Rumah berhantu : 15

164 19 1
                                    

Bonus :

Aliya mengacau minumannya. Air teh buatan sendiri itu diminum. Mendengar sahaja coloteh jirannya itu. Sejak-sejak akhir ni suka sangat terbang melepak kat beranda rumahnya.

Terkejut juga mendengar cerita si jirannya itu. Nasib mandi pakai kain. Kalau dia pun, nak mandi mesti pakai kain. Takut Danny atau Is main masuk je masa dia mandi. Tak ke malu.

"Apa yang terjadi?" Aliya tertarik kali ni. Jarang manusia berani kacau kak Ponti ni masa mandi.

........
........
........
........
........

"Asal diorang? Dah nak keluar pindah ke? Kita belum buat apa-apa lagi?" Hairan Mira. Bercekak pinggang melihat satu keluarga itu membawa beg masing-masing.

"Tak gelabah yang aku sangka, maybe diorang ada plan nak pergi mana-mana?" Azman bersangka baik. Selalunya mana-mana keluarga yang nak keluar pindah mesti tak sempat packing barang. Bawa barang penting je.

"Adalah tu." Mikail yang tau rancangan Danial tidak mahu membuka mulut. Matanya mengerling ke arah CCTV mini yang diletakkan secara tersembunyi di ruang tamu itu.

Bukan satu, bukan dua. Berbelas dan ianya serata rumah. Danial betul-betul nak kenakan mangsa-mangsanya itu.

"Atuk, diorang tahu ke pasal hari esok?" Bisik Azman kepada atuknya yang duduk di sofa ruang tamu. Orang tua itu hanya melayan kerenah si kecil Victoria.

"Siapa tahu.." Jawab orang tua itu senada perlahan.

Bunyi orang berborak di luar rumah membuat satu keluarga itu saling berpandangan. Tadi tak de sangat kecoh, ni muncul orang lain ni pasai pa?

"Macam ku kenal je batang tubuh tu.." Gumam Mira sambil buat teropong tangan.

Mikail dah mula naik atas, atuk sudah mengeluarkan aura dingin. Azman juga sudah menatap tajam orang-orang yang muncul itu.

"Me..Mereka.." Mira terus berpaling memandang abangnya. Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Hendak sahaja dia membutakan matanya sendiri.

"Tak sangka seawal ini." Azman sudah mengorak senyuman seringai. Lebar selebarnya.

..................

Mak Yah menghidangkan minuman kepada tetamunya. Dia tersenyum lebar. Sudah lama tuannya jarang menjemput tetamu.

"Susah-payah mak yah je sediakan minuman kat kami." Ibu Danial berasa serba salah.

"Bukan selalu ada tetamu ni. Jarang mak yah nak hidangkan air." Ucap mak yah tertawa kecil kemudiannya.

"Em mak yah tahu ke encik Hafiz bagi kami bermalam dua hari kat rumah ni?" Tanya ayah Danial.

"Eh tahu, dia dah bagitau dah. Mak Yah pun nak juga berteman. Sunyi rumah ni." Mak Yah tersipu-sipu.

Satu keluarga itu tersenyum.
"Maaf menyusahkan mak yah tau."

Di bilik tetamu yang disediakan, Danial sudah mula membuat kerjanya. Laptopnya sudah membentangkan rakaman mini CCTVnya yang diletak secara sembunyi di rumahnya.

"Baiklah, bila korang nak beraksi ni. Aku dah bagi green light dah ni." Danial menggosok-gosok tangan suka. Tak sabar tengok aktiviti paranormal yang diciptanya melalui pelakon asli seperti Mikail dan yang lain. Uish, pelakon tak berbayar pulak tu. Tak rugi dia. Hehehehe.

HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES CHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin