Bab 42

3.1K 131 10
                                    

TANGAN Hasya ditarik merapatinya. Puan Aminah menjegilkan mata kepada anak kecil itu. Dia tidak suka sikap semberono Hasya merosakkan lagi hubungannya bersama anak tirinya itu.

Umairah bangun daripada bertinggung. Tajam matanya menikam ke dalam mata Muiz. Dia ingin mendengar penjelasan lelaki itu. Dia yakin si kecil itu tidak menipu.

"Kalau dia anak Afiq lepas tu kau suruh emak tiri kau ni jaga. Kenapa budak ni duduk dekat rumah anak yatim?" soalnya. Dingin.

Muiz menelan air liur. "Se... sebab perempuan tua ni dah tak nak jaga budak ni. Sebab tulah dia letak budak ni dekat rumah anak-anak yatim."

Membulat mata Puan Aminah dibuatnya. Balik-balik namanya juga yang dipetik. Namanya juga yang diburukkan.

"Kenapa Iz cakap macam tu? Mama nak jaga Hasya tapi Iz yang tak bagi sebab Iz benci sangat dekat anak Iz ni." Puan Aminah akhirnya bersuara untuk menegakkan keadilan buat dirinya.

"Hei, perempuan perampas! Berani kau burukkan aku. Budak ni dah tentu-tentulah anak Si Afiq tu. Aku jaga dia kadang-kadang. Kau ni kenapa nak cari pasal dengan aku." Marah Muiz kepada ibu tirinya.

"Mama faham Iz hencikan mama sangat. Tapi janganlah Iz gunakan mama untuk tutup perangai jahat Iz. Apa yang jadi antara arwah ibu dan papa Iz dengan mama, semua tu dah berlalu. Tak boleh ke Iz hormatkan mama sebagai orang yang lebih tua?" Birai mata Puan Aminah bergenang.

Muiz tergelak sinis. "Aku nak lupakan? Eh, memang taklah. Kau tu penghancur kebahagiaan kami. Aku takkan lupa benda tu. Dah. Kau pergi bawa budak kecil ni balik!"

"Nanti dulu!" Umairah lekas menarik Hasya mendekatinya. Dia pandang Puan Aminah dan Muiz silih berganti.

"Apa yang jadi antara kau orang berdua tak ada kena mengena dengan budak ni. Aku cuma nak tahu kebenaran sahaja. Hasya ni anak Afiq atau anak kau?"

"Kan, Iz dah cakap dia anak Afiq. Berapa kali Umai nak tanya?" Muiz bengang.

"Aku tak percaya. Muka budak ni iras sangat dengan kau. Jujur ajelah Muiz Aiman. Kau curang belakang kakak aku, kan?" Umairah mendesak.

"Muiz tak curang pun belakang Mahairah. Dan kalau Muiz nak curang pun apa salahnya. Mahairah tu tak layak jadi isteri Muiz." Puan Aminah bersuara membela anak tirinya walaupun dia tahu perbuatannya itu hanyalah sia-sia.

"Aku suruh kau balik, kan orang tua? Jangan tercegat dekat sini lagilah. Semakin lama kau dekat sini semakin kau akan keruhkan keadaan. Jangan pesta makanan ni jadi pesta aku bunuh kau." Amaran Muiz kepada ibu tirinya.

Puan Aminah memekakkan telinganya. Dia masih berdiri tegak menghadap Umairah. Dia akan beritahu segalanya tentang diri Muiz kepada gadis itu supaya keluarga Encik Radzi mengembalikan Muiz kepadanya.

"Hasya ni memang anak Muiz. Sebelum Mahairah kahwin dengan Muiz lagi memang Muiz ada anak. Anak hasil daripada keterlanjuran Muiz dengan bekas pembantu rumah auntie. Muiz tak nak jaga budak tu. Emak budak tu pun entah hilang ke mana. Sebab tulah auntie terpaksa letak Hasya di rumah anak yatim. Semuanya gara-gara tak nak Muiz semakin membenci auntie." Puan Aminah menjeda.

"Auntie ada suruh Muiz jujur dengan Mairah pasal Hasya tapi Muiz tak nak. Tak tahulah dia nak jaga hati siapa. Mairah atau Umai." Sambung Puan Aminah lagi. Sebenarnya dia tahu dalam diam Muiz ada menaruh harapan kepada gadis di hadapannya itu.

Umairah terpempan. Pegangan kejapnya kepada Hasya terlerai jua. Dia pandang Muiz dalam-dalam. Menyalurkan segala kekecewaannya kerana memberikan peluang kepada lelaki jahat seperti Muiz untuk mendekatinya.

"Apa benda kau merepek ni orang tua!" jerkah Muiz. Mata-mata yang berada di dalam Batu Pahat Mall itu memandang tepat ke arah mereka bertiga.

"Aku tak rasa ibu tiri kau merepek, Muiz. Aku rasa semua ni betul. Macam aku cakaplah. Sekali dah jadi sampah selamanya jadi sampah. Menyesal aku baik dengan kau. Kalaulah baab tahu pasal ni aku rasa hari ni jugak kau dengan kembar aku bercerai," ujar Umairah.

"Umai jangan percayakan dia boleh tak. Umai sendiri tahu perempuan gila ni yang hancurkan kebahagiaan Iz dan mama Iz."

"Jangan disebabkan kau kecewa dengan masa silam kau, kau nak lepaskan semuanya dekat budak yang tak berdosa ni. Budak ni darah daging kau. Kesilapan yang kau dah pernah buat. Kau kena tanggungjawab." Kata Umairah.

"Umai dengar cakap Iz boleh tak?" Muiz melelar kasar tangan Umairah tetapi gadis itu menolaknya menjauh.

"Jangan kacau aku. Jangan cari aku. Jangan jejaki aku sebab aku takkan hidup dan takkan sukakan lelaki jahat macam kau. Kalau kau ganggu aku lagi aku takkan teragak-agak untuk beritahu baba pasal budak ni." Ugut Umairah lalu mengundurkan diri.

"Umai, please. Umai nak pergi mana? Umai tak ada tempat nak tuju, kan? Jangan buat Iz macam ni. Dengar dulu penjelasan Iz." Muiz mengejar langkah Umairah lalu merayu-rayu kepada gadis itu.

"Dah terlambat. Aku cuba nak percayakan kau. Tapi, emak tiri kau sendiri dah  buka pekung kau. Aku jijik dengan kau. Sumpah aku jijik. Aku bukan macam Mahairah. Dia lemah. Lembik. Kau kotor macam mana sekalipun dia sudi jilat kau."

"Sebab tu Iz nakkan Umai. Sebab Iz sayangkan Umai. Iz akan ceraikan Mairah nanti. Percayalah."

"Mengarut! Aku gembira kalau kau keluar daripada hidup kakak aku. Tapi tak bermakna aku akan jadi pengganti Mairah. Sedar dirilah, Muiz. Kau tak layak untuk aku. Jadi tolong jangan kacau aku. Pandai-pandai kau la nak hadap semua benda ni."

"Umai!"

"Last warning aku bagi. Kau cuba cari aku lagi memang aku akan heret budak tu dengan emak tiri kau sekali menghadap Mairah dengan baba. Don't try me!"

Muiz memakukan langkahnya. Dia hanya menghantar kepergian Umairah dengan ekor mata. Bagasi perempuan itu yang masih ada di dalam keretanya? Entahlah...

"Kau punca! Kau punca! Aku bencikan kau!" Jerkah Muiz di depan muka ibu tirinya. Terpejam mata Puan Aminah mendengar pekikan lelaki itu.

HIS MAFIA SIDE [C]Where stories live. Discover now