Rumah berhantu : 9

Começar do início
                                    

"Enamlah semuanya? Satu keluarga ke?" Danny terkejut.

"Haah, yang dalam bilik aku je orang luar. Sebenarnya, mereka dibunuh. Bukan mati sebab kemalangan." Cerita Danial.

"Macam mana tu?" Is tarik kerusi ke depan, nak tahu jugak. Danial akhirnya membuka cerita. Ada pendapatnya diterima, ada juga melarangnya kerana bahaya. Ada yang menyaran.

Danial berpeluk tubuh akhirnya.
"Bagi kat pihak polis terus, terus masuk lokap." Danny sejenis yang tak suka buang masa.

"Tapi kan, seronok jugak takutkan diorang hahaha." Is dengan tak seriusnya seperti itulah. Danial menghela nafas, sememangnya dia juga nak bagi barang bukti tu secepatnya, tapi dalam masa yang sama dia nak jumpa sorang lagi mangsanya. Mana best kalau selesai cantu je.

Tengok Is dengan Danial tersengih-sengih, buatkan Danny hanya menghela nafas pasrah.

"Tapi cepat tau habiskan chapter ni, aku nak shooting cerita lain pulak ni." Pesan Danny.

"Eh, berapa chapter do..Tak ingat pulak." Danial ambik fail dari belakangnya, entah mana tiba-tiba ada kat situ.

"Sampai chapter 60, terbaek ah kau punya cerita Nial, kitorang berapa banyak scene ni?" Is belek fail Danial.

"Dua chapter do Danny, takde la banyak mana." Is mencebik.

"Mana tau en, author main tangkap muat kita ni. Takde orang lain lagi dipetiknya."Danny menyampah.

Me as author : Ada juga aku buang watak dia ni. 😑

"Okey, berbalik kepada topik. Rumah aku ada sediakan bilik tetamu. Aku dah inform kan family aku, diorang mengalukan kedatangan korang memandangkan kami pun nak buat acara makan-makan kecilan. Ada barbeku sekali nanti."

Dengar perkataan Barbeku terus wajah kedua-duanya sudah tidak sabar.
"Jom balik, kita bakar arang sekarang." Ucap Danny semangat, siap sinsing lengan baju pulak tu.
"Celah kau, panas lagi hari ni. Kau sorang ah buat ahahaha!" Is menggelakkan Danny.

Danny jadi termalu sendiri atas keterujaannya yang melampau.

"Yo Danial, wah wah, ni kawan lama kat sekolah kau ke?"

Tiba-tiba datang satu tubuh bersama kumpulannya. Menatap mereka bertiga dengan sinis.

"Er, Danny..Is, ni senior aku.." Danial takut-takut hendak tersenyum. Memperkenalkan Is dan Danny.

"Ya, kami kawan dia. Kau ada masalah dengan kawan aku ke?" Is menyoal tak puas hati. Menyampah pulak tengok wajah serupa tikus dihadapannya itu. Seakan memandang rendah akan Danial.

"Ha? Kawan? Ahahahaha, guys budak baru ni ada kawan weh. Ada mainan baru..Ha kau, yang dari tadi pandang aku, pergi belikan air." Arahnya tiba-tiba kepada Danny.

Danny dan Is sudah berpandangan. Dah melebih dah ni.

"Boleh, tapi kita settle kat tempat lain boleh tak bang? Jangan risau, kitorang bagi air nanti." Danny dengan senyuman palsu plus jahatnya bangkit dari duduk.

"Weh, Danny. Jangan macam-macam. Diorang ni pandai berlawan." Bisik Danial risau. Bertambah risau lagi bila Is bangkit berdiri juga.

"Aku tak tau pulak kau kena buli ni Danial, kenapa kau macam berlagak tenang sedangkan benda ni berlaku kat kau?" Is tatap Danial tajam.

"Aku cuma beli air diorang, aku tak nak cari gaduh." Danial melarikan pandangan. Tahu kawan-kawannya sudah mula mengamuk.

"Tak semestinya tak nak cari gaduh kau kena beli air mereka, ni dah pergunakan kau. Kau bukan hamba mereka." Danny tatap tajam mamat tikus dihadapannya yang tersengih sinis sejak tadi. Ini kalau kena tumbuk, bersepai gigi dihadapannya itu. Dah lama dia tak balun manusia, selama ni dia banyak bersilat dengan hantu Aliya je.

"Mari, aku nak tengok tahap mana kekuatan korang ni." Ucap mamat itu berlagak.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Danial tersengih serba salah melihat keadaan dihadapannya. Di belakang bangunan sekolah itu, lima pelajar atau lebih tepat seniornya itu sudah tidak mampu bangkit berdiri.

Semuanya merangkak kesakitan. Malah payah hendak melawan balik. Dilihat Is sedang menconteng muka entah siapa dengan marker pulak tu. Danny pula membasuh penumbuknya dengan air mineral.

"Ini adalah seni pertahankan diri Danial, bukan untuk makhluk halus juga kau kena lawan, tapi juga untuk manusia. Kau harus bertegas dan pertahankan diri kau dari dipergunakan. Jadi, gunakan kekuatan kau elok-elok." Pesan Danny.

Danial tersenyum terharu, kagum dan berterima kasih. Dia sangat payah hendak berkata-kata tika itu. Sungguh perbuatan Is dan Danny buatkan dia rasa macam...

"Cool." Gumam Danial akhirnya. Sungguh dia mengidolakan Danny dalam diam. Tak sia-sia dia bersahabat baik dengan mereka.

.
.
.

"Kami memang cool pun, kau je tak pandai belajar." Is jadi spoiler sambil korek telinga.

HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES COnde histórias criam vida. Descubra agora