Rumah berhantu : 9

153 24 2
                                    

Danial menutup panggilan telefonnya, dia memandang sekitar sekolahnya yang sedang mengadakan sukaneka. Bertuah betul dia pindah dimasa sekolah itu sedang sibuk mengurus persiapan sukaneka. Sayangnya dia tidak sempat menyertai mana-mana, kesannya dia keseorangan.

"Danny! Is! Kat sini!"

Dari jauh, dua batang susuk tubuh tegap dan segak bersama motorsikal mereka menoleh kepala. Orang sekeliling yang menyangka mereka adalah orang luar yang sengaja datang suka-suka rupanya kenalan Danial.

Berpusing kepala anak dara dan janda semua, manakala kaum lelaki memuji dan mengagumi melihat motor sportbike Ducati tu. Walaupun dua sahabat itu kaya, sikap merendah diri mereka baik sekali. Malah, tidak memilih kawan.

"Wah bro, ape cite kau datang guna motor besar, tak guna kereta ke Is?" Soal Danial tersengih malu dengan pandangan orang sekeliling. Is dan Danny terpaksa bawa helmet mereka memandangkan takde tempat letak helmet.

"Kereta aku dipinjam member. So, kitorang guna motor jela. Kau ni pulak, tak join mana-mana sukaneka ke?" Tanya Is sambil peluk bahu Danial. Danny gelak tengok muka pasrah Danial.

"Tak sempat join, buat kawan pun tak ramai. Dua tiga orang je la sekarang ni berani menyapa." Ucap Danial menerangkan keadaannya disitu.

"Kau makan orang ke?" Soal Danny tergelak. Mereka berhenti di hadapan khemah yang menjual makanan.

"Entah ah, diorang ingat aku sombong kot." Danial menghela nafas sedih.

"Takpelah, lama-lama nanti ade ah tu. Ni, hantu Aliya kirim salam." Danny membayar makanannya.

"Hantu pun bagi salam ek?" Serba salah Danial hendak menjawab salam hantu Aliya tu.

Aliya belike di rumah,
"Hachcum!"

Is pula membeli nasi lemak. Alahai, dia sorang je lapar hari ni. Mereka duduk di salah satu meja kosong disana. Diperhati sekeliling mereka, ramai yang sedang bersuka ria. Ada yang datang makan, datang main game ditawarkan, ada juga datang dating.

"Berbulu pulak mata aku tengok, kalau Aliya boleh dibawak keluar, dah lama aku tayang, aku pun adalah." Is mencebik. Bangga menguarkan nama Aliya.

"Tak payah nak bangga sangat kalau yang kau bawak tu hantu. Bukan manusia." Sambung Danny buatkan Danial tergelak. Is tersengih malu.

"Jadi, korang okey ke bermalam rumah aku satu malam?" Tanya Danial teruja.

"Okey je, kenapa? Ada hantu kat rumah kau ke?" Tanya Is ingin tahu.

"Berapa ekor?" Tanya Danny pula.

"Bukan hantu biasalah, cuma sejenis roh tak tenteram yang mempunyai tenaga lemah." Ucap Danial serba salah.

"Tenaga lemah ya, " Danny mengangguk-angguk faham.

Tenaga lemah adalah mereka merupakan roh yang mudah dirasuk iblis dan akhirnya roh itu akan mudah berubah sekelip mata. Bukan roh asal.

"Dalam bilik aku ada sekor, tapi sampai sekarang aku buat-buat tak nampak mereka semua.." Jelas Danial.

"Semua?" Danny tertarik.
"Uwah, lawa tak? Cantik macam Aliya tak?"

Pak!

Belakang kepala Is ditampar Danny geram.
"Kesitu pulak kau."

Danial sekarang masih tak faham jalan pemikiran si Is ni.
"Sebaya kita. Kalau diluar bilik lain ada dua ekor kembar, sepasang laki dan perempuan. Sekecil dan seorang datuk. Yang diluar rumah pulak, ada hantu perempuan di kolam." Jelas Danial lebih terperinci.

HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES CWhere stories live. Discover now