BAB 32

3.3K 146 9
                                    

"TUGAS seorang isteri kena dengar cakap suami. Buat apa yang suami suruh. Jangan bantah. Selagi aku tak suruh melacur selagi tu kau kena dengar cakap aku."

"Tapi kita, kan dah kahwin. Sepatutnya kita kena buat hidup sendiri. Bukan duduk dengan keluarga. Baik saya ataupun awak." Mahairah mencelah.

"Aku kisah apa. Suka hati aku la nak duduk mana-mana pun. Sekarang ni aku dah buat keputusan untuk keluar dari rumah ni. Aku nak duduk dengan ayah kau."

"Tapi Umai..."

"Umairah apa? Umairah ada? Eh, kira baguslah tu. Bolehlah aku usyar adik kau. Lagi cepat aku dapat dia lagi cepatlah aku lepaskan kau. Bukan itu ke yang kau nak?"

"Iz, boleh tak awak terima hakikat yang isteri awak tu saya. Bukan Umairah. Belajarlah untuk cintakan saya. Lupakan Umairah." Rayu Mahairah.

"In your dream! Jangan sesekali paksa aku untuk pandang kau sedangkan hakikatnya aku cintakan adik kau. Jangan buat aku ulang ayat yang sama, Mairah. Dah, kau kemas barang-barang kau. Lusa juga kita pindah." Muiz menjeda.

"Kalau kau berkeras tak nak dengar perintah aku. Kau jangan menyesal kalau aku bakar semua pakaian kau. Biar kau bogel aje sepanjang jalan. Mark my words sayang." Sambungnya.

Bunyi dehaman seseorang menyentakkan Mahairah yang sejak tadi mengelamun jauh. Jari-jemarinya menguis-uis nasi di pinggan.

"Kamu tengah diet ke tak nak makan lauk? Penat Umai masak sambal ikan kembong tu." Encik Radzi menegur anak sulungnya. Sesekali matanya menjeling menantunya di sebelah Mahairah.

"Hah?" Mahairah kebingungan.

"Baba cakap, Mairah tengah diet ke tak nak makan lauk? Penat Umairah masak sambal ikan kembong tu." Ulang Encik Radzi.

"Oh..." Mahairah tersengih hambar lalu mencedok seekor ikan kembong ke dalam pinggannya.

"Sedapnya Umai masak sambal ikan ni. Teringat pula dengan masakan arwah mama Iz." Muiz memuji sambil tersengih memandang adik iparnya.

"Rasanya masakan aku ni biasa sahaja. Mungkin kau tak pernah makan sambal ikan lagi lepas emak kau mati agaknya." Balas Umairah bersahaja.

Muiz tersentap. Tajam matanya menikam ke dalam mata Umairah. Geram kerana Umairah berkata sedemikian rupa kepadanya.

"Umai..." Tegur Encik Radzi.

"Apa baba? Umai salah cakap ke? Betullah apa yang Umai cakap. Tak payah nak pancing masakan Umai la. Umai tahu apa niat dia sebenarnya. Elok dia ni mati aje masa kemalangan tu. Tak payah nak amnesia bagai. Menyusahkan!" Umairah menghempas sudu ke dalam pinggan sebelum meninggalkan ruang makan begitu sahaja.

Turun naik dada Muiz menahan amarah. Perangai baran gadis itu masih tak berubah. Sama seperti waktu sekolah dahulu. Hilang terus moodnya nak makan.

"Muiz, maafkan adik ipar kamu tu, ya. Baba dah kering air liur dah nak nasihatkan dia tu." Encik Radzi berasa serba salah kepada Muiz.

Muiz mengoyakkan senyuman palsunya. "Eh, tak apa baba. Iz okey aje. Biasalah perempuan, kan? Mood selalu swing."

"Tak apalah. Kau orang makanlah dulu. Baba nak tengokkan Si Umairah tu sekejap." Encik Radzi bingkas bangun dari duduknya. Meninggalkan pasangan suami isteri itu di ruang makan.

Gerun. Itu yang Mahairah rasakan tika itu. Walaupun di sebelahnya itu ialah suaminya sendiri. Dia ingin bangun tetapi Muiz terlebih dahulu mencengkam lengannya.

"Kau nak pergi mana?" soalnya.

"Saya nak cuci tangan. Saya dah kenyang. Awak makanlah. Rugi tak habiskan masakan Umai." Sempat Mahairah memasukkan sindiran halus di hujung ayatnya.

"Oh, kau sindir aku?"

"Tak."

"Kau ingat aku bodoh?"

"Awak yang cakap diri awak bodoh. Bukan saya, Muiz. Dahlah, saya malas nak gaduh. Semua kehendak awak saya dah ikut. Awak tak payah cari pasal dengan saya lagi." Mahairah bingkas bangun dari duduknya. Lama-lama dengan Muiz boleh gila dia dibuatnya.

Muiz tidak puas hati kerana Mahairah seolah-olah tidak mahu melayan karenahnya. Cepat-cepat dia membuntuti langkah isterinya itu ke singki lalu tubuh Mahairah ditolak kasar sehingga terhentak di tepi bucu singki.

"Kau jangan kurang ajar, Mahairah binti Radzi. Aku ni masih lagi suami kau yang sah!" Tekan Muiz.

"Sudahlah, Muiz Aiman. Saya dah penat nak layan perangai awak. Saya tak tahu macam mana lagi nak puaskan hati awak tu. Semua yang awak nak saya dah ikut. Apa lagi yang tak cukup?" Birai mata Mahairah bergenang.

"Apa maksud kau, Mairah?"

"Sejak ingatan awak pulih. Awak tak layan saya macam isteri awak pun. Awak layan saya macam hamba awak. Itu maksud saya. Awak tak pernah puji masakan saya. Awak tak layan saya dengan baik. Jadi, awak tak payah sebut yang awak tu suami saya. Saya jijik dengar aw..." Ayat Mahairah tergendala apabila Muiz mengangkat tangan ingin menamparnya. Dia terdiam.

"Kenapa diam? Sambunglah lagi. Cakap lagi apa yang kau nak cakap. Kau sedar diri boleh tak? Aku tak naklah kutuk kau tapi kau sedar diri kau sikit. Aku tak sukakan kau, Mairah. Aku cuma nak adik kau. Kau faham bahasa Melayu tak?"

"Jadi, awak tak perlu sibuk-sibuk nak follow saya. Awak nak Umairah, kan? Awak pergilah usik dia sampai dapat. Cuma satu saja saya nak pesan. Jangan lupa untuk ceraikan saya bila awak dah dapatkan dia nanti," ujar Mahairah.

"Kau cabar aku?"

"Ya, saya cabar awak."

"Okey. Kau jangan menyesal. Aku akan pastikan Umairah jatuh ke dalam genggaman aku dan pada saat itu, aku akan pastikan kau menderita, Mahairah binti Radzi." Muiz berpaling ingin meninggalkan isterinya.

"Saya tunggu, Encik Muiz Aiman. Sebab saya dah muak dengan sikap awak. Menyesal saya jatuh cinta dekat lelaki tak guna macam awak. Kalau awak lepaskan saya pun saya tak rugi apa-apa." Kata Mahairah, lancang.

Muiz rasa tercabar dengan kata-kata itu. Mahairah tidak ada hak nak merendah-rendahkan dirinya. Dia meluru ke arah wanita itu lalu leher Mahairah dicengkam. Bibir wanita itu dicumbu kasar. Rontaan demi rontaan Mahairah tidak diendahkan langsung.

"Lepas, Muiz!" Tersekat-sekat nafas Mahairah. Dia menolak dada Muiz supaya menjauh.

Muiz tersengih sinis lalu menyeka bibirnya. Dia mengangkat sebelah keningnya sambil bercekak pinggang di hadapan isterinya.

"Lelaki tak guna ni la yang akan buat apa sahaja dekat kau. Tadi baru sikit, Mairah. Jangan sesekali cabar aku. Sebab kau tak tahu macam mana game aku." Ugut Muiz.

"Apa maksud awak?"

"You don't know me. Well... Jangan sampai aku tunjukkan siapa aku depan kau wahai isteriku." Dagu Mahairah dicuit dengan lari telunjuknya.

Mahairah menepis tangan lelaki itu. Dia membuka langkah ingin berlalu pergi tetapi Muiz terlebih dahulu memaut pinggangnya. Bibir lelaki itu mendekati telinga kanannya.

"Aku takut bila aku buat macam tu, kau terus hilang keyakinan untuk hidup. Jangan cabar aku. Sebab aku boleh jadi lebih jahat daripada syaitan." Bisiknya. Pipi Mahairah dikucup sekilas.

HIS MAFIA SIDE [C]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon