Cook

237 31 8
                                    

Danny menyelesaikan solat subuh, tidak lupa membaca doa. Pagi cuti ini, dia berniat hendak tidur sepanjang hari, namun bangun ketika hendak solat sahaja. Bukan apa, semalaman ini kerjanya hanya menyiapkan semua kerja sekolahnya. Tidak mahu last minute.

Bunyi seseorang memasak di dapur menarik perhatiannya. Bahkan gaya bunyi memasak itu sungguhlah bising.

"Dah buang tabiat ke Is ni memasak sampai bunyi 'keletang keletung, keletang keletung, ni bertukang ke apa ni.." Tak relex Danny mendengarnya.

Bukak pintu, kaki dibawak ke dapur. Pertama-tamanya yang menyapanya adalah Is dengan wajah baru bangun tidurnya, buktinya air liur basi tepi bibir. Sah belum solat subuh ni.

"Eh ko, dah tu sape masak kat dapur tu?"
"Manalah aku tau. Setahu aku tak ada hantu lain kat sini selain Aliya." ujar Danny tidak peduli dengan Is yang menguap besar.

Is bawak diri pergi bilik air, yang pastinya nak mandi.

"Hoi!"

"Oh kau terlompat katak!" Latah Aliya tak sengaja sambil terbaling senduk ditangan. Tergolek senduk nasi itu ke kaki Danny.

"Engko ni dah kenapa masak pepagi buta Aliya? Satu hal lagi, asal bersepah sangat dapur ni ha? Yang ko goreng tu apa? Tepung mana campur minyak Aliya, aduhh....Aku tak tau nak tergelak ke nak kesian dekat kau ni." Danny geleng kepala..

Aliya tersengih-sengih.
"Aku jumpa satu resepi ni kat TikTok, tu aku cuba. Tapi aku tak tau kenapa boleh tak jadi." Adu Aliya sambil buat muka tak bersalahnya dengan pakej pusing-pusing badan comel dia.

"Kau masak memang tak pernah jadi. Barang kau pegang tu kadang tembus kadang tak, jadi tepung tu pun ikut terbang macam kau. Ha, logik mana logik? Pernah tengok hantu lain masak? Ko je yang buang tabiat." Danny tak berhenti membebel.

"Bising apa pagi-pagi buta ni?" Hairan Is yang baru tiba..Dilihat muka Aliya yang menunduk sedih dek dimarahi Danny.

"Kau tu buta ke apa? Tengok ah dapur ni jadi apa? Macam medan perang dah aku tengok."

"Dah dia perempuan, biasalah lumrah mereka berperang kat dapur." Sahut Is tak sengaja memihak Aliya. Aliya senyum kecil.

"Eh kau, baik..Kalau ko cakap camtu..Aku nak kau makan masakan si hantu ni. Aku tak nak. Aliya, dah settle nanti kemas semua ni dan bagitau aku masakan kau. Aku nak sumbat si Is ni makan."

"Ha! Betul ke!? Yeayy!" Aliya terjerit seronok, menjulang tangan ke udara.

Is pula.

"Aduh, menyesal aku backup Aliya."

HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES CHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin