Bab 48

3.2K 143 4
                                    

"KAU boleh terima hakikat tak yang aku dah tersalah pilih isteri. Sepatutnya aku kahwin dengan adik kau. Bukan dengan kau."

"Tapi, kenapa baru sekarang? Lepas Mairah dah jatuh hati pada abang baru abang nak cakap macam ni."

"Bukan salah aku. Aku tersilap orang."

Satu keluhan dilepaskan. Hatinya terasa sakit tatkala mengimbau kembali kata-kata Muiz beberapa bulan yang lalu. Setitis demi setitis air mata Mahairah mengalir membasahi pipi.

Semenjak kejadian di hospital dua minggu yang lepas, Mahairah tetap berkeras dengan suaminya. Dia mendesak Muiz untuk menjauhkan diri daripadanya sementara dia juga sedang berusaha menerima hakikat bahawa suaminya ada kisah silam yang pahit.

Hasya? Syukur alhamdulillah. Anak kecil itu tidak apa-apa. Dia sihat walafiat. Hanya ada ketumbuhan kecil sahaja di ususnya. Doktor telah mengesahkan Hasya tidak menghidapi kanser usus. Setelah menjalankan beberapa rawatan yang disyorkan oleh doktor, anak kecil itu akan pulih seperti sediakala.

Ehem!

Dehaman seseorang mengganggu lamunan Mahairah. Dia memandang ke belakang. Satu sosok tubuh yang amat dikenali berdiri di belakangnya lalu mengusap bahunya.

"Dah dua minggu baba tak nampak Muiz. Mana dia? Kalau kerja takkan tak boleh balik jenguk isteri langsung?" soal Encik Radzi.

Encik Radzi tahu anak dan menantunya sedang berada di fasa peperangan. Namun begitu, dia ingin sekali melihat kesungguhan Muiz memujuk Mahairah. Bukannya dibiarkan Mahairah terkontang-kanting sendirian.

"Entah," jawab Mahairah. Dia sendiri tidak ambil kisah ke mana suaminya pergi. Pandai-pandailah lelaki itu nak hidup.

Encik Radzi senyum. "Nak merajuk tu boleh tapi jangan sampai tahap derhaka dengan suami. Marah macam mana sekalipun jangan sampai abaikan suami. Allah murka."

"Mairah tak marah. Mairah cuma kecewa. Kecewa sebab Mairah tak sebaik perempuan yang Puan Aminah harapkan." Kata Mahairah dalam sendu.

Dahi Encik Radzi berkerut. "Kenapa dengan emak mentua kamu? Dia cakap apa dekat Mairah?"

Mahairah mengimbau kembali kejadian di hospital dua minggu yang lalu. Puan Aminah mengatakan dia tidak layak untuk Muiz. Hanya perempuan yang kuat sahaja layak berganding dengan Muiz dan mampu menerima kisah silam Muiz.

"Baba. Bukan ke dalam Al-Quran cakap perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat. Begitu juga sebaliknya, kan?"

"Ya." Encik Radzi angguk.

"Sepanjang Mairah hidup dengan baba, Mairah ada buat salah ke baba? Mairah jahat ke dengan baba, ibu dan Umai?" soal Mahairah teresak-esak.

"Astaghfirullahalazim. Kenapa cakap macam tu? Mahairah dan Umai anak-anak baba yang paling terbaik sekali. Kau orang tak ada buat jahat pun. Baba didik Mairah dengan Umai dengan ilmu agama."

"Tapi kenapa Mairah tak dapat jodoh yang baik kalau memang betul Mairah baik?" soal Mahairah lagi.

"Mairah kena faham satu benda. Ada orang tu dia baik kemudian jadi jahat. Ada orang tu pula jahat sangat tapi pengakhirannya jadi baik. Kadang-kadang kita rasa kita baik lepas tu Allah SWT satukan kita dengan pasangan yang tak baik. Semua tu ada hikmahnya. Daripada situ jugalah kita akan belajar banyak benda. Belajar tabah, sabar dan ikhlas. Allah SWT tak buat sesuatu benda tu tanpa sebab," ujar Encik Radzi berjela-jela.

"Tapi Allah SWT dah janji untuk satukan kita yang baik ni dengan pasangan yang baik." Selar Mahairah.

"Ya. Tapi baik tu ada makna yang mendalam. Contohnya seorang pelacur yang bertaubat. Dia layak dapatkan jodoh yang terbaik. Kisah silam tu biarkan berlalu. Kalau kita dapat pasangan yang tak sempurna. Cuba untuk bimbing dia. Bawa dia jadi baik. Jangan sesekali kecam keburukan yang dia pernah buat sebab setiap saat pun kita tak terlepas daripada dosa," balas Encik Radzi lagi.

"Kalau dia tak nak?"

