Rumah berhantu : 2

Start from the beginning
                                    

'Aduh, timing macam ni Izz tengah sedap hisap rokok. Lantak dialah kena ganggu lepas ni.' Danial tersengih sendiri. Hantu tu rupanya tidaklah sejahat mana nak takutkan dia.

Hantu cerewet dan pemilih. Ya, hantu yang pelik.

Danial bawa diri keluar, menuruni tangga. Menuju ke ruang tamu. Terlihat abangnya Zafran sedang melihat berita bersama ayahnya. Ibunya pula seperti biasa melipat kain dihadapan tv. Yang lain mungkin berada di bilik.

Tika itu, terpegun Danial melihat sesosok kanak-kanak perempuan comel sebelum ini sedang duduk di depan TV, dengan mulut ternganga pulak tu.

"Comel." Gumam Danial tanpa sedar.

"Nial dah turun dah, ibu tak masak hari ni. Gas takde. Lupa nak suruh ayah kau beli petang tadi. Kita order grab food je." Ujar ibunya.

Danial ambil tempat sebelah Zafran.
"Takpelah bu." Danial tersenyum. Yang penting makan.

"Bilik dah kemas?" Tanya si ayah.
"Dah."

"Bila kitorang daftar sekolah yah?" Zafran tiba-tiba bersuara. Sejak dari tadi dia lupa menanyakan soalan tersebut.

"Esok, ayah teman korang pergi. Lagi satu, habis sekolah nanti jangan kemana-mana, ayah nak minta tolong korang tebas rumput kat luar. Ayah jumpa mesin rumput kat stor. Masih elok lagi."

"Ya yah." Jawab Zafran.

"Ayah sewa rumah ni berapa? Nial dengar dengan harga murah." Danial bukak topik yang tak enak didengar.

"Kau sendiri tahu kan keadaan rumah ni dah lama terbiar empat tahun lepas." Si ayah cuba menyedapkan topik pembicaraan.

"Sekurangnya perkakas dan keadaan rumah masih elok, jadi bersyukurlah harganya murah." Tambah si ibu.

"Tapi Amy baca kat sini rumah ni pernah ada kejadian tragis."

Terkejut semua orang yang berada di ruangan itu. Kelibat Amy yang berada di belakang mereka dipandang semua dengan geram.

"Lain kali bagi salam." Danial tegur.

"Ala, macam ada hantu kat sini." Riak Amy berkata sambil bercekak pinggang.

"Mulut." Ibu menjeling.

"Ada, dia tengah duduk depan TV tu." Ucap Danial selamba buat semua orang di ruangan itu saling berpandangan.

"Nial. Sudah." Si ayah menegur.

"Amy, jaga kata-kata kau. Kau tak tahu apa terjadi dalam rumah ni." Danial menjeling ke arah Amy yang kini serba salah.

"Asal kau cakap lepas Danial? Kau tak rasa nanti dia mengekori kau kalau dapat tahu kau ni dapat tengok dia?" Hairan Zafran. Matanya tak lepas melihat lantai depan TV. Mana tahu, ada tindakan refleks seperti kejadian tutup TV tiba-tiba.

"Sebab roh ni yang pertama tahu aku dapat pandang dia. Tapi, mungkin sebab dia masih kecil jadi tak berfikir macam orang dewasa." Danial tersenyum tipis.

"Budak kecik yang kau cakap tadi ke Nial?" Amy tak sangka. Betullah kata Danial, kanak-kanak perempuan itu berada dimana-mana.

Danial mengangguk.
"Dia comel bu, dengan baju gaun tidur sekarang. Tengah tengok TV. Tangan kecik dia tu ha sibuk kuis kain yang dilipat ibu. Comel je Nial tengok." Bisik Danial sambil tersengih-sengih.

"La yeke. Sayangnya ibu tak nampak dia." Ibunya tersenyum-senyum akhirnya. Hilang cuaknya bila Danial berkata begitu.

"Ayah dapat tahu dari owner rumah ni ada kejadian kebocoran gas, ada yang meninggal." Si ayah bukak cerita.

"Ha cerita tu. Ada keluarga yang sebelum ni duduk sini tiba-tiba pindah sebab diorang tak tahan diganggu. Lepastu, kejadian sama berlaku kepada dua buah keluarga lagi." Tambah Amy.

"Mana kau tau ni?" Tercengang Zafran.

"Dari komen kat sini, aku search pasal rumah ni." Amy tunjuk handset dan paparkan rumah mereka yang jauh dari kejiranan.

"Macam mana diorang diganggu tu?" Tanya Danial tiba-tiba tertarik. Amy ambil tempat duduk sebelah ibunya.

"Ada yang kata mereka diganggu apabila tengah sorang-sorang. Dia tak serang masa kita beramai macam ni. Dia gerakkan sesuatu. Kerusi ke meja ke, atau benda-benda lain. Kadang ada yang main tutup lampu. Air paip kat dapur terbuka. Ada orang tengah mandilah kat dalam shower dan banyaklah kat sini."

Amy mengeluh. Dia meleret jari-jarinya ke skrin tersebut dengan riak kurang puas hati.
"Setakat ni kau nampak sape je?" Zafran tiba-tiba bertanya. Danial telan air liur.

"Tiga. Satu yang kat bilik kau. Kau keraplah solat, mana tau dia tak ganggu."

"Yang satu lagi?" Si ayah bertanya. Alahai, dia pun layan. Ingat sedap tengok berita.

"Satu lagi, dekat bilik Nial." Danial telan air liur.

"Rumah ni dah diazankan petang tadi. Tak sangka mereka masih ada." Si ayah menguis dagu.

"Mereka menyorok." Danial masih ingat roh yang sebayanya itu menyorok di dalam almari.

Satu ruangan itu berdiam diri. Tidak tahu hendak memberi reaksi bagaimana. Danial memfokuskan pandangan ke arah kanak-kanak dihadapannya, masih fokus menatap TV. Entah apa yang menarik pada berita yang ditunjukkan. Mungkin kanak-kanak ni tak pernah tengok TV bernyala?

Siapa sosok roh yang menghuni di biliknya? Mereka sebaya? Danial merasa tidak sedap hati. Lembaga roh apa yang paling bahaya setakat ni?










HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES CWhere stories live. Discover now