P27 Maafkan aku

367 39 1
                                    

Hari itu, Danny sudah sihat sepenuhnya. Tiada yang perlu dirisaukan lagi dan menjalani hari-harinya seperti biasa.

Namun, dia kekurangan sesuatu. Seseorang yang selalu mengekorinya.
"Aliya, jaga rumah. Jangan layan Kdrama sangat. Pencuri masuk ko tak perasan nanti." Ujar Danny sambil memakai kasut sekolah.

Aliya yang menonton Kdrama di sofa menoleh sambil buat muka jahat.
"Nanti aku tendang lah telur dia."

Mendengar itu Danny dah buat muka cuak. Akhir-akhir ni Aliya dah jarang kacau manusia dan lebih suka bersendirian dengan gajet sambil marathon Kdrama dan anime. Dia juga selesa dengan keadaan begitu selagi Aliya tak timbulkan masalah.

Entah mana idea pelik yang selalu keluar dari mulut Aliya, pasti terpengaruh dengan cerita-cerita pelik yang dia tengok.

"Aku gerak dulu."

Pintu utama ditutup dari luar lalu dimangga. Sejak kes rumahnya boleh masuk dengan kunci pendua dari kawan-kawan Amsyar, dia akhirnya membeli mangga buat berjaga-jaga.

"Miaww.."

Danny menoleh, di kakinya datang seekor kucing putih jinak dengannya.
Seseorang..

Yang mempunyai kucing hitam.

Sayangnya, Hitam sudah mati. Dia yang membunuhnya. Ya, semasa dirinya dirasuk. Dia tahu, dia diselamatkan oleh Syam.

Tapi, dimana Syam? Sejak kejadian itu, kelibat Syam tidak ada. Ditanya kepada Aliya, jawapan sama turut keluar dari mulut hantu tersebut.

Danny menuruni tangga. Terserempak dengan jiran ditingkat bawah. Dia memberi senyuman. Namun, jiran melihatnya takut dan membawa diri masuk ke dalam.

Danny menunduk. Sejak kejadian tersebut, keberadaannya semakin hari semakin disisihkan oleh jiran-jiran di blok rumah tersebut.

'Tak apalah, aku pun tak lama lagi tak ada kat sini.'

Tapi, apa perasaan Aliya kalau aku pergi? Danny mengeluh entah kesekian kalinya.
"Ooo nak!"

Danny tersentak, menoleh kebelakang dan terlihat nenek yang duduk di tingkat atas rumahnya. Hanya orang tua itu sahaja masih menegurnya.
"Ya nek?"
"Tolong nenek bawakan barang ni sampai tingkat bawah boleh?" Pintanya sambil tersenyum.

Danny mengangguk. Dua beg ditangan orang tua itu dibawanya.
"Nenek nak pergi mana?" Tanya Danny sambil mereka menuruni tangga.

"Kat busstop depan tu. Kau macam mana nak? Dah tak de hantu kacau kau lagi?" Tanyanya sedikit mengusik.

Danny tertawa.
"Ada tu adalah nek macam biasa. Tapi kita kena kuatkan dirilah lepas ni. Ustaz Syamim ada ajar saya sikit-sikit pasal surah pelindung diri." Jelas Danny.

"Harap kau baik-baik jela lepas ni." Ucapnya sambil tersenyum.

Danny menghantar nenek itu di busstop. Dia pula ikut jalan lain ke stesen MRT. Dekat sahaja dari rumahnya.

"Oh ye, lupalah nak tanya. Nama nenek apa ya?" Danny tersipu-sipu malu bertanya.
"Nek Jah. Kau pergilah sekolah, nanti terlewat pulak." Ucapnya lagi. Danny mengangguk dan menyalami orang tua tersebut sebelum pergi.

"Ish, nek Jah. Kenapa ditegur budak tu. Nanti Nek Jah ditimpa bala." Tegur seorang wanita sedikit muda. Nek Jah berpaling. Mencebik mendengar perkataan yang keluar dari mulut wanita yang duduk menunggu di busstop bersamanya. Jiran tetangga di blok mereka.

"Budak tu tak salah. Budak tu istimewa, sebab tu iblis dan syaitan tu cuba nak hapuskan dia. Kita sebagai hamba Allah yang tidak diberi keistimewaan ini harus bersyukur sering membantu mereka yang istimewa ini. Kita harus menolong mereka untuk perangi bangsa terkutuk tersebut." Ceramah Nek Jah.

