BAB 3

4.9K 191 3
                                    

DIA merengus kasar. Suasana hiruk-pikuk di McDonald's amat memeritkan telinga. Kebanyakan yang datang semata-mata nak dapatkan wifi percuma. Tidak hairanlah bukan main ramai lagi yang bawa laptop. Ada juga yang duduk melepak ramai-ramai sambil main PUBG.

"Makanlah burger ayam tu. Aku beli pakai duit. Bukan pakai air liur." Muiz berselera. Pai epal disuakan ke dalam mulutnya.

Mahairah menderam marah. Fikirnya, Muiz ingin mengapa-apakan dirinya. Sementelah lelaki itu bertindak macam orang gila tadi. Rupa-rupanya, Muiz mengajaknya bersarapan di McDonald's!

"Disebabkan kau aku lambat masuk kerja!" Bentaknya. Sakit hati kerana Muiz sesuka hati memaksanya.

"Ala, kau beritahulah manager kau ke apa yang kau ada emergency case. Dia orang fahamlah."

"Apa yang emergency case? Kucing aku nak beranak ke?" Sindir Mahairah.

"Kau cakaplah yang bakal suami kau ni sakit. Realiti, okey! Aku ada gastrik. Aku kena sarapan. Kalau tak nanti gastrik aku datang." Beritahu Muiz bersahaja.

Sumpah. Mahairah geli mendengar perkataan 'bakal suami' yang diucapkan oleh lelaki itu. Lambat lagilah dia nak terima lelaki itu masuk ke dalam hidupnya. Lagipun, Muiz sukakan adiknya. Bukan dirinya. Itu faktanya.

"Jangan disebabkan kau aku kena buang kerja." Mahairah mengacip giginya. Perasaan geramnya membuak-buak.

Muiz menarik senyum. "Baguslah kalau macam tu. Kau berhenti ajelah kerja. Lepas kau kahwin dengan aku nanti aku akan bahagiakan kau. Cakap aje kau nak apa. Semua aku bagi."

"Lambat lagilah. Kau pergi cari perempuan lain. Perempuan sebaik aku tak layak berdamping dengan sampah macam kau," ujar Mahairah.

Terhenti kunyahan Muiz. Kata-kata Mahairah pedih menusuk ke dalam hatinya. Sampah, ya? Nanti sampah ni juga yang jadi suami kau, gerutunya dalam hati.

"Aku tahulah aku ni jahat. Tapi, semua tu cerita lama. Dah berzaman dah pun. Sekarang ni aku dah berubah, Mairah. Aku bukan budak-budak lagi." Katanya.

"Sampah walaupun dikitar semula, asal usulnya tetap sampah. Kau faham, kan?" soal Mahairah. Senada.

Tipulah kalau Muiz tak terasa hati. Dia dah sedia maklum dengan mulut celopar gadis itu. Semakin dia cuba membenci Mahairah, dia semakin jatuh sayang kepada gadis itu.

"Mulut kau memang laser sejak zaman sekolah, kan? Kalau aku tahulah kau nak menyakitkan hati aku sekarang ni. Baik aku angkut kau pergi hotel. Aku buat sampai kau tak boleh bercakap apa-apa langsung dengan aku." Gertak Muiz. Menahan marah.

Dahi Mahairah berkerut. Rasanya lepas habis sekolah mulutnya macam tak bayar insurans. Sah, memang Muiz dah salah orang!

"Orang yang mulut laser sejak zaman sekolah tu ad..."

"Hei, Iz!"

Kata-kata Mahairah tergantung apabila seorang gadis seksi menghampiri Muiz yang sedang duduk di hadapannya. Selamba gadis seksi itu melingkarkan tangannya ke bahu Muiz. Terangkat kening Mahairah.

"Julie, you buat apa dekat sini?" soal Muiz. Tangan Julie, iaitu bekas peneman ranjangnya suatu ketika dahulu dirungkaikan. Dia tak nak Mahairah fikir yang bukan-bukan.

"I nak beli burger. Maklumlah, sejak duduk sorang-sorang ni I banyak habiskan duit beli makanan dekat luar. I bukan pandai masak. Kalau layan you, I pandailah." Julie tergelak di hujung ayatnya.

Ehem!

Muiz berdeham. Dia pandang Mahairah sekilas. Dia nampak air muka gadis itu berubah. Mesti Mahairah dah fikir yang bukan-bukan pasal dirinya.

"Itu masa lalu I, Julie." Katanya.

"Ya, I tahu. Afiq cakap you dah nak cuci tangan. By the way, siapa gadis comel di depan you ni?" soal Julie. Mata disorotkan memandang Mahairah.

"Mahairah. Bakal isteri I." Beritahu Muiz tanpa rasa gentar.

"Wow!"

Membuntang mata Mahairah. Ya Allah, apa yang si malaun ni merepek? Sejak bila pula aku ni bakal isteri dia?

"Eh, kau merepek apa..."

"Maaflah, Julie. Bakal isteri I ni kasar sikit orangnya. Dah nak kahwin dengan I pun masih berkau aku lagi." Cepat-cepat Muiz memotong ayat Mahairah.

Julie tergelak suka. Dia menyilangkan tangannya ke dada. "Ala, normallah tu. You, kan power dalam bab-bab menundukkan perempuan. I yakin, you boleh tundukkan dia, Iz."

Ingat aku ni anjing ke nak tunduk-tunduk dengan dia? Eh, memang taklah, gerutu Mahairah dalam hati. Tolonglah... dia rasa nak balik aje sekarang ni. Sakit hati sungguhlah.

"Itulah tu..." Kekok.

"Eh, tak apalah. I tak nak ganggu you all berdating. I got to go." Pamit Julie. Baru beberapa langkah dia menapak, dia memakukan langkahnya. Kepala ditoleh kepada Mahairah.

"Rugi you tak kahwin dengan Muiz. Mahairah. Dia sangat perfect daripada segi segala-galanya. Termasuklah he is good in bed." Julie mengenyitkan matanya sebelum beredar.

Uhuk!

Mahairah terbatuk. Tidak sangka yang Julie akan keluarkan ayat seperti itu kepada dirinya. Dia pandang Muiz. Lelaki itu turut memandang dirinya.

"Julie memang suka bergurau macam tu. Kau jangan ambil hati, eh?" Muiz cuba memujuk.

Mahairah memutarkan biji matanya ke atas. Whatever!

HIS MAFIA SIDE [C]Where stories live. Discover now