BAB 27

3.1K 108 3
                                    

USAI berjalan-jalan dengan Hasya, Puan Aminah menghantar kembali anak kecil itu ke rumah anak yatim piatu. Dia berjanji dengan Hasya akan membawa anak kecil itu singgah ke rumahnya kelak.

Satu keluhan berat dilepaskan. Bandar disandarkan ke dada sofa. Jauh di sudut hatinya, dia ingin sekali membawa anak kecil itu pulang dan menetap bersamanya.

Kalaulah arwah suaminya ada lagi. Mesti arwah suaminya boleh menasihati Muiz supaya tidak terlalu membenci Hasya. Malangnya, Tuhan lebih menyayangi suaminya.

Puan Aminah membuka Kumpulan WhatsApp. Dia hanya baca sahaja perbualan rakan-rakannya. Tidak ada hati nak turut serta. Setelah Muiz menikahi Mahairah, acap kali dia disindir dengan teman-temannya. Katanya, dia bermenantukan gajah bunting dan macam-macam lagilah kejian yang dilemparkan kepada menantunya itu.

Walau bagaimanapun, Puan Aminah pasang niat ingin menyatukan Muiz dengan anak sahabat baiknya. Tentang Mahairah, dia tidak mahu ambil kisah langsung. Pandai-pandailah perempuan itu nak hidup.

ROKOK disisipkan ke tepi bibir. Muiz memandang tajam Afiq di hadapannya. Buang tebiat agaknya Afiq itu. Tiba-tiba ajak dia singgah di Pusat Snooker. Kalau ikutkan hati, dia nak pulang saja ke rumah mentuanya. Rindu isteri punya pasal.

"Muka tu tak payahlah kelat sangat. Tak larilah ikan buntal kau tu. Esok lusa jumpa juga. Chill sudah." Juih Afiq sambil menolak bola snooker menggunakan kayunya.

"Siapa ikan buntal? Sekali lagi kau kutuk isteri aku, nahas kau. Aku patah-patahkan tulang kau." Gertak Muiz. Bengang.

"Yalah, Iz. Tengah kemaruk cintalah katakan. Aku nak tanya ni." Afiq menggantungkan ayatnya. Dia memandang ke dalam mata Muiz.

"Tanya apa?"

"Ingatan kau dah pulih? Kau dah boleh ingat tak apa-apa pasal sebelum-sebelum ni? Tentang kerja kita. Tentang hidup kau. Mama kau. Papa kau. Aku. Mahairah dan Umairah? Tentang... Hasya?"

Terangkat kening Muiz. Semua yang disebut oleh Afiq dia kenal kecuali satu nama itu membuatkan fikirannya buntu tiba-tiba. Siapa Hasya?

"Siapa Hasya?" soalnya.

"Hasya. Hasya tu budak kecil. Budak kecil yang kau tinggalkan sebab kau tak boleh terima. Dia... Dia anak kau, Iz. Anak kandung kau." Senada.

Membulat mata Muiz. Dia menggelengkan kepalanya. Afiq buat lawak apakah ini? Isterinya belum melahirkan lagi. Sementelah Mahairah pun belum ada tanda-tanda mengandung. Takkanlah...

"Kau merepek apa ni? Anak aku? Anak aku dengan siapa? Maksud kau sebelum aku kahwin dengan Mairah, kami pernah terlanjur ke dan aku tak ingat?" soal Muiz, ingin tahu.

Afiq menggeleng. "Bukan dengan Mairah. Tapi anak kau dengan orang lain. Insiden yang tak disengajakan."

"Straight to the point Afiq! Jangan cakap sekerat-sekerat. Aku tak suka!"  Bentak Muiz. Kepalanya tiba-tiba pening.

"Anak kau dengan bekas orang gaji arwah papa kau. Kau dah ingat belum? Candrawatih. Dia orang gaji arwah papa kau. Kau terlanjur dengan dia dekat rumah sampai terkantoi dengan mama kau. And then, papa kau halau perempuan tu balik Indonesia. Tapi, perempuan tu tak balik pun. Dia lari entah ke mana. Lepas tu, dia datang balik jumpa mama kau untuk serahkan budak tu untuk kau yang jaga." Cerita Afiq berjela-jela.

Muiz tercengang. Tidak mungkin! Tidak mungkin dia ada anak luar nikah dengan wanita lain. Dia pasti, semua itu hanyalah salah faham.

"Kau bohong, kan?"

"Aku tak bohong, Iz. Hasya memang anak kau. Masa tu, Mak Cik Aminah ambil Candrawatih tu bekerja sebab nak ringankan beban dia untuk uruskan rumah. Budak tu pun waktu tu baru lepas habis sekolah dan terus ke Malaysia untuk cari kerja." Jelas Afiq lagi.

"Tapi kau orang boleh berasmaradana pula sampai mama kau nampak. Mananya tak mengamuk arwah papa kau. Tapi sayang. Kau tak nak jaga pun budak tu. Bukan setakat jaga. Tengok muka dia pun kau tak lalu. Sebab tulah mama kau ambil keputusan untuk letak Hasya di rumah anak yatim." Sambung Afiq lagi.

"Aku faham, Iz. Waktu tu pun kau muda lagi. Kau cuma fikir nak have fun tapi termengandungkan anak orang pula. Pergilah, Iz. Tengok anak kau. Emak dia sendiri pun dah balik Indonesia. Tinggal kau aje darah daging yang dia ada."

Muiz terpanar. Dia tidak menyangka cerita yang disampaikan oleh Afiq menampar kuat sanubarinya. Dia terkesima. Lidahnya seolah-olah kelu untuk berkata-kata.

"Aku faham perasaan kau. Kau mesti tengah fikirkan pasal penerimaan Mairah, kan? Slowly, kawan. Aku nak bantu kau. Aku nak ingatan kau pulih, Iz. Kalau kau berterusan macam ni, aku tak tenang. Aku nak kawan aku yang dulu. Bukan yang sekarang. Kau yang sekarang ni macam terlalu baik sangat untuk jadi kawan aku," ujar Afiq lagi.

"Aku tak tahu nak cakap apa, Afiq. Aku susah nak percaya dengan cerita yang kau sampaikan. Aku tak percaya, aku sejahat itu." Balas Muiz. Senada.

"Ini baru permulaan cerita, Iz. Banyak lagi benda yang kau kena ingat balik. Terutamanya pasal isteri kau. Aku yakin, Mairah akan jadi gunting dalam lipatan untuk hubungan persahabatan kita. Aku yakin, Mairah takkan diam bila aku tolong kau pulihkan ingatan kau." Afiq menjeda.

"Apa maksud kau ni, Fiq?"

"Iz, she is not the one. Aku tak tahu saraf otak kau yang mana satu yang mereng. Tapi percayalah aku. Bila kau tahu hakikat sebenar nanti kau mesti akan bencikan dia. Macam dulu."

"Sial la! Cakap tak payah sekerat-sekaratlah, Mat. Kepala aku sakit nak hadam!" jerkah Muiz sambil memegang kepalanya yang semakin sakit.

Afiq cepat-cepat mendapatkan tubuh Muiz yang hampir rebah. Dia memapah lelaki itu duduk di kerusi lalu disuakan sebotol air mineral kepada Muiz.

"Aku tak nak paksa kau, Iz. Aku akan bantu kau perlahan-lahan untuk ingat semula demi kebaikan kau dan kebaikan kerja kita ni. Disebabkan sikap kau yang mereng ni. Business Robert makin hancur nanti. Muiz yang aku kenal tak mudah kesiankan orang. Berbeza dengan kau yang sekarang," ujar Afiq. Tegas.

"Kalau kau nak tolong aku, kau tak payah nak libatkan isteri aku dan tak payah nak reka cerita merapu yang aku ada anak!" jerkah Muiz lagi.

"Tanyalah mama kau. Aku tak menipu. Dia tahu segala-galanya. Dahlah, Iz. Lupakan. Kau rehatlah. Nanti aku drive kereta kau. Aku hantar kau balik ke pangkuan isteri tercinta." Usai berkata sedemikian, Afiq sambung semula bermain snooker seorang diri.

HIS MAFIA SIDE [C]Where stories live. Discover now