P11 𝐒𝐚𝐤𝐢𝐭

466 49 5
                                    

DANNY berkerut dahi sambil berbahagi pandangan ke arah Aliya yang terapung sambil berpeluk tubuh.

"Dah kenapa dengan jiran baru kau tu? Ketuk-ketuk pintu tengah malam buta ni." Bebel Aliya sambil buat muka.

"Manalah aku tau, nasib aku belum tidur lagi." Ujar Danny sambil pause ceritanya. Aliya menggelembungkan mulutnya, tidak suka bila dia tengah layan cerita, dia diganggu. Danny tak bagi dia pegang laptop. Tengok sama-sama boleh. Hm.

Danny menghampiri pintu utama. Lalu pintu dipulas dan dibuka. Terjengullah wajah Amsyar yang dalam keadaan.. Sakit?

"Danny, kau belum tidur? Sorry ganggu kau memalam buta ni."
"Er kenapa bang? Abang macam tak sihat?" Risau Danny bila tengok Amsyar yang memegang dadanya. Macam sesak nafas pun ada.

"Kawan aku semua keluar, aku sakit dada. Kau boleh temankan aku pergi farmasi? Aku takut aku lost control masa drive. Kau bole bawak kereta tak?"
"Ha bole-bole, jap tukar baju."  Bergegas Danny memecut ke bilik. Jiran sakit tak boleh diabaikan. Inilah masanya buat pahala. Aliya yang duduk di sofa hanya melihat sahaja Danny berlari sana sini. Terikut jugak kepalanya melihat Danny buat itu ini sebelum kembali ke pintu utama.

"Kau pergi mana Danny?"
"Aku keluar kejap, jiran sakit. Kau nak layan dulu cerita tu, layanlah. Tak payah tunggu aku."
"Ha? Yes!" Aliya terus menekan play. Pantang ditawar rezeki.

.....

Danny memandu berhati-hati sambil matanya tidak lepas memandang cermin sisi belakang. Dilihatnya Amsyar sedang berbaring membelakanginya di seat belakang. Hendak baring katanya.

"Maaf susahkan kau Danny." Nada itu kedengaran lemah.
"Tak apa-apalah bang. Hal kecil je."
"Aku betul-betul mintak maaf Danny."
"Ish abang ni, kita kan jiran. Aku okey jela."

Danny berhenti di kedai farmasi yang entah keberapa. Sebab hampir semua dah tutup.
'Ada ke farmasi buka tengah-tengah malam buta ni?' Soalnya sendiri.

"Bang, ni kedai kelima bang. Dah tak ada area lain lagi. Nak pergi jauh lepas tol, abang okey tak?"

"Seven eleven je lah Danny."
"Eh?"

Nak tak nak , dia akur sahaja kehendak Amsyar. Nada pun macam sedih je. Tinggal member ke?

Sampai sahaja seven eleven yang buka 24 jam itu, mereka singgah disana dan Amsyar mengajak Danny untuk makan sama. Yang peliknya, kenapa tak klinik? Bila tanya, ubat tu ada jual kat farmasi. Hm, ikut jela.

"Dah okey ke bang? Boleh tarik nafas tak? Boleh berjalan tak? Sakit mana-mana ada tak? Nak saya papah tak. Atau saya boleh du.."
"Danny, aku tak apa-apa. Kau risau lebih-lebih ni kenapa?"
"Aku tak pandai handle orang mati depan mata, gelabah jadinya."
"Woah, aku bukannya nak mati pun. Tak sopannya kau."
"Hehehe." Danny membuka pintu kereta. Kemudian menunggu Amsyar keluar.

"Danny, sebenarnya.."

Danny menoleh, menunggu Amsyar menghabiskan ayatnya. Sayangnya, sampai ke pintu seven eleven pun dia tak sambung - sambung.

"Sebenarnya apa bang?"
"Aku mintak maaf sangat-sangat."
"Lah, abang bukannya buat salah pun. Setakat temankan abang apalah sangat. Kita sesama lelaki kot. Hm, ke.....Abang memang ada buat salah dengan aku?"

Amsyar mengerling. Kali ini terlihat Danny tidak tersenyum.
"Kau tahu kenapa kami pilih sama tingkat kat flat kau tu Danny?"
"Tak tahu. Kenapa?"

Langkah Danny berhenti. Hairan kenapa Amsyar memandangnya dengan reaksi, serba salah?

HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES CΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα