Bab 35

3.5K 118 5
                                    

HASYA mengembungkan pipinya. Penat dah dua jam tunggu si nenek kesayangan datang tapi tak datang pun. Geram dia dibuatnya. Akhirnya dia melangkah masuk semula setelah puas terpusing-pusing di pintu pagar.

"Nenda ni tipu Hasya. Cakap datang nak ambil Hasya bawa pergi rumah papa tapi tak datang pun." Gerutunya.

Baru beberapa langkah dia berjalan. Gegendang telinganya menangkap suara seseorang memanggilnya. Cepat-cepat dia menoleh ke belakang. Bulat terus matanya.

"Uncle Afiq!" Jeritnya. Suka kerana pak cik kesayangannya itu muncul di depan mata. Cepat-cepat tubuh Afiq dipeluk.

"Amboi, macam nak patah tulang uncle Sya peluk." Afiq tergelak di hujung ayatnya.

Hasya melepaskan pelukan. "Mestilah. Dah lama uncle tak datang tengok Hasya. Dah lupa Hasya la tu."

"Mana adalah sayang. Uncle sibuk sikit. Hari ni baru tak sibuk. Ni Sya duk dekat luar ni kenapa? Tunggu siapa?" Berkerut kening Afiq menyoal anak kecil itu. Sesekali dia menoleh ke kiri dan ke kanan.

"Tunggu siapa lagi. Tunggu nenda la. Cakap nak ambil Hasya tapi tak datang pun. Perangai nenda pun macam papa juga," ujar Hasya melepaskan rasa tidak puas hatinya itu.

Afiq tersengih. Dia lantas mengangkat anak kecil itu. "Mungkin nenda sibuklah tu agaknya. Tak apalah, uncle kan ada."

"Yalah." Hasya pasrah.

"Sya nak ikut uncle jalan-jalan tak? Kita jumpa papa Sya. Nak tak?"

"Nak!" Laju Hasya menjawab. Rasa rindunya kepada Muiz Aiman tidak dapat dibendung lagi.

"Good. Macam biasalah. Kita kena buat apa dulu?" soal Afiq.

"Minta izin dari..." Kata-kata Hasya terhenti apabila jari telunjuk Afiq melekap di bibirnya. Afiq mengenyitkan matanya.

ENCIK Radzi merengus perlahan. Dia tidak tahu hendak mula daripada mana. Baru beberapa jam dia pergi. Macam-macam benda berlaku. Dia kerling sekilas Umairah yang hanya duduk santai di sebelah kanannya. Kemudian beralih pula pandangannya kepada Muiz Aiman dan Mahairah.

"Baba rasa tak manislah apa yang jadi hari ni. Bukan baba nak marah cuma tak manis Iz buat macam ni." Katanya membuka bicara.

"Iz tak buat apa pun baba. Iz cuma hantar Umai pergi klinik." Kata Muiz membela diri.

"Ya, baba faham cuma lain kali bawalah isteri kamu tu sekali. Iz cakap dekat baba yang Iz cuba nak jadi suami yang terbaik untuk Mahairah tapi sekarang ni dah jadi lain dah." Keluh Encik Radzi.

Mahairah hanya menunduk memandang lantai. Biarlah bapanya yang uruskan rumah tangganya. Dia penat nak bersuara. Balik-balik dia juga yang kena nanti.

"Baba, Iz cuma nak bantu. Umai pun anak baba juga, kan? Bukan Mairah saja. Tak tergamaklah Iz nak biarkan Umai sakit seorang diri macam tu." Suara Muiz berubah keras.

"Kenapa? Iz masih ada hati lagi dekat si adik? Iz jangan lupa yang Iz sendiri yang pilih nak kahwin dengan Mairah. Iz tak boleh nak pilih dua-dua. Mereka ni adik-beradik. Iz cuma boleh pilih salah satu sahaja," ujar Encik Radzi. Nada suaranya turut berubah keras.

"Baba. Umai rasa baba dah salah faham ni. Kami tak ada buat benda yang tidak-tidak pun. Semuanya punca daripada kakak juga. Dia yang buat Umai sakit." Beritahu Umairah sambil menuding jari kepada kakaknya.

Mahairah terkesima. Dia pandang tajam ke dalam mata kembarnya itu. Niatnya cuma nak menjernihkan keadaan tapi hati adiknya itu terlalu keras umpama batu. Susah nak dilembutkan kembali.

HIS MAFIA SIDE [C]Where stories live. Discover now