Bab 71

4.4K 155 11
                                    

"IZ dah fikir masak-masak ke nak kahwin semula dengan janda Iz tu? Mama bukan apa. Mama cuma kecewa sebab dia orang yang beria-ia buang Iz lepas tu nakkan Iz semula," ujar Puan Aminah sambil melabuhkan punggungnya di birai katil.

Tingkah Muiz yang sedang menyisir rambutnya terhenti. Dia memandang ibu tirinya itu melalui pantulan cermin lalu dia mengangguk mengiakan.

"Bagi Iz. Yang lepas tu biarkan berlalu. Rasa cinta dalam hati Iz terhadap Mairah masih bersisa. Apa salahnya kalau Iz bagi peluang untuk kami sama-sama sempurnakan mahligai perkahwinan kami yang pernah tak sempurna dulu," jawab Muiz.

"Kalau betul Mahairah sayangkan Muiz... takkan wujudnya situasi dia pergi bertunang dengan lelaki lain waktu kamu menderita dalam penjara dulu." Keluh Puan Aminah.

"Jadi mama rasa ada ke perempuan lain yang ikhlas sayangkan Iz? Lagi-lagi bila dia orang tahu yang Iz ni bekas banduan. Mama rasa?"

Soalan itu membuatkan Puan Aminah terdiam sepi. Dia menunduk menekur lantai. Jari-jemarinya dikuis-uis. Nafas dihela perlahan.

"Mairah bertunang dengan lelaki lain sebab ayah dia paksa. Dia ikut sebab dia dah tak ada pilihan lain lagi dah. Iz yakin. Allah SWT tengah cuba nak bagi peluang kedua untuk Iz jadi suami yang terbaik untuk Mairah," ujar Muiz.

"Macam mana kalau ending dia tetap sama?" soal Puan Aminah, inginkan kepastian anak tirinya itu.

Muiz membalikkan tubuhnya menghadap Puan Aminah. "Sepanjang perjalanan kehidupan kita ni umpama kita sedang menulis sesuatu cerita menggunakan minda. Kita tulis, kita padam, kita tulis lagi. Sampai satu tahap kita rasa kita dah jumpa ending kisah kita tu. Kita pun close the story. Tiba-tiba keajaiban berlaku. Kita buka balik kisah kita tu dan kita tukar lagi ending dia. Sebab apa, ma? Sebab kisah hidup manusia bukan seperti sebuah novel yang mati. Selagi kita hidup, kita takkan tahu macam mana pengakhirannya."

Terdiam terus Puan Aminah dibuatnya. Entah sejak bilalah anak tirinya itu pandai berfalsafah. Hilang terus kekacakan Muiz.

"Ikut Iz la. Mama tak ada hak nak halang kalau Iz rasa dengan menikah semula bersama Mairah tu adalah ending yang terbaik." Puan Aminah bingkas bangun dari duduknya.

Muiz mengangguk. "Ma, Iz nak pinjam lima puluh ringgit. Nak keluar makan dengan Afiq. Kalau Iz dah ada duit nanti Iz ganti balik duit mama."

"Lima puluh ringgit tu tak adalah tapi kalau tiga puluh ringgit tu adalah. Mama nak simpan duit juga untuk Hasya sekolah," jawab Puan Aminah.

"Bolehlah, ma." Muiz akur. Tiga puluh ringgit pun lepas kalau nak makan dua pinggan mi goreng dengan nescafe tarik. Sambil-sambil tu bolehlah dia layan bola sepak sekali di kedai mamak.

DENGAN sekali lafaz. Muiz dan Mahairah telah sah diijab kabulkan. Mereka cuma menikah di Pejabat Agama Islam dan dihadiri oleh keluarga Mahairah dan keluarga Muiz sahaja. Usai mengaminkan bacaan doa, Muiz menghampiri isterinya itu untuk menyarungkan cincin.

"Cukup dengan cium tangan suami untuk sesi pembatalan air sembayang. Nak cium-cium tu tunggu dalam bilik nanti." Tegur Encik Radzi. Terbantut terus tindakan Muiz hendak mengucup dahi isterinya.

Mahairah malu-malu kucing. Tangan Muiz diambil lalu dikucup buat kedua kalinya. Sengaja nak batalkan lagi air sembahyang yang memang dah batal.

"Bestnya kahwin. Di majlis pernikahan yang mulia ini aku berdoa semoga suatu hari nanti aku boleh Islamkan General Manager Pine Tree Hotel tu lepas tu kahwin dengan dia. Aaminn!" Afiq tersengih.

Azman dan Umairah yang mendengar azam Afiq itu terus membuntang mata mereka berdua. Masing-masing tercengang.

"GM Pine Tree Hotel tu bukan dah umur 50 tahun ke? Kau biar betul? Just ada dengar-dengar ajelah dia dah cerai dengan suami dia. Itu pun sebab kawan aku beritahu. Dia pembantu dapur di sana," ujar Azman.

"50 pun 50 la. Kisah apa aku. Yang penting lepas kahwin boleh duduk atas duit. Boleh jadi AGM. Boleh ada company. Boleh jadi share partner dengan bini." Juih Afiq.

"Dari awal niat kamu nak kahwin tu dah salah, Afiq. Pak cik doakan kamu membujang ajelah sampai ke tua." Selar Encik Radzi.

"Pak cik..." Afiq merengek. Janganlah doa macam itu. Dia dah miskin. Dia nak langgan pelacur pun tak ada duit. Dah sampai masa la untuk dia kahwin. Hisy!

MALAM yang hening tapi dirasakan seolah-olah ada meteor jatuh dari langit. Suasana yang hening tapi dirasakan riuh-rendah dengan detak jantung pasangan suami isteri itu. Mata mereka saling bersabung seolah-olah meluahkan rasa cinta yang terdalam.

"Terima kasih sebab sudi terima lamaran saya. Biarkan enam tahun itu berlalu. Hukuman yang patut awak jalankan di atas dosa-dosa silam awak dah selesai," ujar Mahairah. Telapak tangannya dilekapkan ke pipi suaminya lalu diusap-usap lembut.

"Tapi suami kau yang sekarang ni dah hilang taringnya. Aku tak janji yang aku boleh protect kau lagi tapi aku akan usahakan untuk sentiasa ada dengan kau," ujar Muiz pula. Telapak tangannya turut dilekapkan ke pipi Mahairah.

Mahairah melekapkan jari telunjuknya di bibir suaminya. Dia menggelengkan kepalanya. "Hilanglah macam mana sekalipun taring awak, Muiz. Bagi saya awak tetap hero dalam hati saya."

"And aku harap aku boleh jadi hero kau sampai hari tua. Aku minta maaf sebab gagal jadi suami yang baik. Aku minta maaf sebab tak mampu jadi macam suami orang lain. Aku menyesal sebab tak belajar betul-betul dulu. Sekarang ni isteri aku yang terpaksa tanggung kebodohan dan kemalasan suami dia," ujar Muiz. Sebak.

"Awak memang gagal dalam pelajaran tapi itu tak bermaksud awak boleh mengalah. Kalau awak rajin awak pun akan berjaya. Status yang awak pegang bukan penghalang untuk awak bangkit semula." Nasihat Mahairah.

"Terima kasih, sayang." Ucap Muiz. Perlahan-lahan dia mendekatkan bibirnya ke bibir Mahairah. Belum sempat bibir mereka bertaut. Tiba-tiba pintu bilik mereka dibuka oleh seseorang.

Persis lipas kudung Muiz berlari turun dari atas katilnya. Terangkat sebelah keningnya melihat Hasya yang sudah berdiri di ambang pintu.

"Papa... Izinkan Sya untuk tidur dengan mama baru Sya malam ni. Papa boleh tidur dalam bilik Sya. Sya nak kenal mama baru Sya dengan lebih dekat," ujar Hasya bersahaja. Dia melangkah naik ke atas katil.

Mahairah menahan gelak. Mimik muka suaminya dah macam nak tahan berak. Frust la tu tak dapat nak jalankan misi malam pertama dia.

"Kau ni tak ada malam lain dah ke nak buat sesi suai kenal dengan mama kau? Geram pula aku." Muiz merengus kasar. Kacau daun betullah budak ni.

"Malam pertama tu lebih afdhal nenda kata. Papa keluarlah. Sya tak boleh tidurlah kalau papa ada. Bilik Sya tu sejuk. Ada air-cond. Bilik papa ni tak ada. Mesti papa selesa tidur dalam bilik Sya," ujar Hasya lagi.

Muiz mengepal buku limanya. Nasib baiklah anak. Kalau tidak memang dah lama dia tendang saja Hasya keluar dari biliknya. Kaki dihentak-hentak sambil berjalan keluar bilik.

Bam!!!

Terhincut bahu Hasya apabila lelaki itu menutup pintu bilik dengan begitu kuat sekali. "Papa ni tak tahu nak sayang barang. Pelik... pelik..."

Mahairah hanya tergelak mendengar omelan Hasya. Dia merapikan bantal lalu menyuruh Hasya berbaring. Malam itu, mereka menghabiskan masa dengan midnight story sekali gus buat sesi suai kenal.

HIS MAFIA SIDE [C]Where stories live. Discover now