BAB 19

3.6K 116 2
                                    

PUAN Aminah hanya mampu tersenyum hambar sahaja ketika rakan-rakannya menghantar sindiran halus kepada dirinya. Apa tidaknya, esok sudah majlis pernikahan Muiz bersama Mahairah.

Pejam celik, pejam celik, masa semakin berlalu. Puan Aminah sendiri tidak menyangka yang Muiz nekad memilih Mahairah sebagai teman hidupnya. Entah apalah agaknya yang Mahairah guna sampai Muiz boleh terpikat, getus hati kecilnya.

"Punyalah banyak perempuan cantik dalam dunia ni. Si dugong tu juga yang anak tiri kau nak, Minah?"

"Suruhlah Muiz tu bawa-bawa mengucap. Dia tu kerja pun tak jelas lagi nak jaga perempuan gemuk macam tu. Dah sah-sahlah budak perempuan tu kuat makan."

"Anak aku lagi cantik, Minah. Kenapalah anak tiri kau tak nak pandang anak dara aku."

"Budak perempuan tu kalau kahwin dengan anak tiri kau confirm beras dekat rumah tu habis."

Itulah antara ayat-ayat sindiran yang Puan Aminah terima. Pun begitu, dia hanya cekalkan hati dengan tersenyum walaupun hatinya sedang membara.

Puan Aminah berdeham. "Aku tunjukkan gambar bakal menantu aku tu dekat kau orang semua sebab aku tak naklah kau orang cakap aku ni berahsia."

"Kalau cantik tak apalah juga, Minah. Ini macam tong drum. Cantik lagi anak dara aku." Selar Puan Jannah, salah seorang sahabat karib Puan Aminah.

"Betul tu, Jannah." Sokong yang lain pula. Puan Aminah berdecit.

SEKALI lafaz sahaja mereka telah sah menjadi pasangan suami dan isteri. Mahairah sungguh tidak menyangka bahawa hari yang amat dia takutkan telah pun tiba. Mahairah gusar hendak meneruskan kehidupannya selepas ini sekali gus menyandang gelaran seorang isteri.

Sesekali Mahairah mencuri-curi pandang Muiz. Lelaki itu kelihatan sungguh bahagia disamping Afiq. Seandainya kelak Muiz pulih daripada penyakitnya, adakah lelaki itu akan sebahagia itu?

"Suami nak sarung cincin tu."

Suara lembut Umairah menyedarkan Mahairah daripada lamunan. Sibuk sangat mengelamun sampai suami dah tercongok depan mata pun dia tak nampak. Lambat-lambat dia hulurkan tangan kanannya.

Usai selesai sesi sarung cincin, Muiz merapatkan dirinya dengan Mahairah. Dahi gadis itu dikucup lama. Dia dapat rasakan badan Mahairah kejung. Dalam hati Muiz ketawa. Dia tahu Mahairah takut.

"Nak cium lama-lama tunggu malam nanti." Tegur Puan Aminah yang kurang senang melihat anak tirinya mengucup dahi Mahairah. Dia pandang sekeliling. Rakan-rakan baiknya sedang berbisik sesama sendiri.

Malu dengan teguran Puan Aminah, Mahairah menolak lembut dada bidang Muiz. Dia menunduk menahan rasa malu. Jari-jemarinya yang disaluti dengan inai dikuis-uis. Manakala Muiz pula kembali ke tempat asalnya semula.

MAJLIS pernikahan itu selesai juga akhirnya. Para tetamu yang hadir juga beransur pulang termasuklah Puan Aminah. Kini yang tinggal cumalah Encik Radzi, Umairah, Mahairah dan Muiz sahaja.

"Baba nak pesan sikit dekat Iz. Kalau Iz nak didik Mairah, didiklah dia dengan betul. Tegur dia elok-elok kalau dia ada buat salah. Jangan naik tangan dekat anak baba. Kalau suatu hari nanti Iz dah tak perlukan dia, pulangkan dia elok-elok dekat baba." Pesan Encik Radzi. Tegas.

"Iz janji yang Iz akan jaga Mairah lebih daripada Iz jaga nyawa Iz. Iz janji akan sayang dia dan Iz takkan lepaskan dia baba." Balas Muiz dengan penuh yakin.

Mahairah yang mendengar hanya terkulat-kulat sendiri. Mampukah Muiz mengotakan janjinya? Mampukah Muiz menyayanginya seandainya suatu hari nanti ingatan Muiz pulih?

"Baguslah kalau macam tu. Baba harap kamu tepati janji. Macam mana baba besarkan Mairah tanpa satu parut luka pun, macam tu jugalah papa nak kamu jaga dia. Papa serahkan Mahairah dekat Iz baik-baik. Jaga dia. Didik dia. Sayangi dia seutuhnya," ujar Encik Radzi.

"Iz janji, baba." Muiz menarik tubuh Encik Radzi ke dalam pelukannya. Sepasang matanya bertembung dengan sepasang mata Umairah. Entah kenapa hatinya rasa sesuatu.

Rasa apakah itu?

HIS MAFIA SIDE [C]Where stories live. Discover now