Rumah berhantu : 7

Start from the beginning
                                    

Sebenarnya itu rancangan dia. Berpakaian begini boleh mencuci mata sesiapa sahaja. Bahkan kakaknya Amy juga terpegun melihatnya begitu kasual saat keluar dari bilik.

"Sangat kemas. Itu yang saya nak cakap." Ucapnya sedikit gelabah apabila disoal Danial.

Danial tersenyum manis. Dia bangkit dari sofanya dan menyeluk poket. Pandangannya menghala ke luar kedai kaca itu.

"Miss Zati, saya sebenarnya ada sedikit masalah tentang keluarga. Boleh bagi pandangan tak? Mana tahu saya boleh berkongsi advance jika Miss Zati ada buah fikiran menarik." Usul Danial mula memancing.

"Oh boleh sahaja, kalau boleh dibantu saya sudi mendengarnya." Ujar Miss Zati ramah.

"Sebenarnya, keluarga saya mula hendak berbagi hasil pewarisan harta, memandang ayah saya hendak pencen dan menua, dia berniat hendak memberi kepada adik bongsu saya, apa yang perlu saya buat supaya keadilan ini diberikan sama rata?"

Riak Miss Zati berubah. Senyumannya tadi tampak manis kini berubah kepalsuan.
"Oh itu, saya tidak mampu memberi cadangan mana tuan. Ia diluar bidang saya."
"Oh ye ke, tapi kan ada je abang atau kakaknya membunuh adiknya untuk mendapatkan harta tersebut. Atau saya salah?" Danial mengusap dagu, sengaja mengungkit kisah lalu Zati.

"Tergamaknya mereka berbuat begitu." Luah Miss Zati seakan bersedih.
"Pewarisan harta ni menyebabkan segelintir adik beradik sanggup membunuh walaupun mereka tahu, hukuman mereka sangatlah besar. Bunuh adik beradik, tak ke peliknya sangat tak ada rasa simpati." Ucap Danial dengan dramanya.

"Sebenarnya, tuan nak buat apa?" Zati seakan tidak mahu terlibat. Gaya ucapannya sedikit perlahan. Itu mungkin kerana isu pewarisan harta diungkitkan.

"Aku ingat, nak juga cari cara bunuh yang sesuai. Macam, kebocoran gas?" Danial tersenyum meleret. Berubah gaya bahasa dirinya.

Zati akhirnya sudah pucat. Riaknya sangat terkejut dan perlahan menatap Danial takut-takut.

"Ma-Maafkan saya tuan, sa-saya rasa ada hal. Lain kali kita berjumpa, kita berborak lagi ya?" Ujarnya sambil berpura-pura melihat jam lalu lantas bangkit dari duduk dan pergi tanpa menoleh ke arah Danial lagi.

"Takut sampai jadi gelabah." Gumam Danial tersenyum sendiri. Danial melihat jam tangannya. Tinggal sepuluh minit lagi Amy menghabiskan masanya.

...........

Tiba pula di lokasi pemangsa seterusnya, Danial berjalan mundar-mandir dalam kedai pakaian itu, semuanya jenama terkenal dan popular.

"Ya tuan, nak beli apa ya?"

Dirinya ditegur pekerja disana. Danial tidak menjawab. Berlagak macam orang kaya. Padahal dia tengah cari sasaran.

"Siapa pemilik kedai ni?" Tanya Danial sengaja walaupun dia dah tahu serba sedikit dengan hasil pencariannya sebelum ini. Berita empat tahun lepas boleh dijadikan info penting untuk mencari keberadaan manusia-manusia terkutuk ini.

"Encik Hafiz? Beliau baru keluar, tuan hendak berjumpa dia? Saya akan memaklumkan kehadiran tuan."

Danial menghela nafas lemah, geram satu pasal tak dapat jumpa.

"Bagi nombor dia, dia ada hutang dengan aku."

Gaya dah macam Along tagih duit. Riak muka pekerja pun dah berubah takut. Terketar-ketar dia memberi kad nama tuan kedainya.

Danial tatap kad nama itu lama.

"Hafiz Tarmizi ya?" Seorang usahawan berjaya atas titik permulaan pembunuhan. Danial beredar pergi dari situ.

'Lepasni muflis lah kau.'

.............



"........."


Danial masuk ke dalam rumahnya, di tangannya terdapat aiskrim pelbagai perisa.

"Wah macam sedap, nak satu."

"Ehhhh, yang ni aku nak jual. Kau ada duit?" Danial terus tolak Huda y yang datang macam monyet yang kempunan.

"Ala, dengan kakak kau pun berkira ke?"
"Bukan berkira, kan aku cakap ni nak jual. Kalau bagi kat kau jadi percumalah."

Huda masam, dia berpeluk tubuh. Amy yang dibelakang mereka menggeleng kepala, malas nak menyampuk. Dia naik ke tingkat atas.

"Halah-halah kakakku yang cantik ini, merajuk ya?"

Huda serta merta malu dengan perbuatan adiknya yang dah serupa buang tabiat. Sejak bila?
"Hahaha, lawak do kau pujuk aku, macam playboy." Tergelak Huda sambil menolak badan Danial dengan menyampah.

"Saje nak usik kau, bukan seminggu dua kenal kau. Dah berbelas tahun dari perut ibu. Aku tahu kau suka makan aiskrim chocolate, jadi aku belilah satu rumah. Itu pun kau tak nampak ke betapa mengambil beratnya aku." Danial sempat puji diri sendiri. Aiskrim di dalam plastik diberikan kepada kakaknya.

"Ni yang aku sayang kau ni." Terus dicium pipi Danial. Danial menggeleng kepala. Huda dh dapat aiskrim terus lesap.

"Women."

Danial pergi ke dapur, disana dia terserempak lagi dengan si kecil Victoria. Namun kali ini Victoria bersama dengan Mira. Mira pandang dia. Dia pandang peti sejuk. Buat-buat tak nampak kehadiran mereka.

"Kakak, Vic nak aiskrim tu.." Victoria menunjuk comel ke arah plastik aiskrim yang Danial sengaja letak diatas meja.

"Tak boleh Victoria, itu makanan manusia, kita tak boleh makan. Tunggu aiskrim tu di buang, baru kita ambil okey?"

Danial termenung melihat isi di dalam peti sejuk. Sangat sedih mendengar perkataan dua beradik itu. Danial tahu, apabila tengah malamnya para hantu akan keluar memakan makanan atau bangkai yang kotor berada di dalam tong sampah. Bagi mereka, ia adalah makanan terbaik mengisi kekuatan di dalam diri mereka agar sentiasa hidup seperti roh tak tenteram.

*Buatan je. Pernah nampak hantu makan benda halal? Hehehe. Kecuali makanan tu dah dibacakan doa makan memang diorang tak sentuh.

Danial ambil plastik aiskrim. Dia keluarkan aiskrim kesukaan Victoria yang pernah dia lihat dalam mimpi. Aiskrim berperisa strawberi itu diasingkan dari aiskrim yang lain lalu dengan selambanya Danial membuangnya ke dalam tong sampah.

Mira mahupun Victoria masing-masing tercengang dan memandang Danial sekejap-sekejap dan memandang aiskrim yang baru dibuang.

"Victoria dah boleh makan ke?" Tanya Victoria mengalih pandang ke arah Mira.

Mira curi-curi pandang ke arah Danial yang sedang meminum air dari Coway. Kemudian dia kembali memandang adiknya dan mengangguk.

Waktu itulah, Danial perasan keadaan sekelilingnya berubah. Lembaga hitam mengelabui sesusuk tubuh comel itu merangkak ke dalam tong sampah. Si kecil Victoria dihuni oleh iblis.

Danial beredar meninggalkan dapur. Dia termenung sepanjang perjalanan ke biliknya. Danny pernah berkata, iblis akan menghuni roh lemah yang tak tenteram dan menguasai roh mereka. Sejak itu kau tidak akan kenal mereka yang sebelumnya.

Jadi, Danial tidak mahu berlebihan dalam perbuatannya. Cukup dia puaskan keinginan sekecil sudah.

Tombol pintu dipulas. Danial berkerut melihat sesusuk tubuh sedang mencangkung melihat bawah katil.

"Kau buat apa dalam bilik aku?"

.............

HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES CWhere stories live. Discover now