Bab 68

4.1K 171 15
                                    

UDARA segar yang tidak pernah dia rasai selama enam tahun membuatkan dia teruja. Setelah sekian lama menghirup udara kotor. Kali ini dia boleh merasai kehangatan pukulan angin. Dia boleh merasai tenangnya bernafas. Dia boleh merasai indahnya alam semesta.

"Sekarang baru aku percaya yang Tuhan tu memang betul-betul wujud." Afiq bersuara.

Muiz menoleh memandang sahabatnya itu. Syukur alhamdulillah. Tarikh pembebasan mereka sama. Cuma tarikh masuk sahaja yang berbeza. Afiq terlebih dahulu menjadi penghuni tirai besi itu.

"Kenapa kau cakap macam tu?" soal Muiz kebingungan. Afiq ni Islam ke bukan ni. Risau pula aku, getus hati kecilnya.

"Yalah. Tiba-tiba mahkamah terima rayuan kau. Hilang 14 tahun kau nak menghuni di sini, tau! Takkanlah hakim senang-senang aja nak maafkan kau. Kau pegang pistol kut masa nak cabut dulu." Kata Afiq.

"Jadi point kau apa?"

"Point aku... takkanlah hakim tu baik hati sangat. Maksudnya Allah SWT yang membolak-balikkan hati manusia dan sesuatu keadaan itu. Jarang-jarang orang pegang senjata tanpa lesen boleh lepas." Terang Afiq secara jelas.

Muiz mengangguk. Mereka berjalan sementara nak tunggu Puan Aminah datang menjemput mereka berdua.

"Kita perlu fikir kehidupan kita lepas ni. Kita dah pegang status bekas banduan. Jarang orang nak ambil kita bekerja. Baran kau tu kena turunkan, Iz. Kau bukan taiko lagi." Afiq menyenggol bahu Muiz dengan bahunya.

"Dah tu takkan nak join balik Kumpulan Kongsi Gelap lagi satu tu? Under Jaswant tu..." Usul Muiz.

"Kepala otak kau! Kau tak puas lagi ke duduk penjara? Nak duduk lagi? Jaswant tu buat business tarik kereta. Sampai masa business cantik... dia akan bagi reward dekat budak-budak dia. Pergi check-in hotel bawa perempuan. Kau nak macam tu?" Afiq merengus kasar.

Muiz tersengih lalu menggelengkan kepala. Afiq juga yang untung. Hanya memegang satu status. Sedangkan dia... sudahlah bekas banduan. Duda pula lagi. Ah, sedihnya hidup.

"Mesti Mairah dah beranak-pinak, kan sekarang ni? Mungkin anak dia dah berusia dua ke satu tahun ke." Tiba-tiba Muiz mengeluarkan topik tentang bekas isterinya itu.

"Kau rindu dia ke, Iz?"

Muiz menjungkit bahu. "Kalau rindu pun boleh buat apa. Suami baru dia jauh lebih hebat daripada aku. Suami baru dia tu tentera. Kerja kerajaan tu. Semua orang nak."

"Kau jadi pailang la sikit. Kau culik Mairah lepas tu paksa dia minta cerai dengan suami dia tu. Lepas tu kau kahwin dengan dia. Happy ending!" Usul Afiq.

Seraya itu Muiz menampar kepala Afiq. Idea yang sungguh tidak bernas. Baru beberapa langkah mereka menyambung perjalanan. Sebuah kereta hitam sudah elok terparkir di bahu jalan. Afiq dan Muiz berlari mendapatkan Puan Aminah yang sedang menunggunya di dalam kereta.

"Papa!" Hasya cepat-cepat keluar dari kereta sebaik sahaja nampak kelibat Muiz. Tubuh Muiz dipeluk kuat. Rindunya kepada seorang ayah tidak dapat dibendung lagi.

Muiz turut membalas senyuman anaknya itu. Pipi Hasya dikucup bertalu-talu. Bibir Hasya dikucup sekilas. Budak itu gelak-gelak suka.

"Makin comel dah anak dara papa ni. Tak lama lagi mesti nak masuk darjah enam. Sekelip mata aja dah besar." Kata Muiz.

"Mestilah. Papa Sya handsome. Sebab tu Sya cantik," jawab Hasya.

"Pandai la kau." Afiq mencelah.

Hasya mencerlung Afiq. Tangan Muiz digenggam kemas lalu dikucup. Dia membukakan pintu kereta untuk papanya itu.

"Sya duduk depan. Biar papa dengan Uncle Afiq duduk belakang. Kesian dia orang penat." Arah Puan Aminah.

Hasya akur. Dia beralih ke depan. Berkerut dahinya ketika melihat dua orang lelaki itu sedang membisikkan sesuatu.

"Kau jangan lebih-lebih, Iz. Sya tu memang anak kau tapi tak ada nasab kau. Kalau ikut hukum kau orang boleh kahwin, tau! Cumanya biologinya saja nampak jijik. Boleh layan dia macam anak tapi jangan sampai macam tadi." Pesan Afiq kepada sahabatnya itu.

Muiz terkesima. Dia terlupa yang wujudnya Hasya kerana kisah silamnya yang lalu. Rasa terujanya bertemu Hasya membuatkan dia terlupa akan semua itu. Tubuh diboloskan ke dalam perut kereta tanpa sebarang bicara.

"Sampai di Batu Pahat nanti mama bawa Iz dan Afiq makan di Asam Pedas Mak Limah. Mesti kau orang rindu nak makan asam pedas, kan?" Tawar Puan Aminah.

"Gila tak rindu. Mestilah auntie. Badan Fiq ni dah kurang zat dah," jawab Afiq bernada ceria.

"Uncle Afiq ni tahu makan aja nenda. Nanti gemuk baru tahu. Kan, papa?" Hasya menoleh ke belakang. Papanya hanya mengukirkan senyuman kelat.

MARKER merah menggariskan tarikh itu. Satu senyuman mekar terlakar di bibir Mahairah. Rambutnya disisir rapi. Satu pelukan yang hinggap di pinggangnya membuatkan dia terkejut.

"Semenjak dah kurus ni bukan main sakan lagi dia berdandan." Tegur suara itu.

"Mestilah. Bila dah kurus ni rasa yakin aja nak pakai apa-apa pakaian pun," jawab Mahairah. Teruja.

"Faham. Cumanya jangan lupa sempurnakan aurat tu. Sejak dah kurus bukan main singkat lagi tudung tu. Masa berisi dulu selalu pakai tudung bawah dada."

Mahairah tersentap dengan teguran itu. Dia berdeham lalu memandang dirinya di cermin. Dia akui kadangkala dia terleka. Kadangkala dia alpa. Sesungguhnya dia hanyalah insan yang lemah. Masih memerlukan bimbingan dan teguran.

HIS MAFIA SIDE [C]Where stories live. Discover now