, biarlah minyak wangi kat situ." Danial provok.

"Eh eh eh, ye ye aku jaga semua dalam bilik ni, jangan risau. Orang yang masuk bilik ni aku akan pergi halau dia." Janji hantu tu takut-takut.

"Hmm, kena alihkan jugaklah minyak wangi tu sebab Huda dan Amy tahu tempat aku sorok. Dan aku harap diorang tak ade tabiat nak selongkar barang-barang aku. Jangan aku perasan satu pun hilang sudah."

Danial tersenyum leret saat hantu itu berubah riak, yang pastinya kesal dengan permintaannya yang berlebihan. Hehehe. Saje, nak kenakan hantu itu.

Danial mengemas apa yang patut. Hari ini, dia akan masuk ke sekolah barunya. Danial mengeluh lagi. Bukan dia tidak suka sekolah, tapi dia paling bermasalah hendak membezakan manusia dan hantu. Dan paling benci saat dia salah menegur.

"Kau boleh Danial, kau boleh hadapinya." Danial menggengam penumbuk tangannya, memberi semangat kepada dirinya sendiri.

......

Sedang bersarapan, suasana riuh seperti biasa dengan percakapan Huda dan Amy, Zafran berborak dengan ayahnya tentang aktiviti petang nanti. Ibu pula yang sudah sarapan terlebih dahulu mengemas dapur. Hanya Izzudin yang makan penuh diam.

"Oi Izz."

Izzudin terangkat bahu. Dia dengan perlahannya mengangkat wajahnya yang jelas tak kena.
"Kau asal? Pucat do muka kau. Kau sakit ke?" Hairan Danial.

"A-Aku okey." Ujarnya sedikit tergagap. Tiada yang perasan akan hal itu, namun Danial menyedari sesuatu yang aneh terjadi ke atas Izzudin.

"Ayah, nak tanya boleh?" Tiba-tiba Izzudin bersuara meraih perhatian ayahnya. Danial hanya memerhati.

"Apa dia?"

"Ayah stay rumah ni sampai kontrak habis ke macam mana?" Soal Izzudin tiba-tiba.

Si ayah tersenyum.
"Kalau ada rezeki kita boleh beli rumah ni lepas habis kontrak. Ayah dah penat pindah-pindah. Rumah ni dalam kondisi yang bagus. Kenapa kau tanya Izz? Ada sesuatu kau tak puas?"

Izzudin senyum.
"Tak adalah, Izz baru perasan ada kolam terbiar di halaman belakang bilik Izz. Ingat nak bersihkan kelak. Boleh kita guna."

Danial terkedu. Selama ni dia yang berada disebelah bilik Izz tak perasan akan keberadaan kolam itu. Tapi dia rasa memang tak ada kolam semalam. Dia dah kemas balkoni biliknya.

"Kolam?" Zafran tertarik.

"Setahu ayah, rumah ni tak ada kolam." Ujar ayahnya.

"Bila kau sedar ada kolam Izz?" Tanya Huda tertarik.
"Malam tadi, aku rokok kat luar bilik. Perasan ada kanvas hijau yang dah penuh lumut tutup kolam tu masa aku buang rokok." Izzudin bersuara takut-takut. Kantoi dia merokok. Tapi si ayah tidak pula memarahinya.

HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES COnde histórias criam vida. Descubra agora