Rumah berhantu : 3

Start from the beginning
                                    

Danial memandang si ayah menunggu jawapannya.

"Bagus, petang ni kita bekerja. Kita bersih seluruh laman mulai hari ni. Dari laman hadapan sampai belakang rumah." Ucap si Ayah bersemangat.

"Wah, bolehlah ibu bercucuk tanam kat belakang rumah nanti. Huda dan Amy bantu ibu tau."
"Roger bu." Patuh kedua anak dara itu.

Danial tatap Izzudin pelik. Terasa macam abangnya menyorokkan sesuatu.

.......

"Mari ikut saya Danial."

Danial tersentak dari lamunannya yang memerhati setiap ceruk sudut sekolah tersebut.
Ajakan dari seorang guru wanita bernama Helena dia ikuti. Mata dia masih meliar-liar melihat persekitaran sekolah itu.

Sebagai pelajar yang guna otak, mengenali setiap sudut adalah bonus. Keadaan SMK Victoria memang agak mewah dari sekolah biasa.

Mudah juga mengingati jalan yang berpandukan peta yang merata-rata di lekatkan disetiap sudut koridor kelas. Menyedari juga terdapat beberapa roh tak tenteram disana sini. Uish, dia tak nak cari pasal.

Perjalanan dari pejabat sekolah menuju ke destinasi yang Danial yakin ke kelas membuatkan Danial berkerut kebosanan.

'Jauh betul.'

Ketika ini, Danial mempergunakan kebosanan yang ada sebagai alasan untuk mencuri lihat setiap pelajar di dalam kelas.

Liar matanya terhenti apabila bertembung dengan pandangan seorang pelajar lelaki yang sedang merenungnya dari koridor tingkat dua.

Pelajar itu memerhatinya tajam. Danial balas dengan satu pandangan yang suram. Malas dia mencari musuh di awal hari pertama persekolahannya.

Prinsip dia mudah, dia tak ganggu orang. Orang jangan ganggu dia. Kang dapat siku lipat dari dia yang dah belajar silat dengan Is. Perjalanan Puan Helena terhenti. Danial pulak terpaksa mengbreak kakinya secara mengejut.

'Astagfirullahallazim.'

Di depan Danial, terhidang sebuah kelas yang berlangsirkan biru dan berpintukan mewah. Nampak warna gold.

'Lawa kelas ni.'

Danial intai situasi di dalam kelas. Terdengar suara wanita sedang mengajar. Kelihatan para pelajar di dalamnya tekun dan khusyuk mendengar.

"Danial, ni kelas kamu. Kalau kamu ada apa-apa masalah, datang cari saya di pejabat guru. Okey? Cikgu pergi dulu."

"Okey, thanks Puan Helena."

Puan Helena berlalu pergi. Danial ditinggalkan terkulat-kulat di muka pintu. Danial dongak, melihat nama kelasnya.

'Lima Briliant?'

Berkerut terus mimik Danial. Ape ke pelik nama kelasnya. Dia intai kelas sebelah.

'Lima cool?'

Danial tersengih sendiri. Pelik benar nama-nama disitu. Lansung beza dengan sekolah lamanya dahulu.

Dengan membuat mimik yang paling terkacak pernah dia buat selama menjadi Danial, dia melangkah masuk ke kelas dengan bangganya.

"Ehem! Masuk macam tu saja ke? Awak tak nampak saya kat sini!?"

'Masyallah!, meloncat jantung aku.' Danial melatah di dalam hati.

"Er, hai. Saya student baru kelas ni." Danial tayang sengih sambil lambai tangan separuh comel kepada wanita bercermin mata bulat itu.

Nampak wajah guru wanita itu mencuka. Namun tidak menakutkan Danial. Janji bukan hantu en?
'Tapi salah ke aku cakap tadi?'

Lansung Danial tidak sedar bahawa sejak tadi gelagat dia telah diperhati oleh warga kelas itu.

"Sebagai new student, awak tak seharusnya masuk macam tu je tanpa ketuk pintu dulu. Awak harus memperkenalkan diri awak kepada kawan-kawan awak dan saya selaku guru biologi kamu saat ini. Kamu semua setuju para pelajar?"

"Setuju!"

Sebulat suara jawapan daripada penghuni kelas membuatkan Danial tersenyum malu-malu.

'Allahuakbar, kenapa aku bebal time-time macam ni.'






Yo guys! Thanks setia dengan HAH ini! Anyways, sebenar-benarnya author bosan so terjadilah cerita pendek dalam buku ni memandangkan buku ni sebenarnya complete dengan watak asal bernama Danny. Tapi memandangkan ada sesetengah reader PM tepi cakap sambung lagi, author sebenarnya nak, tapi.. takut tak sempat buat memandang author juga buzy, so dengan berbekalkan idea dan masa yang sedikit, author buatlah cerita pendek "rumah berhantu." So hope u guys like my new sambungan. Sorry tak buat buku lain, sebab takut author tak sempat siapkan. Btw, thank u for lovely support. 🌹

HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES CWhere stories live. Discover now