BAB 26

3.2K 117 2
                                    

SEGELAS air putih dihulurkan kepada Umairah. Mahairah tahu, adiknya masih trauma dengan kejadian yang menimpanya. Perlahan dia melabuhkan punggung di sebelah Umairah.

"Selama ni kau okey aje, kan? Tak pernah pun kau cakap dengan akak dan baba yang kau kena dera." Mahairah membuka bicara.

Umairah meneguk rakus air putih itu sebelum memandang kakaknya. "Sebab Umai tak nak susahkan hati akak dengan baba. Umai telan semua perbuatan jantan tu sebab Umai sayangkan dia."

"Kita ni Umai, boleh nak sayangkan orang cuma jangan sampai jadi bodoh. Jangan sampai orang naik tangan dekat kita. Umai punya perjalanan hidup jauh lagi. Ramai lagi lelaki dekat luar sana yang baik-baik. Buat apa nak pertahankan hubungan yang toksik?"  Berjela-jela Mahairah menyekolahkan adiknya itu.

Umairah melepaskan keluhan berat. Nasi dah jadi bubur. Benar kata-kata kakaknya itu. Dia memang bodoh. Dia jadi bodoh kerana cinta.

"Pelajaran Umai macam mana?" soal Mahairah lagi. Dia nampak mimik muka adiknya berubah.

"Sebenarnya kak..."

"Apa dia?"

"Kalau Umai beritahu, akak jangan marah boleh? Lepas tu, tolong rahsiakan daripada baba. Biar Umai sendiri beritahu baba bila Umai dah bersedia." Umairah menatap tajam ke dalam mata Mahairah.

Terangkat kening Mahairah. Gayanya tampak serius. Janganlah Umairah buat masalah di tempat orang. Dia sangat berharap kehidupan adiknya itu baik-baik sahaja di negara orang.

"Beritahulah." Gesanya.

"Sebenarnya, Umai tak sambung belajar pun. Surat tawaran belajar yang Umai dapat dulu pun Umai tipu akak dengan baba. Surat tu surat palsu. Umai buat macam tu sebab Umai nak ikut lelaki tu duduk di luar negara. Kami sama-sama kerja di sana." Jelas Umairah, senada.

Mengucap panjang Mahairah dibuatnya. Selama ni mati-mati dia fikir adiknya itu menuntut ilmu di negara orang. Nampak sangatlah dia bukan seorang kakak yang tegas. Sementelah bapanya pula bukan seorang bapa yang tegas.

"Umai jangan main-main. Umai dah hancurkan harapan baba tahu tak. Selama ni akak dengan baba fikir, Umai study dekat London tu." Keluh Mahairah bernada kecewa.

Umairah menunduk. "Umai tahu, Umai salah. Umai bodoh. Umai minta maaf sebab dah kecewakan akak dengan baba. Umai terleka. Maafkan Umai, kak."

"Umai patut minta maaf dengan baba. Mana kita orang nak letak muka ni bila jiran-jiran tanya pasal pelajaran Umai? Sijil-sijil Umai dari luar negara tu? Jatuh air muka baba, Umai."

Terdengar esakan halus Umairah. Perlahan-lahan dia menyorotkan Pandangannya ke muka kembarnya semula.

"Tapi nak buat macam mana, kak. Itulah hakikatnya. Sekarang ni, Umai akan duduk terus di sini. Umai tak nak balik sana lagi dah. Umai nak jaga baba. Soal jodoh tu Umai serahkan aje dekat Tuhan," jawab Umairah.

"Lagilah baba pelik bila Umai tak balik-balik sana. Entahlah, Umai. Akak tak tahu nak bagi reaksi apa. Tak apalah, buat masa ni Umai rehatlah. Tenangkan hati. Tenangkan minda. Sampai masa nanti Umai jelaskanlah sendiri dekat baba. Akak keluar dulu." Mahairah bingkas bangun dari duduknya lalu melangkah keluar dari bilik tidur adiknya.

Mahairah melangkahkan kaki menuju ke bilik tapi langkahnya terhenti sebaik sahaja melihat sosok tubuh seorang lelaki yang termenung menghadap tingkap. Dia mendekati lelaki itu lalu bahu disentuh.

"Baba fikirkan apa tu?" soalnya.

Encik Radzi terkejut lalu memandang anak sulungnya. Dia menggelengkan kepala. "Baba cuma risaukan Umairah. Tergamak lelaki tu pukul anak baba. Silap baba sebab bagi Umairah bercinta muda-muda."

"Baba jangan fikirkan sangat. Insya-Allah nanti Umairah tu okey. Mairah tak nak baba jatuh sakit sebab terlalu fikirkan pasal Umairah."

"Macam mana baba tak fikirkan pasal dia? Dia anak baba. Mahairah pun anak baba. Baba harap sangat Muiz tu mampu jaga Mairah dengan baik. Baba tak nak benda yang jadi dekat adik kamu terjadi pula dekat kamu."

Air muka Mahairah berubah keruh. Dia juga berharap perkara itu takkan berlaku tapi siapalah dia hendak menolak takdir. Lambat-laun suaminya akan pulih.

"Baba masuklah tidur. Dah lewat malam ni. Mahairah pun nak tidur dah. Assalamualaikum, baba." Usai mengucup tangan Encik Radzi, Mahairah melangkah pergi ke bilik tidurnya.

SETIBANYA di Rumah Titian Kasih, Puan Aminah bergegas mendapatkan anak kecil yang comel itu. Rambut yang ditocang dua menampakkan lagi kecomelan anak kecil itu. Tubuh si kecil ditarik ke dalam pelukan.

"Nenda!"

"Nenda rindu sangat dekat Hasya. Hasya sihat? Hasya dah makan? Hasya dah mandi?" soal Puan Aminah bertubi-tubi kepada cucunya itu.

Gadis kecil yang dipanggil dengan nama Hasya itu mengangguk mengiakan semua soalan daripada neneknya.

"Nenda datang seorang aje ke? Mana papa? Hasya rindukan papa. Papa tak sayang Hasya dah ke? Dia tak tengok Hasya pun dekat sini. Dah lama dah." Adu Hasya dalam sendu.

"Papa ada. Papa sibuk kerja. Itu yang dia tak sempat nak tengok Hasya. Tak apalah, nenda kan ada." Puan Aminah cuba memujuk anak kecil itu.

"Sibuk, sibuk, sibuk. Itu ajelah alasan yang nenda selalu bagi. Mama pun buang Hasya. Kalau papa dengan mama sayangkan Hasya, mesti Hasya tak duduk rumah anak yatim macam ni." Kata Hasya bernada sebak.

Rasa bersalah Puan Aminah semakin membuak-buak. Ikutkan hati, dia ingin sekali bawa pulang si kecil itu ke rumah. Sekurang-kurangnya kehadiran Hasya boleh menjadi peneman untuknya. Malangnya, Muiz amat benci akan Hasya.

"Hasya tak payahlah fikir pasal mama. Hasya dah ada mama baru. Nenda yakin suatu hari nanti papa Hasya mesti akan kenalkan Hasya dengan mama baru Hasya."

Membulat mata Hasya. "Mama baru?"

Puan Aminah mengangguk. "Dah, dah. Hasya tak payah fikirkan sangat, ya? Nenda ada ni. Jom, ikut nenda makan. Lepas tu kita beli mainan banyak-banyak. Nanti bolehlah Hasya main dengan kawan-kawan mainan tu."

"Nak! Nak!" Hasya melompat-lompat keriangan. Tangan Puan Aminah digenggam kemas.

"Okey. Bagi nenda jumpa dengan Ibu Siti dulu. Nanti dia risau pula kalau Hasya tiba-tiba hilang."

"Okey, nenda."

HIS MAFIA SIDE [C]जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें