Bab 62

3.6K 155 5
                                    

TERKULAT-KULAT Umairah mendekati ayahnya. Itu pun selepas ditolak berkali-kali dengan Azman. Dia masih takut sekiranya Encik Radzi memarahi dirinya. Manalah tahu Encik Radzi masih membencinya.

"Bab... baba sihat?" Tergagap-gagap Umairah menyoal sambil menghulurkan tangannya.

Encik Radzi yang masih terkejut dengan kepulangan Umairah hanya menghulurkan tangannya tanpa reaksi. Terkejip-kejip matanya memandang Umairah. Tidak sampai sehari dia pulang dari Kelantan. Umairah pula munculkan diri.

"Umai nampak dalam berita dah kecoh pasal Persatuan Kongsi Gelap yang kena tangkap tu. Muiz pun dah kena tangkap ke baba? Macam mana keadaan akak?" soal Umairah. Ingin tahu. Terbit rasa rindu dalam hatinya. Sejahat mana pun Mahairah baginya. Mahairah masih lagi darah dagingnya.

Encik Radzi melepaskan satu keluhan. Mesti anak daranya yang seorang ini tidak tahu menahu tentang kehilangan kembarnya atau lebih tepat lagi diculik oleh suami sendiri.

"Macam mana Azman boleh hantar Umai balik ni?" Sengaja Encik Radzi mengalih topik. Dia tidak mahu membuat anak daranya itu risau. Sudahlah dia baru saja nampak sosok Umairah setelah berbulan-bulan anak bongsunya itu menyembunyikan diri entah di mana.

Azman berdeham kecil lalu menghulurkan pula tangannya. "Sebenarnya selama ni Ira duduk dengan Man, pak cik. Kebetulan parents Man jumpa dia tengah menangis tepi jalan. Itu yang ibu ayah bawa Ira balik rumah kami."

Encik Radzi memandang Umairah dan Azman silih berganti. Ini kali pertama dia mendengar ada orang memanggil Umairah dengan nama panggilan Ira. Dahinya berkerut.

"Ira dah cerita semuanya dekat kami. Sebab tulah ibu ayah ambil keputusan nak jadikan Ira anak angkat. Sebab kami fikir pak cik dah buang dia." Jelas Azman lagi.

"Tak pernah sekalipun pak cik terfikir nak buang anak-anak pak cik. Sejahat mana pun anak-anak pak cik. Mereka masih lagi anak-anak pak cik. Pak cik sepatutnya ucapkan terima kasih dekat Man sekeluarga sebab sudi jagakan Umai," ujar Encik Radzi bersungguh-sungguh.

"Ala, masalah kecil ajelah pak cik. Kebetulan ayah Man kawan baik pak cik. Sebab tulah dia beria-ia nak bantu Ira." Azman senyum ikhlas. Umairah hanya mengangguk mengiakan kata-kata Azman.

Encik Radzi menyelukkan kedua-dua belah tangannya ke dalam saku seluar. Rasa penat memandu dari Kelantan pulang Johor masih belum hilang lagi. Matanya sudah memberat. Tiba-tiba kotak fikirannya menerawang jauh. Dahinya ditepuk perlahan.

"Oh... pak cik ada terserempak dengan ibu ayah Man masa tu. Dia orang kata Man dah putus tunang tapi Man tengah berkawan dengan anak angkat dia. Umai ke maksudnya tu?" soalnya.

Azman malu-malu tapi dia mengangguk juga. Perkenalan yang singkat. Namun dia akui Umairah sangat memahami dirinya dan kesibukannya. Dia sungguh selesa bersama Umairah.

"Kau orang ada apa-apa ke ni?" Encik Radzi cuba mengorek rahsia. Kalau ada baguslah. Dia tumpang gembira untuk anaknya.

"Kami baru nak kenal hati budi masing-masing. Baba restu, kan Umai dengan Azman?" soal Umairah.

"Haish... apa pula tak restu. Mestilah restu. Kalau boleh baba nak kau orang kahwin hari ni juga." Encik Radzi menghamburkan gelak di hujung ayatnya. Hakikatnya dalam hati dia menangis mengenangkan nasib malang yang terpaksa ditanggung oleh anak perempuannya yang seorang lagi itu.

"Syukur alhamdulillah. Allah SWT dengar doa baba. Dia dah kembalikan Umai ke pangkuan baba." Tubuh Umairah ditarik ke dalam pelukan.

MAHAIRAH menggigil kesejukan. Gatal sangat nak mandi malam-malam. Tak pasal-pasal dia menggeletar. Sudahlah tandas pun letaknya di belakang glass box yang menjadi tempat peraduan mereka suami isteri. Sia-sia saja kalau ada 'Cik Cong' menghendap dia mandi tadi.

Matanya ralit memerhatikan si suami yang sudah tidur pulas di atas katil. Entah di manalah agaknya Muiz menyembunyikan pistolnya. Mahairah sendiri tidak pasti. Mungkin di dalam kereta agaknya.

Kaki diatur ke katil. Sebelah tangan melambai-lambai muka suaminya. Dia yakin Muiz dah tidur nyenyak. Peluang ini harus dia gunakan sebaiknya. Dia perlu lari dari situ. Dia tidak rela hidup di dalam neraka ciptaan Muiz lagi.

Tanpa membuang masa. Kunci kereta Muiz dicapai. Adalah juga dia curi duit suaminya itu dalam seratus dua. Manalah tahu di tengah-tengah jalan nanti minyak kereta habis. Naya dibuatnya.

Kaki diayun perlahan-lahan supaya tidak meninggalkan sebarang jejak. Pintu kaca ditutup rapat. Selipar disarungkan ke kaki. Baru beberapa langkah dia menapak. Namanya diseru kuat oleh seseorang.

"Mahairah binti Radzi!"

Darah merah menyerbu muka. Mahairah tidak berani menoleh ke belakang. Tahulah dia niat jahatnya itu diketahui oleh Muiz. Bukan ke lelaki itu tidur mati tadi?

"Kau nak ke mana? Kau nak lari? Kau memang nak cabar aku, kan!" Suara Muiz sudah memekik membingitkan suasana malam yang hening.

Perlahan-lahan Mahairah memusingkan tubuhnya menghadap Muiz yang sudah bercekak pinggang sambil melihatnya.

"Tak... tak..."

"Tak apa!"

"Saya cuma nak keluar kejap. Saya nak beli baju sikit. Saya tak selesa asyik ulang-ulang pakai baju sama. Berbau dah. Bila baju tu saya basuh. Saya kena berkemban berjam-jam depan awak. Saya tak selesa."

"Bohong! Kau ingat aku percaya. Aku dah cakap jangan lari tapi kau tak nak dengar. Aku takkan izinkan kau lari. Kau milik aku!" Sejurus itu Muiz berjalan laju ke arah isterinya. Tanpa isyarat tubuh montel itu digendong secara bridal style.

Mahairah meronta-ronta di dalam dukungan suaminya. Muiz tersungkur disebabkan tubuh isterinya yang berat persis angkut empat guni beras. Walau bagaimanapun, dia gagahkan juga dirinya untuk humban perempuan itu di atas katil.

"Lepaskan saya Muiz Aiman. Saya cuma nak cari baju lain." Mahairah berusaha ingin melarikan diri tetapi kudratnya tidak sehebat kudrat Muiz.

"Kau jangan nak kelentong aku la. Mana ada kedai baju buka malam-malam buta macam ni. Kau ingat 7E tu ada jual baju ke?" Sindir Muiz.

Selamba sahaja dia menarik tirai yang menjadi tembok privasi mereka sehingga terkoyak. Cebisan tirai putih itu digunakan untuk mengikat tangan isterinya.

Sedar akan helahnya yang tidak logik itu disangkal oleh Muiz, Mahairah menangis dan meronta minta dilepaskan namun sebaik sahaja Muiz mengeluarkan sepucuk pistol dari bawah katil dan disuakan ke mukanya, rontaan Mahairah berhenti serta-merta.

"Susah sangat ke kau nak dengar cakap aku, Mairah? Aku dah cakap kau milik aku maksudnya kau milik aku. Aku takkan izinkan kau lari balik ke pangkuan ayah kau. Aku masih suami kau yang sah. Jahat macam mana sekalipun aku, aku masih suami kau!" Suara Muiz naik seoktaf.

Persis terkena penyakit anxiety tangan Mahairah menggeletar. Nafasnya tercungap-cungap. Dia cuba mengalihkan muncung pistol itu daripada disuakan ke mukanya.

"Say... saya takut Muiz. Saya takut dengan awak. Saya takut." Air mata Mahairah mengalir laju membasahi pipi.

Muiz tersedar. Cepat-cepat pistol di tangannya itu diturunkan. Wajahnya diraup kasar. Dia sedar dia telah membuat isterinya takut akan dirinya. Cepat-cepat tubuh Mahairah ditarik ke dalam pelukannya.

"Mairah... aku minta maaf. Aku bukan nak takutkan kau. Aku cuma nak bagi kau amaran supaya kau rak lari daripada aku. Itu sahaja." Terang Muiz. Ubun-ubun Mahairah dikucup bertubi-tubi.

"Saya takut. Awak orang jahat. Awak... awak  nak bunuh saya." Esakan Mahairah semakin menggila.

"Hei, tak! Aku takkan bunuh kau. Aku minta maaf. Aku terlebih emosi tadi," ujar Muiz serba salah. Ikatan di tangan Mahairah dibuka semula.

Mahairah yang gerun akan dengan perubahan Muiz yang tiba-tiba jadi persis syaitan itu segera melarikan diri ke dalam tandas. Semalaman dia menguncikan diri di situ kerana takut akan Muiz.

HIS MAFIA SIDE [C]Where stories live. Discover now