P28 Bertindak

325 33 0
                                    

Is tersengih-sengih. Kunci pendua berada di tangannya di lambung serupa syiling. Tak rugi dia meminta dengan Puan Raudhah dan alasannya adalah untuk menjaga Danny. Padahal dia nak lepak situ. HAHAHA.

"Aliya, Dani tak balik-balik lagi ke?" Tanya Is berkerut. Langkahnya dibawa ke hadapan TV. Aliya bersama tabletnya menggeleng.

"Dari petang tadi tak balik, kau ada call dia tak?"
"Ada, dia cakap dia busy." Balas Is lalu mengeluh. Danny selalu buat kerja sendiri tanpa bantuannya. Sibuk ke malam pergi mana? Iskandar musykil.

"Kau tak risau ke Aliya?" Tanya Is sengaja.
"Tak, dia seorang yang berani dengan semua benda kecuali dua." Aliya toleh pandang Is. Is tahu apa yang ditakutkan oleh Danny dan apa yang tidak. Iaitu 'keluarga lipas dan iblis sesungguhnya.' Sejujurnya, Danny masih kuat untuk menginjak kaki ke luar rumah.

"Sejak kejadian hari tu, aku sering risau. Ada je tak kena tapi aku cuba diam dan bersabar."

Aliya mengangguk sahaja, meneruskan tontonan dia. Is mengeluh. Macam sesuatu yang buatkan dia risau.

"Macam tak sedap hati pulak." Is meraup muka. Lebih baik dia pergi solat. Tenang sikit. Kelibatnya dibawa ke bilik. Aliya mengerling lantas mengeluh.

"Harapnya Syam tak buat pelik-pelik ke atas Danny." Harapnya. Dia tahu Syam dimana sekarang.

.........

Syam yang telah merasuk Danny sudah berdiri di satu rumah banglo mewah. Wajah Danny tidak berperasaan dan sengaja menekankan loceng berkali-kali di pintu pagar.

"Nak, saya dah cakapkan, Dato' tu tak ada dekat sini." Ujar seorang pembantu rumah.

Danny buat muka selamba dan menekan lagi loceng. Pengawal yang entah dijaga menghilang entah kemana. Tiada siapa tahu puncanya Danny.

"Nak, sila beredar. Kalau tidak saya call polis!" Ujar pembantu rumah tersebut. Danny berhenti tekan.

"Itu lebih baik. Memandangkan pemilik tubuh ini juga tidak mahu aku guna kekerasan." Ujar Syam selamba.

Pembantu rumah itu hilang kata. Tidak tahu berbuat apa akhirnya.

"Kau! Kenapa kau menekan loceng rumah aku berkali-kali! Kau tak kenal aku ke!?" Marah sesusuk tubuh yang baru muncul. Bercekak pinggang bersama wajah memerah. Separuh usia dan sedikit tua.

Danny dengan mata redupnya merenung lelaki tersebut.
"Kenal, kau yang langgar aku tahun lepas. Sehingga aku tak berpeluang jumpa mak aku kali terakhir."

Wajah tua itu terkejut. Dia berundur dua langkah.
"ka-Kau merepek apa ni!?"
"Aku budak yang kau langgar lari tu. Kau nak mengaku di balai atau tidak? Kalau kau memilih mengusir aku, aku tak teragak-agak menghantui kau."

"Me-merepek! Ak-Aku tak pernah bunuh orang!" Jeritnya marah.
"Hei orang tua, aku tak cakap pasal bunuh? Kau membunuh budak tu ke?"

Orang tua itu tersedar kata. Dia merengus lalu tergelak-gelak sinis.

"Walaupun apa pun, kau tak ada bukti yang aku langgar budak tu. Memang patut dia mampus, mudah kerjaku menghancurkan keluarga dia. Disebabkan keluarga dia, syarikat aku hampir muflis. Kerana budak tu mampus, emosi keluarga dia jadi melemah dan aku mengambil peluang ini. HAHAHA."

"Begitu, Terima kasih. Bukti ini aku boleh hantar ke polis." Ujar Danny selamba lalu mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam poket.

HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES CWhere stories live. Discover now