BAB 22

4.1K 122 0
                                    

PERASAAN pelik menjentik hati Mahairah. Dia nampak Muiz asyik termenung memandang kaki langit. Suaminya itu jadi begitu selepas pulang daripada bertemu dengan Afiq.

Jujur Mahairah katakan. Ada sedikit rasa takut dalam hatinya. Bagaimanakah sekiranya nanti ingatan Muiz pulih? Dia belum boleh terima hakikat untuk jadi janda muda.

Pap!

Mahairah mendesis kesakitan tatkala bahunya ditampar oleh seseorang. Cepat-cepat dia berpusing tubuh memandang adiknya. Sebelah kening dijongketkan.

"Umai dah nak balik. Akak jaga diri baik-baik. Kalau berlaku apa-apa nanti terus beritahu Umai, okey?"

Mahairah mengangguk. Tangan dihulurkan untuk bersalaman. "Baba dah tahu belum kau nak balik?"

"Dah. Umai dah jumpa dia di dapur tadi. Baba sibuk nak siapkan makan malam. Umai tak boleh tunggu. Maklumlah, my boyfriend tu tersangatlah menghargai masa." Umairah tergelak di hujung ayatnya.

Jujur Umairah katakan. Teman lelakinya itu tersangatlah tepati masa. Teman lelakinya bukan spesies manusia yang suka bazirkan masa. Apatah lagi suka menunggu.

Mahairah mencebik. "Suka hati kau la. Hati-hati balik. Jangan serik nak balik sini lagi."

"Baik kakakku yang montel." Usik Umairah lalu mencubit pipi kakaknya. Dia mengenyitkan mata kepada Mahairah sebelum berlalu pergi.

Muiz menghantar kepergian Umairah melalui ekor mata. Perempuan itu tidak berpamitan dengan dia langsung. Gayanya seolah-olah Umairah tidak merestui hubungannya bersama Mahairah.

Nampak sahaja sebuah kereta hitam berjenama Vios berhenti di halaman rumah, Muiz memanjangkan leher ingin melihat si pemandu. Entah kenapa hati dia rasa ralat melihat senyuman manis Umairah kepada lelaki itu. Dia tahu, lelaki itu ialah bakal adik ipar isterinya kelak.

Ehem!

Dehaman Mahairah menyentakkan Muiz. Cepat-cepat dia berpaling memandang Mahairah. Satu senyuman paksa dihadiahkan kepada isteri yang baru dinikahinya semalam.

"Awak nak duduk rumah baba ataupun awak nak balik rumah mama awak?" soal Mahairah. Senada.

"Awak?"

"Err... Abang..."

Muiz senyum. "Abang dah ada rumah sendiri. Bos abang bagi sempena perkahwinan kita berdua. Kita duduk dulu rumah baba sayang dalam seminggu macam tu lepas tu kita pindah masuk rumah baru. Bagi masa seminggu dekat abang untuk bersihkan rumah kita."

Mahairah tercengang. Baik betul bos suami aku siap hadiahkan rumah segala, getus hati kecilnya. Dia teringin sangat nak tahu apa pekerjaan Muiz sebenarnya.

"Abang dapat kerja di mana?"

"Abang kerja di tempat lama. Mujurlah Afiq bawa. Nanti sikit-sikit abang cubalah pulihkan ingatan abang bila di sana tu. Susah orang amnesia nak bekerja."

"Tempat lama? Position?"

Muiz mula tidak senang duduk bila diajukan dengan soalan cepumas itu. Masih terngiang-ngiang ugutan Robert di halwa pendengarannya. Jadi ahli Persatuan Kongsi Gelap, dia kena rahsiakan identitinya walaupun dengan isteri sendiri.

"Akauntan." Laju saja posisi kerja itu dilontarkan oleh Muiz.

Mahairah tercengang lagi. Dia tahu, Muiz kurang bijak dalam subjek Matematik. Sementelah lelaki itu bukanlah pelajar dari kelas akaun suatu ketika dahulu.

"I knew you abang."

Muiz garu belakang kepala yang tidak gatal. Kemudian dia gelak. "Abang bergurau ajelah. Adalah kerja abang. Sayang tak payah risau. Apa yang penting abang boleh sara sayang dan bakal anak-anak kita nanti. Just trust me."

"Abang tak buat kerja yang bukan-bukan, kan? Abang cari kerja yang halal, kan?" soal Mahairah bertubi-tubi.

Muiz bengang. Pergelangan tangan Mahairah dicengkam separa kuat. "Mairah. Can you just trust me as your husband?"

Mahairah tersentak tatkala Muiz menghadiahkan satu pandangan tajam kepadanya. Dia terkedu.

"I'm sorry. Abang tengah serabut lepas tu sayang asak abang dengan soalan macam tu. Sayang tak payah risau. Bab cari nafkah tu tugas abang. Abang akan pastikan sayang hidup selesa. Abang akan pastikan sayang selamat di sisi abang." Nada suara Muiz berubah lembut.

"Tapi..."

"Mairah. Muiz. Jom, makan." Suara Encik Radzi mematikan ayat Mahairah. Pasangan suami isteri itu memandang ke arah Encik Radzi sebelum mereka bersama-sama melangkahkan kaki ke ruang makan.

BUNYI alunan muzik keras merancakkan lagi tarian Afiq. Terangguk-angguk kepalanya mengikuti beat lagu sambil sebelah tangan memeluk pinggang seorang wanita seksi berkulit putih.

"I dengar kawan you tu dah kahwin. Maksudnya dia dah tak boleh nak have fun dekat sinilah, kan? Mesti sekarang ni Si Iz tu dah duduk aje bawah kelangkang bini."

"Dia kahwin dah dengan si dugong tu." Beritahu Afiq yang sudah separa mabuk.

Julie gelak. "I rindukan sentuhan hangat dia. Muiz... He is the best on the bed."

"Sentuhan I tak best ke?" Usik Afiq.

"Belum try belum tahu." Balas Julie.

"Then, you wanna try?"

Julie tersenyum sehingga menampakkan giginya. Dilingkarkan kedua-dua belah tangannya ke leher Afiq lalu dia membisikkan sesuatu di tepi telinga lelaki itu.

"Let's try." Katanya.

Afiq seolah-olah rasa tercabar dengan ajakan Julie terus mengusung wanita itu keluar dari kelab malam yang seringkali menjadi tempatnya melepaskan tekanan.

"Malam ni you milik I, Julie."

"Yeah! I hope layanan you pun lebih maha hebat berbanding kawan baik you tu." Julie gelak lagi.

Afiq tersenyum sinis.

HIS MAFIA SIDE [C]Where stories live. Discover now