Wanita itu mencebik.
"Istimewa mananya, panggil hantu adalah. Menyusahkan orang."
"Dia ditakdirkan boleh melihat makhluk terkutuk. Tugasnya adalah membantu orang sekeliling sekiranya mereka ada gangguan. Makin kuat imannya, makin kuat iblis mendatanginya. Kita harus bersyukur sebab kita tidak ada ujian seperti itu. Tapi Allah mentakdirkan kita berjumpa dengannya untuk membantu orang seperti ini. Sedar diri, tuhan masih pelihara mata-mata kita agar tak melihat makhluk sebegini sebab Dia tahu, kita tersangatlah lemah.."

Wanita itu tidak membalas apa-apa. Diam tersentap.

........

"Dani!"

Danny terkejut. Terangkat bahunya dek disergah Is yang muncul tiba-tiba.
"Kau ni tak reti bagi salam ke?" Perli Danny selamba.
"Hehehe, rindu aku dengan ko weh."
"Eeeee geli babi ko cakap camtu." Menggeletis Danny disitu bersama muka 'Eeeee'.

"Dulu aku nak bagi salam pun susah ko jawab."
"Itu setan, bukan aku." Jawab Danny sambil letak beg kat kerusi mejanya.
"Tahu, sebab tu aku rindu ko versi ni."

Danny buat muka jijik.
"Ko bukan taste aku sia."
"Eeee, aku pun tak teringin dengan ko." Ucap Is lalu ketawa mengekek lantas pergi mendapatkan mejanya sebaik guru tiba masuk ke kelas mereka.

Sesi pembelajaran dimulakan seperti biasa. Dari jauh di tingkap, seekor kucing hitam duduk di dahan sambil membersihkan bulu-bulu nya.

"Kau tak nak tegur dia?" Tanya si pontianak di pokok tersebut.

Si kucing hitam menoleh lalu menggeleng.
"Bagi dia rehat dulu. Aku nak dia sendiri datang cari aku. Masa tulah, aku nak pinjam tubuh dia."

"Kau licik budak."
"Aku selamatkan dia walaupun kucing aku dah mati. Dan aku tak nak salahkan dia sebab aku sendiri tak kuat. Kali ni aku nak balasan setimpal."

Si kucing melompat turun. Si pontianak dilihat kali terakhir.
"Mungkin hari ni aku dah tak jumpa kau lagi. Jaga diri baik-baik."

Si pontianak tak bersuara dan sekadar menyeringai dengan mata hitam bersalut darah tersebut.
Kucing hitam pergi dari situ.

...............

Petang itu, kelas tamat seperti biasa. Tiada yang menarik dan Danny juga jumpa Zack dan Cikgu Husna. Rehat bersama mereka. Buat lawak Bodo dengan Is dan mengelak hantu-hantu yang lain macam biasa.

Tetapi, Danny tahu. Dia masih berhutang dengan seseorang. Hantu Syam. Dia tahu dirinya diselamatkan pasti bersebab. Kalau tidak, Syam tidak akan memunculkan diri selagi bukan dia yang mencari.

Danny menarik nafas. Awan mendung berarak melalui langit Jingga. Petang yang diriuhkan dengan para-para pelajar yang bermain bola sepak di padang di pandang resah.

"Maafkan aku Syam, kali ni aku pentingkan diri."

Danny tahu, Syam ada disitu.

Si kucing hitam muncul di sebalik bayangan. Mula menghampirinya dan menatap Danny yang berdiri tegak menghadap matahari yang terbenam.

"Aku mohon, aku tak akan guna kekerasan."

Danny menoleh. Wajahnya melesu dan segaris senyuman terpapar.
"Aku tak nak jadi pembunuh. Biarlah dia ditangkap dan dipenjarakan secara adil Syam. Jangan ikutkan dendam kesumat kau. Aku tak boleh buat kalau itu permintaan yang tak masuk dek akal."

Syam yang merasuk roh kucing tersebut duduk menghadap Danny.
"Aku akan pertimbangkannya. Bagi aku pinjam tubuh kau kali ni. Hari terakhir aku dah sampai penghujungnya."

Danny menutup mata. Doa kursi dibawa ke dada.
"Aku tak mahu berhutang. Guna tubuh aku sebaiknya. Jangan ikutkan ego kau. Kalau tidak, aku akan menendang kau keluar."

Si kucing mendekati Danny perlahan-lahan.
"Terima kasih."

Danny mengangguk. Sebentar, semasa  kerasukan, Syam turut membantu dirinya.

HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES CWhere stories live. Discover now