"Kalau dia tak nak tak apalah. Kita boleh buat pilihan untuk teruskan atau pergi demi kebaikan diri kita dan demi kebaikan agama kita juga."

Mahairah terus memeluk Encik Radzi. Dia amat memerlukan kekuatan daripada bapanya itu. Dia perlukan kekuatan untuk menerima semua keburukan yang telah Muiz lakukan suatu ketika dahulu.

"Kenapa Mairah tanya soalan-soalan macam ni? Mairah ada rahsiakan apa-apa daripada baba? Kalau ada tolong beritahu baba. Jangan pendam seorang diri."

"Baba... Muiz... dia ada anak dengan orang lain sebelum dia kahwin dengan Mairah." Beritahu Mahairah. Dada Encik Radzi lencun dengan air matanya.

"Allahuakhbar. Mana Mairah tahu? Maksudnya Muiz pernah berkahwin atau dia suami orang?"

"Tak baba. Budak tu anak luar nikah Muiz dengan perempuan yang Mairah sendiri tak kenal."

"Mana Mairah tahu pasal ni?"

"Muiz bawa Mairah jumpa budak tu dua minggu lepas dekat hospital. Baba, Mairah tak boleh terima benda tu. Mairah rasa jijik dengan suami Mairah sendiri. Selama ni dia sentuh Mairah sedangkan sebelum ni dia dah sentuh macam-macam perempuan." Tangisan Mahairah semakin menjadi-jadi.

Birai mata Encik Radzi bergenang. Anak yang dijaga bagaikan menatang minyak yang penuh kini sedang kecewa. Sebagai seorang bapa, tahap kecewanya paling tinggi sekali. Muiz telah berjanji dengannya untuk membahagiakan Mahairah tapi kini Muiz memungkiri janjinya sendiri.

DUA minggu tanpa Mahairah di sisi membuatkan hidup Muiz semakin kucar-kacir. Apa tidaknya, hari-hari dia menjamu maggi. Kalau ada isterinya itu dapatlah dia makan makanan yang cukup zat.

Kemudian rakan gaduhnya pun tidak ada. Sebenci-bencinya dia dengan Mahairah, hatinya puas kalau dapat bertilam lidah dengan perempuan itu.

"Sorry la kalau kau duduk dengan aku hari-hari kau makan maggi. Maklumlah, gaji aku kena potong dengan Robert sebab aku tak ikut cakap dia. Gaji kau pula jadi ais ajelah dalam bank. Kau, kan kedekut nak keluarkan duit." Sindir Afiq bersahaja.

Muiz merengus kasar. "Kau tak payah nak sindir aku la, Fiq. Semua ni jadi sebab kau. Kalau bukan sebab kau tak adanya perempuan tu tahu aku ada anak."

"Aku cuma nak kau jadi bertanggungjawab ajelah, Iz. Nak terima ke tak itu hak Mairah la. Perempuan mana yang tak sakit hati bila dapat tahu suami dia tak teruna lagi."

"Perempuan yang baik takkan pandang kisah silam suami dia la. Dia pun bukan baik sangat. Kalau dia baik rasanya dia dah telefon aku banyak kali. Pujuk aku balik rumah. Tapi tak. Dia seronok duduk dengan baba dia tanpa hiraukan aku." Juih Muiz.

Afiq gelak. "Tak semua perempuan boleh terima diri kita yang macam ni. Sebab tulah aku takut nak kahwin. Lebih rela langgan pelacur kalau aku gian. Kau la contohnya. Isteri tak boleh terima kisah silam kau. Yalah, Mairah tu dibesarkan dalam keluarga yang baik-baik. Memanglah dia tak boleh terima bila dapat tahu kau ada anak luar nikah. Ni dia belum tahu lagi kerja kita ni macam mana. Aku risau dia minta cerai aje kalau dia tahu."

Hati Muiz panas membara. "Jahat-jahat aku pun aku masih suami dia. Dia tak ada hak nak buat aku macam ni."

"Entahlah, Iz. Lantak dia la. Kau pun bukan cintakan dia. Kalau dia dah tahu pasal Hasya tapi dia tak boleh terima, kau lepaskan ajelah dia. Umai pun memang dah sah-sah tak nak kau. Apa lagi kau nak tunggu? Apa lagi kau nak gunakan Mairah?"

Muiz mendengus kasar.

"Untuk orang yang ada bad story macam kita ni kena hati-hati, Iz. Cari pasangan yang lebih cintakan kita berbanding kita cintakan dia. Tapi kalau kau dengan Mairah aku tak tahu nak cakaplah macam mana." Kata Afiq lagi sebelum beredar ke dapur.

Hi! Jom beli E-book saya. Boleh klik link di bio. Terima kasih.

HIS MAFIA SIDE [C]Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz