Bab 46

3.8K 142 2
                                    

MUIZ melangkah keluar dari perut keretanya. Nombor plat di depan pun retak sedikit kejadiannya hasil pelanggaran tadi. Dia merengus kasar kerana kereta kesayangannya terluka.

Seorang lelaki berbadan tinggi lampai turut melangkah keluar dari sebuah kereta Myvi berwarna hitam itu. Lelaki itu mengenakan kaca mata hitam dan rambutnya pula diwarnakan dengan warna merah jambu.

"Kau bodoh ke apa tiba-tiba brek mengejut di tengah-tengah jalan!" Marah Muiz kepada lelaki berbangsa India itu.

"Pardon?"

"Dahlah bodoh. Pekak lagi." Hambur Muiz meluahkan rasa tidak puas hatinya itu.

Mahairah yang sedang memerhatikan suaminya dari dalam kereta terus jadi tak sedap hati. Kalau dia tak masuk campur maunya bertumbuk dua orang lelaki itu. Lekas dia membuka pintu kereta. Mahairah berdiri di belakang suaminya.

"Dahlah. Jangan gaduh. Tak ada yang teruk pun. Kereta awak pun tak teruk mana. Salah awak sebab tak fokus memandu," ujar Mahairah.

Semakin berasap Muiz dibuatnya apabila wanita itu meletakkan kesalahan kepada dirinya. Tanpa menghiraukan Mahairah, Muiz segera merapati lelaki India itu lalu mencekak kolar baju lelaki itu.

"Kau nampak tak kereta aku dah tak sempurna kejadiannya. Gara-gara kau! Aku nak minta ganti rugi." Desak Muiz.

Mahairah mengurut pelipisnya. Kereta Muiz tak adalah teruk mana pun. Kalau nak dikatakan calar. Calar sedikit sahaja pun. Tapi gaya suaminya mengamuk itu persis kereta itu rosak teruk pula.

"Hei, pundek! You yang salah kasi hantam aku punya kereta tiba-tiba you nak minta ganti rugi. Bodoh ke?" Lelaki India itu bersuara.

"Dah kau yang tiba-tiba brek mengejut. Kau la bodoh. Kau tak kenal ke aku siapa? Jangan aku hantar mayat kau depan rumah emak bapa kau nanti". Muiz mula menggertak.

Lelaki India itu ketawa. Dari gaya Muiz pun dia boleh agak yang Muiz itu pendatang baru. Dia turut mencekak kolar baju Muiz.

"You datang tempat orang, you jangan tunjuk you punya taiko. Ini Kuala Lumpur. Cover aku banyak sini. Kita tengok siapa punya mayat kena hantar pulang."

"Kau ingat aku takut? Kau ingat kau seorang aje yang ada cover? Satu Malaysia kenal siapa Robert." Sinis Muiz.

Terangkat sebelah kening lelaki India itu. "Oh, you budak Robert tu la? I see. Aku dengan you punya Robert tu kawan. You jangan cari pasal sama aku."

Muiz terdiam. Dia sudah tersalah jolok sarang tebuan. Tangan lelaki India itu ditepis kasar. Dia kembali semula ke keretanya.

"Kau tercegat apa lagi? Masuklah!" Jerkah Muiz kepada isterinya. Mahairah yang tersentak terus akur dengan arahannya.

BERKERUT dahi Mahairah dibuatnya. Katanya mereka akan menetap di rumah sewa yang disewa oleh Muiz tapi sekarang lelaki itu memberhentikan kereta di hadapan sebuah hotel tiga bintang.

"Kenapa kita datang sini?" soalnya.

"Malam ni kita tidur sini dulu. Esok pagi baru kita balik semula ke Batu Pahat," ujar Muiz seraya mematikan enjin keretanya.

Mahairah tercengang. "Apa benda awak melalut ni? Kejap nak duduk KL. Kejap nak duduk BP?"

"Kau buta ke perempuan. Kau tak nampak ke apa yang jadi tadi? Kau rasa tempat ni sesuai ke untuk aku?"

"Awak juga yang salah. Saya dah suruh awak diam tapi awak yang nak tunjuk perangai." Juih Mahairah.

Muiz menampar kuat stereng keretanya. Sakit hati kerana Mahairah tidak puas menyalahkan dirinya.

"Diamlah! Serabutlah aku tengok kau ni. Kira nasib baiklah aku tak jual aje kau dekat lelaki India tu tadi. Menyusahkan orang." Marah Muiz.

Mahairah menunduk kerana dimarahi oleh suaminya. Hatinya dipagut rasa sebak kerana Muiz ada niat hendak menjual dirinya. Nampak sangatlah Muiz memang tidak kisah akan dirinya.

"Kalau saya ni Umai mesti awak takkan cakap macam tu, kan Muiz?"

Muiz meraup wajahnya. Tahap kesabarannya kepada Mahairah semakin menipis. Ikutkan hati mahu saja dia menampar perempuan itu sampai bisu.

"Kau boleh diam tak? Jangan buat aku semakin serabut boleh tak? Sejak bila kau ambil kisah apa yang aku cakap? Kenapa nak terasa? Kau mengandung ke apa?"

Mahairah menggelengkan kepalanya. Dia membuang pandangannya ke luar tingkap. Satu keluhan berat dilepaskan.

"Awak nak balik semula ke Batu Pahat tu mesti sebab perempuan nama Hasya, kan? Berapa ramai perempuan awak ada?" soal Mahairah tanpa memandang suaminya.

"Diamlah. Apa yang susah sangat kau nak ikut cakap aku ni Mairah!" Herdik Muiz. Dia melangkah keluar dari perut keretanya. Kaki diayun ke dalam bangunan hotel tiga bintang itu tanpa menghiraukan isterinya yang masih berada di dalam kereta.

Baru sahaja Muiz hendak bertanya kepada penyambut tetamu di kaunter berkaitan ada kekosongan bilik, telefonnya berdering. Tertera nama Afiq di skrin. Lantas panggilan itu dijawab.

"Apa?" soalnya.

"Kau dekat mana, Iz?"

"Mana-mana ajelah."

"Kau tak baca ke WhatsApp aku hantar dekat kau tadi?"

"Baca. Kenapa?"

"Dah tu datanglah HSNI sekarang. Anak kau sakit." Gesa Afiq di corong telefon.

"She is not my daughter. Kau risaukan dia. Kau la jaga dia. Dia mati pun aku tak sedih." Balas Muiz bersahaja.

"Kau jangan melampaulah Muiz. Memanglah budak tu tak berbintikan nama kau tapi kau jangan lupa dia tu terhasil daripada kecuaian kau. Aku ni memang jahat tapi kalau aku ada anak, aku takkan buat anak aku macam kau buat dekat Hasya."

"So?"

"So aku nak kau datang hospital sekarang. Emak tiri kau dah meraung-raung kau apa tahu? Aku tak nak kau menyesal Muiz."

"Atas sebab apa aku nak menyesal ni, Fiq? Aku dah cakap jelas dah. Apa jadi dekat budak tu sekalipun tak ada kena mengena dengan aku. Titik!"

"Dulu kau benci sangat dengan papa kau sebab papa kau curang. Papa kau kahwin dengan emak tiri kau. Bila papa kau sakit, puas emak tiri kau pujuk kau supaya balik. Jaga papa kau. Maafkan papa kau. Tapi kau tak buat semua tu." Afiq menjeda.

"Bila orang tua tu dah diambang kematian baru kau nak balik. Baru kau nak dengar cakap dia untuk jaga emak tiri kau lepas dia tak ada. Kau rasa menyesal. Kau rasa ralat sebab tak dapat nak berbakti kepada papa kau waktu dia perlukan kau." Sambung Afiq.

Muiz geram kerana Afiq mengungkit kisah lama. "Tak payah nak ungkitlah, Fiq. Kisah tu dah lama basi dah."

"Tak. Cerita tu tak basi. Punca kau tak halau orang tua tu keluar lepas papa kau mati pun sebab kau pegang amanah tu, kan? Walaupun kau bencikan orang tua tu tapi kau tetap bagi muka dekat dia sebab kau dah janji nak jaga dia lepas papa kau dah tak ada. Jadi, aku tak nak kau menyesal untuk kali kedua. Sementara Hasya masih ada. Sementara Hasya masih kuat, aku nak kau jaga dia.

"Doktor baru suspek dia kena kanser tahap tiga tapi kalau benda tu betul macam mana? Dah sampai masanya untuk kau jadi lelaki yang bertanggungjawab. Jangan pisang berbuah dua kali baru kau nak menyesal. Mairah pun berhak tahu yang dia ada anak instant." Usai bercakap panjang berjela, Afiq segera mematikan telefon.

HIS MAFIA SIDE [C]Where stories live. Discover now