P16 𝐑𝐢𝐧𝐝𝐮

445 48 22
                                    

Is melipat kain kafan dengan kemas dan baik. Segala ikatan di diberikan kepada orang yang lebih pandai melakukannya. Dia sekadar membantu mana yang tahu even moodnya sekarang ini tersangatlah sedih.

"Sahabat, semoga kau tenang di alam sana." Gumam Is dalam kesedihan. Pemergian kawan yang dianggap sahabatnya itu diletakkan di dalam keranda setelah melakukan solat jenazah.

Selepas itu, dia mengikuti rombongan itu ke kubur dan turut bekerjasama menguburkan si sahabat. Ibu kepada sahabatnya itu yang menangis tersedu-sedu sudah ditenangkan beberapa wanita yang lain.

"Terima kasih Is, bertuah dia ada kawan sebaik kamu." Si ayah datang bersama wajah kesedihan namun masih dipaksa senyumannya untuk diberi kepada si tetamu yang terlibat menguburi anaknya.

"Dia dah banyak tolong saya pak cik, tak sanggup pulak rasanya tinggalkan member sebaik dia.." Jawab Is jujur. Berat hatinya meninggal kuburan. Namun itulah hakikat. Sahabatnya sudah menghadap si pencipta.

Is meninggalkan kuburan sebaik selesai bacaan Yassin. Motor yang diparkir didekati.

Telefon yang berada di poket dikorek keluar dan mendail nombor seseorang. Hati tengah sedih, baik dia pergi chilling dengan sesuatu. Dia tak boleh terus menerus meratapi kematian sahabatnya.

"Ha! Assalamualaikum mangkuk!"

"Hospital mana kau tu."

"Aku guna wase, mai sini location kau."

"Macam manalah kau ni jatuh tangga, kau ni hitung anak tangga ke buat tangga?"

"Aduh, bahaya betul. Nasib kau tak mati. Kalau kau mati, memang taklah aku nak datang masa kau dah jadi jenazah."

Manakala ditalian sebelah sana.
"Tak guna kau, ayat ko memang tak tapis eh Is. Cepatlah, aku dah kebulur burger ni. Craving bodo."

Danny menamatkan talian disitu juga. Cakap dengan Is, memang direct terus. Nak menumpang sedih dengan kematian sahabat Is, dia tak nak bawak suasana tu melainkan Is yang mula dulu.

"Kenapa kau tak bagi aku belikan? Aku yang salah dalam hal ni."

Danny menoleh. Cemberut wajahnya sebaik melihat pondan yang tak cukup kain sekali dengan buah dada palsu ditampal sedang duduk disebelahnya.

"Kau nak guna duit sape Syam? Si pondan ni? Dahla kau, bawak balik pondan ni. Malu aku bodo kau bawak dia sini." Danny melarikan wajahnya. Tak sanggup tengok bedak tebal kat wajah lelaki yang menyamar jadi perempuan tersebut. Entah mana si Syam ni kutip.

"Salah aku buat kau jadi macam ni. Kalau aku tak ekori kau masa tu, hantu lain comfirm tak kacau kau macam tu sekali."

"Aku dah biasalah Syam. Dah-dah, kau bawak dia ni balik. Aku tak selesa dowh. Kau tengok nurse sana, dari tadi dok gelak aku. Kurang asam punya betina. Comfirm dia fikir aku ni  gay."

Automatik Syam memusingkan kepalanya. Terlihat satu kumpulan nurse di katil pesakit lain mencuri lihat ke arah mereka. Tak sangka salah pilih badan, mereka dijadikan topik bualan hangat.

"Yela, aku balik. Ni, aku nak bagitau. Aliya kirim salam. Dah rindu sangat dia kat kau sampai aku tengok dia dok termenung kat ruang tamu."

Danny terdiam. Tak sangka Aliya risaukan dia sebegitu.
"Aku masih ada dua minggu lagi, lepastu aku keluarlah."

Syam mengangguk. Dia beredar dari situ dan tanpa sedar berpapasan dengan Is yang turut mengunjungi.

"Yo! Wassup bro! Kau macam mana hari ni? Ada okey?" Is datang bersama satu bungkus plastik dengan tiga burger di dalamnya. Banyak dia beli untuk bawak Danny makan kat luar nanti.

Ini adalah satu kesalahan, jangan cuba ditiru.

Dokter tak bagi dia makan makanan kat luar, sebab itu Danny memberontak.

"Bolehlah dari koma dua hari tu. Ambilkan kerusi roda aku, buntut aku mengeras dok katil ni dari semalam. Lesu satu tubuh aku."
"Kau tak mandi ke?" Is ambil kerusi roda disebelah katil Danny. Menolong mengangkat Danny.

"Mandi sebelum subuh tadi. Tapi sejak tak keluar-keluar ni, aku rasa stress. Bukan sebab segala ubat atau orang-orang yang satu wad dengan aku ni, tapi sebab.."

"Sebab roh-roh tak tenteram kat sini?" Is menolak Danny menuju ke taman.
"Haah, tak senang tidur aku. Sekejap kau tengok ada badan tu, hangus terbakar. Main lalu-lalu depan aku. Yang tak boleh tahannya, ya Allah bau dia hangit. Aku tak boleh dowh. Lepastu, ada kepala terbang. Aku tak tau kepala tu terbang ke apa, macam ada hantu lain main tendang-tendang macam kepala tu bola. Stress aku tengok. Tapi ni, paling sakitlah bila kau tengok menatang tu jadi cicak tiap malam atas siling aku tidur tu." Cerita Danny. Seakan pasrah atas apa yang terjadi ke atasnya.

"Aliya bukan pernah jadi cicak ke?"
"Memang, tapi Aliya ni comel.. Lainlah dengan hantu yang tu."

Is tergelak.
"Kau cakap ni, macam dah rindu orang rumah je."
"Hmm, rindulah dengan sakat dia hari-hari. Tak pun, dah biasa jerit nama dia, aku bawak sampai menggigau. Malu bodo, satu wad ni dengar. Bila diorang tanya tu tak boleh blah."

Is dah tergelak-gelak. Sah-sah benda tu kelakar.
"Diorang tanya apa?" Is tahan gelak. Nak terkentut bila dia boleh bayangkan apa yang berlaku seterusnya.

"Jerit nama bini ke semalam? Sumpah malu siaaa."
"HAHAHAHAHAHA. "

"Aku entah kenapa, sejak akhir ni hantu banyak datang kat aku. Sebab apa eh? Rasanya aku dah sapu satu botol wangian pelindung tu." Ucap Danny sambil menggaru dagu. Berfikir dengan keadaannya.

"Kau tak rasa, semakin kuat iman semakin kuat iblis nak hasut syaitan lain kerjakan kau? Mereka ni tak senang dengan kuasa kau. Boleh-boleh mereka akan perangi kau suatu hari kelak kalau kau terlibat nak musnahkan mereka."

Danny menggeleng.
"Aku dah cuba jauhkan. In Sya Allah, aku tak akan terlibat selagi aku masih dengan pegangan agama kita. Selagi mereka tak mengancam agama kita, selagi itu aku akan stay macam ni dengan perlindungan Allah."

Is mengangguk setuju dengan apa yang dikatakan Danny.
"Mungkin, sejak kau banyak jumpa hantu ni. Aku rasa bau mereka melekat kat kau."
"Maksud kau?"
"Macam kucing, diorang akan mendekat bila ada bau kucing lain kat tubuh kita. Penanda kita ni memang sukakan kucing. Itu pendapat akulah."

"Kelogikan apa kau bawak ni? Sebab bau hantu lain melekat kat aku, hantu lain menghidu. Macam tu?"

"Entah, aku rasa je."

Danny garu kepala yang tak terasa gatal. Ye ye lah tu. Namun tak lama selepas itu, ada kelibat berbaju putih terbang melayang depan dia. Namun Danny buat bodo.

"Aku rindu rumahlah weh." Human Danny tanpa sedar.
Is tersengih.
'Rindu rumah ke orangnya?'

"Burger kau ni bila nak makan, tak makan aku yang makan."

Danny menlilaukan kepalanya melihat sekeliling. Risau ditangkap makan.

"Cover line bro."

"Chill, line clear." Is yakin.

Baru hendak menikmati makanannya, entah macam mana akhirnya Danny tertangkap. Pecah tembelangnya.

"Danny!" Jerit seorang dokter wanita. Merupakan dokter yang menjaganya.
Danny mengeluh, Is tepuk dahi.

"Bodo, asal kau tak check CCTV!?" Marah Danny kepada Is tak pasal-pasal. Danny apalagi, akhirnya merempit dengan kerusi rodanya semata-mata nak selamatkan burgernya.

"Weh tunggu aku!" Is mengejar.
"Berhenti Danny!" Dokter mengejar.

Sesi petang itu akhirnya berlaku sesi kejar mengejar.





HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES CWhere stories live. Discover now