P13 𝐌𝐚𝐚𝐟

473 53 2
                                    

Is melihat satu persatu tetamu yang hadir. Hairan juga melihat beberapa orang cedera. Seorang berbalut kepala, dua lagi mengenakan tongkat dan telas dijelaskan kerana tertusuk pisau. Bila ditanya apa sebabnya, mereka hanya mendiamkan diri sambil menunggu tuan empunya badan muncul.

"Lamanya dia ni berak aduh." Gumam Is sendiri, walaupun bicaranya didengar jelas.

"Ni siapa ya? Kawan si Danny ke?" Tanya Amsyar cuba membuka topik bicara.

"Haah, boleh dikatakan kawan rapat macam tu. Dari kitorang kenal dalam perut sampailah sekarang." Cerita Is selamba. Yang lain? Hm, tak lawak bodo. Orang tanya serius, dia memain kat situ.

"Danny duduk seorang sini, kenapa kau tak teman dia sewa sini?" Amsyar keluar soalan cepumas. Malas nak layan jawapan tak berasas Is sebelum ini.

"Itu, Danny tak bagi walaupun aku dah tahu kondisi rumah ni. Aku cuma boleh lepak sini tiap-tiap hari tapi part nak sewa dia memang tak bagi." Cerita Is. Kali ni serius.

"Kondisi? Maksud kau?" Reza tanya soalan bodo walaupun dia dah tahu cerita sebenar.

"Haah, pasal si hantu Aliya. Aku kenal dia dan dia kenal aku. Aku kenal dia dari Danny. Dia jenis hantu pemalu dowh hahaha." Cerita Is sekaligus membuatkan mereka ternganga. Lain orang lain layanan eh?

"Srett!" Meja ruang tamu jadi senget. Semua keraskan badan kecuali Is yang melilau kepala.

"La Aliya, kau ada kat sini ke? Hehehe aku ada barang baik punya nak tunjuk kat kau. Hadiah tuk kau. Tapi Danny tak bagi aku nampak kau. So, tunggu eh. Aku tahu kau suka. Jangan risau, kali ni aku tak kenakan kau." Is bercerita seorang diri sambil tersengih.

Perbuatan dan gelagatnya diperhati risau dan takut oleh Amsyar dan yang lain. Cakap sorang, padahal mereka tahu ada yang memerhatikan sesuatu yang tidak nampak di mata mereka.

Paling mengejutkan, Is dengan selamba badaknya bergurau.

"Ha Is, terima kasih jemput diorang." Danny datang dengan senyuman. Namun selepas itu, dia belum lagi duduk.

"Kau kenapa? Duduklah sebelah aku." Hairan Is.
"Hm, Aliya. Kau lepak dapur dulu, nanti aku panggil kau."
"Oh sebelah aku rupanya si hantu tu. Bukan nak respon ke apa masa aku dok borak dengan dia. Cih, kena palau aku." Bebel Is keseorangan.

"Pakk!"

"Aduh kepala aku!" Is pegang kepala sakit. Sah-sah Aliya menampar kepalanya dari arah belakang.

"Hm, dia cakap tu respon dia." Ujar Danny lalu duduk sebelah Is. Is ketawa manakala yang lain ternganga. Gila rapat.

"Jadi, tujuan datang ni sebab pasal hari tu?" Tanya Danny derect terus.
"Haah, lama tunggu mereka ni keluar wad." Amsyar tunjuk dua ekor sebelah menyebelahnya. Si Reza dan Syarul menjeling. Menganjing je lebih, padahal Amsyar sendiri menunda hari sebab hal peribadi. Hariz pula buat tak tahu, buat-buat tak dengar.

"So, korang sendiri dah tahu macam mana si hantu Aliya ni marah dan mengganas sebab apa yang korang buat. Aku akan buka hijab korang buat sementara waktu ni untuk berinteraksi dengan dia seperti dijanjikankan." Ujar Danny sambil tepuk tangan.

"Weh aku jangan lupa." Is menyampuk, siap dengan senyuman mintak pelempang.

"Ahh kau takde. Rosak mood Aliya nanti kau kerjakan." Danny tolak wajah Is.

"Chill la, bukannya aku buat benda bukan-bukan." Is merajuk. Siap peluk tubuh lagi.
"Ha yela, tapi kau jangan masuk campur." Danny mengalah.
"Yes!"

Beberapa minit kemudian setelah melakukan pembukaan hijab masing-masing, Danny memanggil Aliya.

"Liyaaaaaaa!!"
"Oi kau, panggil tu elok-eloklah, terkejut dia kat dapur tu." Tegur Is.
Danny tayang muka selamba. 'Ada aku kisah?' Sampai sahaja Aliya yang terapung di udara memasuki ruang tamu itu, Amsyar dan yang lain terkebil-kebil.

HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES CΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα