P20 M!mpi?

380 43 1
                                    

Danny mencelik mata. Sedar-sedar je dia berada di ruang tamu. Berbaring elok disofa dengan Is yang sedap makan burger. Makan Burger? Danny automatik jadi lapar.

"Yo, dah bangun?"
Danny memegang kepalanya. Sakit. Pening mengusai.
"Apa jadi kat aku?"
"Kau tak ingat apa-apa ke?"

Danny menggeleng. Is garu kepala. Danny cuba untuk duduk dan menyandar lemah ke sofa.

"Kau sorok belakang sofa merapu macam orang gila tengah malam tadi. Aku ingat hantu mana berzikir belakang sofa. Rupanya kau."

Danny meraup wajah, sumpah dia tidak ingat apa yang berlaku ke atasnya. Kali terakhir ketika dirinya ditarik dan seakan bergelut dengan sesuatu sehingga tidak sedar.

"Kau buat apa masa tu?" Is bertanya ingin tahu.

Danny menggeleng.
"Pukul berapa sekarang?"
"Dah petang ni, kau tu tido mati. Simbah dengan sebaldi air pun kau tak sedar-sedar. Kalau sampai 24 jam memang aku terpaksa bawak ko ke hospital."

Danny terkebil-kebil. Petang? Jadi selama ni dia tertidur tak ingat dunia
"Allahuakbar. Macam mana boleh aku tidur mati?"
"Tu la aku tanya kau buat apa malam tadi?" Soal Is sambil menyumbat sisa burger ke dalam mulutnya.

"Aku..Aku kena serang iblis."
"Uhurk-uhurk!" Is terus berlari mendapatkan air mineral di dalam peti sejuk. Dapat je terus teguk. Kemudian dia kembali sambil perhati Danny atas bawah.

Dia terkejut mendengar cerita Danny. Danny yang tidak menghiraukan pandangannya meraup wajah kegelisahan.
"Ganggu kau lagi?"
Danny mengangguk dengan pertanyaan Is.
"Siap menyamar jadi kau masa tu." Danny pandang Is. Risau. Takut yang dihadapannya bukan Is.

"Chill mangkuk, aku tetap aku sekarang. Tak payah buat muka tak siap. Bukan ko hensem pun."
"Sempat lagi kau."

"Atleast kau kenal aku bergurau macam mana." Is mengingatkan Danny.

Danny masih berwajah muram.
"Aku teman kau tido malam ni." Is cuba menenangkan Danny.
"Aku dah tido lebih masa, nak minta kau teman? Memang taklah, kau nak tido."
"Dah tu kau nak buat apa? Cari gaduh dengan Aliya?"

Danny tersedar.
"Cakap pasal Aliya, aku tak jumpa dia do."
"Kau baru bangun memanglah belum jumpa. Aku baru jumpa dia kat dapur. Tengah kira lipas."

Sebaik dengar nama binatang tersebut, Danny terus memucat.
"Hantu tu memang tak putus asa."

...........

Danny melipat sejadah. Dia yang baru selesai melakukan solat fardhu Isyak membuka Al-Quran untuk meluangkan masa tersisanya.

Selesai sahaja, dia pergi keluar bilik. Tidak tahu apa dibuat maka tv menjadi sasarannya.

Is? Dah lena dengan mimpi. Cakap teman, tapi dia dulu sudah rebah. Bak kata orang, inilah dikatakan pagar makan padi.

"Aliya...Kau ada kat sini?" Danny cuba bersuara. Mana tahu Aliya menyorok dalam dinding. Bukan dia tak kenal Aliya.

Danny berkerut. Dia tak sedap hati. Sejak kejadian tersebut, dia tidak berani menyombong dihadapan hantu-hantu yang dia dah jumpa. Risau salah satu dari mereka adalah hamba iblis.

Danny duduk ke sofa. Menghadap TV yang masih belum dibuka. Gelap. Sunyi.



"Danny.."

Danny menoleh laju. Terdengar jelas namanya dipanggil. Jantungnya mula berdenyut laju.

Melilau matanya menerawang ke seluruh ruang tamu sehingga dapur. Memang dapur jelas kelihatan kerana ianya disebelah ruang tamu sahaja. Namun, sesuatu di sudut siling dapur menampakkan sosok hitam yang jelas melekap, kelibat hitam itu tidak nampak dengan jelas kerana lampu dapur ditutup.

Hanya bayangan hitam.
"Aliya?" Danny cuba bersapa. Baru hendak mengangkat punggung.

Dengan pantasnya kelibat itu merangkak ke arahnya!

"Allah!"

.......

"Ha!"
"Ha...Ha..."

Danny tersedar dari tidur. Dia melihat sekeliling, kelihatan Is sedang mendengar lagu dengan headphone dikepala. Melihat dirinya tersedar, Is membuka headphonenya.

"Yo, dah bangun?"
Danny memegang kepalanya. Sakit. Pening mengusai.
"Apa jadi kat aku?"
"Kau tak ingat apa-apa ke?"

Danny terkesima. Dia seakan pernah mendengar ayat yang muntah dari mulut Is. ia SAMA!

Danny terbutang mata. Dadanya berombak laju dan menatap Is tajam.
"Kau.. Kau sape!?"

Is berkerut.
"Kau dah kenapa bro?"

"Aku kat mana!? Bagitau aku! Aku kat mana sekarang!?"

Is yang tadinya berkerut akhirnya melebar senyuman menyeringai.
Danny berundur ketakutan. Sah-sah dihadapannya bukan Danny. Kepala yang berdenyut membuatkan tubuhnya tidak seimbang lantas jatuh ke lantai rumah.

"Kau dalam mimpi."

Danny terbutang mata. Jawapan Is membuatnya ketakutan teramat. Dihadapannya bukan kawannya tapi iblis!

"A-apa jadi kat tubuh aku setan!?"
"Tubuh kau? Tak tahu. Kau rasa?"

Danny berang dalam ketakutan. Dia tidak kenal siapa dihadapannya. Tapi setiap kali dia mula leka, iblis tersebut pasti datang mengingatkan dan mengerjakannya.

"Sudahku pesan, sejauh mana kau pergi, kau tetap dicari." Dia bercakap seperti manusia dengan wajah Is. Danny merengus. Sakit melihat wajah sahabatnya dipergunakan.

"Kau bagi balik tubuh aku! Aku tak pernah ganggu kau!"
"Kau patut mati."
"Hanya tuhan aku yang layak mencabut nyawa aku. Bukan kau!" Danny menunding jari. Kemarahannya membangkitkan keberaniannya.

Iblis yang menyerupai Is mula mempamer wajah bosan. Merenung Danny dengan mata redup dan sudah pastinya mendendami Danny.

"Kau tak ada masa lagi."
Danny berkerut. Dia tidak faham.

Namun, sesuatu sedang berlaku. Dadanya sendat. Danny termengah-mengah. Mencari nafas. Dia terbaring di atas lantai.

Suasana yang tadinya di dalam rumahnya kini sudah bertukar rupa. Gelap. Iblis yang menyerupai Is juga lesap dan menghilang. Dia tidak tahu berada dimana. Nafasnya yang terasa pendek buatkan dia cuba mengucap. Dia sedar sekarang, bukan tiba masanya dia mati lagi.

Ada sesuatu yang berlaku ke atas tubuhnya. Is terus membaca surah pelindung. Dia bertawakal apa yang telah terjadi keatasnya.

"Danny! Allahuakbar! Jumpa jugak kau akhirnya!"

Terdengar sayup-sayup suara orang menyapa di telinganya. Namun, ia sekadar berdengung dan mula lenyap. Danny tawakal sepenuhnya.








Sorry guys, for late response and update. Actually, this is last day for my semester. So, i berpeluang untuk update harini. But, cerita aku semakin mengarut dan plot yang dikenakan tak sesuai dengan sinopsis. Namapun Horror so aku masukkan beberapa chap kali ni seram tak berapa seram. Huhu. Saja nak bagi plot twist yang tak berapa twist. So for now, aku nak buat cerita ni semakin tak logik dalam otak kau. Hm hm. Memandangkan ni idea aku, kau baca je. Suka hati aku nak buat apa. Sebab aku je tau apa je akan jadi kepada episode seterusnya.

#Komenlah selagi ruang komen masih dibuka.
#Kau bagi komen tak sedap, aku terus unpub book ni. Hehe.

#Well, have a nice day. And, enjoy for your holiday!

HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES CWhere stories live. Discover now