P1

1.6K 87 9
                                    

DANNY mengeluh, surat ditangan direnyuk dan dibaling kasar ke dalam tong sampah dihadapannya. Tak lama kemudian dia mengucap. Terpejam matanya dek sifat amarah menguasai diri. Tentang surat tersebut.

Dia diberi masa seminggu untuk beredar dari situ kerana kerja pemusnahan akan dilakukan tidak lama lagi.

Ramai tetangga lain sudah pun menjumpai tempat tinggal. Hanya dia sendiri yang tinggal di kawasan perumahan itu sekarang.

Laptop dihadapan dipandang lagi, mencari rumah sewa bukanlah suatu hal yang mudah dimana.

Dia adalah seorang pelajar. Dia tak mahu jauh dan dia mahu kawasan yang strategik. Rumah yang cukup luas dan mempunyai tetangga yang aman harmoni. Kawasan perumahan tersebut mestilah mempunyai sistem keselamatan yang baik. Dia tak minta banyak asal dia boleh tinggal dengan selesa.

'Herm, wujud ke tempat tu?'

Bunyi menitik kedengaran di siling. Seakan bunyi guli jatuh. Perlahan-lahan golekan guli itu mendarat tepat atas siling di atas kepalanya.

Danny malas peduli dan buat kerja sendiri. Dia dah biasa dengan entiti kecil di atas stor atas rumahnya. Asyik main guli je.

"Ini." Danny memincingkan matanya ke skrin laptop. Satu bangunan cantik tersergam indah. Jumpa! Tapi sayangnya ia sebuah rumah flat.

"Rumah untuk disewa." Danny membaca satu persatu detail yang tentera. Bila difikir dua tiga kali, kawasan perumahan tersebut sangatlah cantik. Hm, cantik dalam je. Bila tengok depan mata comfirm indah dari rupa.

"Tapi, ini paling dekat dekat sekolah aku. Bukan tu je! Bapak murah dia ni sewa!" Danny terjerit suka. Sebenarnya dia tak kisah sangat pasal kos sewa menyewa sebab dia anak orang kaya.

Tapi, memandangkan dia ni jenis manusia yang suka berjimat cermat. Harga juga perlu diambil kira. Namun, sesuatu mengecewakan Danny saat membaca komen-komen manusia yang berada di platform iklan rumah tersebut.

Negative!

Semua komen negatif! Danny mengeluh, kerusinya dipusing kiri kanan sebaik membaca tentang keadaan rumah sewa tersebut.

"Rumah tu berhantu."

"Ya, rumah tu berhantu."

"Aku setiap kali lalu situ, meremang tubuh badan aku."

"Aku berjiran rumah tu, setiap malam lampu dia terbukak."

"Aku peliklah kenapa rumah tu tak dimusnahkan je. Boleh buat taman budak-budak kat situ."

"Aku dulu pernah sewa situ, tak sampai seminggu sebab asyik kena kacau."

"Tuan punya area tak de modal bro. Hahaha."

"Ish, seramlah."

"Dia main lampu tau masa aku mandi."

"Eh sieslah, hahaha."

"Aku tak boleh dho."

Danny tergelak-gelak membaca komen manusia disana.
"Aku risau dia kacau aku masa berak." Akhirnya Danny ketawa sendiri.

Danny mengambil keputusan, dia akan sewa rumah tu. Murah pun murah, paling penting, dekat dengan sekolah dia.
"Yosh, rumah ni." Danny mendail nombor telefon pemilik rumah sewa tersebut.

"Hallo, saya nak sewa rumah Puan."

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Yo guys, here's me. Actually this is first horor-funny book ah btul ke tak genre dia. Yang aku buat pertama kalinya.

Cerita hantu. Horror ke? Tak de nye horror sangat sebab aku sendiri takut benda-benda tu. Kalau aku buat, hari siang je. Tak berani HAHAHAHA.

Sebelum ni aku banyak habiskan diri dengan cerita fantasy, jadi tak salah try bidang lain. Aku tulis sebab bosan nak mampus. Kalau tak logik tak masuk akal tu faham-fahamlah aku ni penulis fantasy.

Tak suka jugak, cari book lain. Dipersilakan. Buku aku hanya untuk reader yang faham apa makna hormat penulisan sesiapa.

Selain itu, dipersembahkan karya horror aku yang tak berapa horror ni. Mana salah silap tolong tegur demi kebaikan bersama.

And, ingatlah. Aku buat untuk suka-suka. Kita hidup di dunia yang berlainan.

Jangan terfikir bila dah jadi housemate tu boleh jadi member. Putuih, syirik. Mereka tetap iblis. Apa aku tulis sekadar hiburan yang tak masuk akal dan tidak kena mengena dengan hal dunia.

Apapun, selamat membaca.

HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES CWhere stories live. Discover now