BAB 7

4.1K 175 9
                                    

SELEPAS kejadian yang berlaku di rumah Mahairah beberapa hari yang lalu, Muiz tidak lagi tunjukkan mukanya di hadapan wanita itu. Dia kecewa sebenarnya. Fikirnya, selama ini wanita itu adalah wanita yang dia nantikan selama lapan tahun. Ternyata telahannya salah.

Pada malam itu juga, Muiz melangkah keluar dari rumah Mahairah tanpa melepaskan sepatah kata pamit. Hatinya luka parah tatkala mengetahui perempuan yang dia tunggu selama ini telah mempunyai kekasih hati. Lebih teruk lagi, dia boleh tersilap antara kakak dan adik.

"Take it." Afiq menghulurkan satu tin air 100Plus kepada Muiz. Dia melabuhkan punggung di sebelah lelaki itu. Suasana di Tasik Y hari ini agak lengang memandangkan bukan hari minggu.

"Terima kasih," ucap Muiz. Rakus air itu diteguk untuk menghilangkan rasa dahaganya.

"Itulah kau. Aku dah cakap dah jangan terburu-buru. Kan, dah mendapat. Aku ni dari awal-awal lagi dah boleh agak perempuan tu kakak dia. Mustahillah perempuan yang kau suka hodoh macam tu. Kau aje yang buta. Tak menyabar." Bebel Afiq.

Puas hatinya bila tengok Muiz termenung begitu. Siapa suruh buat keputusan terburu-buru. Lepas tu, membelakangkan sahabat sejati pulak tu. Itu makan dia!

"Aku tak kisah pasal Mahairah. Aku kisahkan pasal adik dia aje sekarang," ujar Muiz. Senada.

"Kenapa pula?"

"Dia dah ada teman lelaki. Aku dah terlambat, Fiq. Lapan tahun aku tunggu dia. End up, dia ada relay dengan lelaki lain." Keluh Muiz.

"Sedarlah, Iz. Kalau dia nampak kau pun belum tentu dia nakkan kau. Ingatlah sikit apa kerja kita. Apa background kita." Balas Afiq.

"Aku tak kisah semua tu. Aku cuma nakkan perempuan yang aku sayang. Itu aje!" Bentak Muiz. Sakit hati betul dia dengan reaksi yang Afiq berikan.

"Masalahnya dia dah ada kekasih. Kau teruskan ajelah hubungan kau dengan kakak dia. Nasi dah jadi bubur dah pun." Usul Afiq bersahaja.

"Memang taklah!"

"Then, suka hati kau."

BAGAIKAN cacing kepanasan. Mahairah tidak duduk diam. Pejam celik, pejam celik, dah seminggu Muiz tidak menunjukkan muka. Entah kenapa hatinya berasa rindu kepada jejaka itu. Itulah orang kata. Masa ada di depan mata tak dihargai. Bila dah pergi baru terhegeh-hegeh nak rindu.

"Kak, nak BBQ sauce tiga."

Mahairah masih mengelamun. Jiwanya terasa sepi tanpa kehadiran Muiz di sisi. Adakah dia telah terjatuh hati kepada Muiz? Entah, dia sendiri tak pasti.

"Akak. Oh, akak. Nak BBQ sauce tiga!" Suara anak kecil lingkungan sebelas tahun itu semakin nyaring sehingga menyentakkan Mahairah.

"Hah? Ya, ya, kejap." Terkocoh-kocoh Mahairah mengambil sos BBQ yang diminta oleh pelanggan cilik itu. Hesy! Semua ni Muiz punya pasal. Tak pasal-pasal dia tak fokus nak kerja.

"AKU dengar Mat Deris nak langgar tempat kita. Kau nak buat apa, Iz? Kasi habis atau nak diamkan dulu?" soal Afiq kepada rakannya. Dia dah ligan nak belasah orang sekarang ini.

Muiz bangun dari duduknya. Matanya memerhatikan kawasan sekeliling rumah usang yang sentiasa menjadi tempat dia dan Afiq melepak kalau sedang celaru. Tangan disilangkan ke dada.

"Bos cakap apa?" soalnya.

"Kau gila ke nak bos tahu? Kalau bos tahu bukan kepala Mat Deris kena penggal. Silap hari bulan kepala kita yang kena penggal." Balas Afiq bersungguh-sungguh.

Muiz berdecit.

"Tak apa. Selagi dia tak buat hal, kita diam dulu. Dia bertindak, kita kasi habis ajelah. Aku dah banyak bagi muka dekat dia tu." Usul Muiz tanpa reaksi.

Afiq mengangguk tanda bersetuju. Dia membisu seketika sebelum akalnya memutarkan sesuatu perkara nakal. Cepat-cepat dia berdiri. Bahu Muiz ditepuk perlahan.

"Iz..."

"Apa?"

"Kau yakin ke tak nak cuba adakan hubungan dengan Mahairah?" soal Afiq.

"Ya, kenapa?"

"Ala, muka dia sama aje pun dengan perempuan yang kau suka. Tak dapat adik. Kakak pun okey apa. Kan?"

Muiz memutarkan biji matanya ke atas. "Mungkin sebelum ni bolehlah nak adakan hubungan sebab aku tak tahu perempuan tu kakak dia. Hati aku nak adik dia. Bukan kakak dia. Kau faham tak?"

"Ya, faham."

"Dah faham, bagus."

"Tapi, bro..."

"Apa lagi, Fiq?"

"Kalau aku nak tidur dengan Mahairah, kau boleh adjust tak? Bukan apa, perempuan macam tu susah nak cari. Nampak fresh lagi tu." Afiq tersengih-sengih persis kerang busuk.

Membulat mata Muiz memandang Afiq. Dalam banyak-banyak perempuan, Mahairah juga yang kau nak sapu. Tak guna punya kawan!

"Cari ajelah orang lain. Tak payah nak buat naya dekat anak orang." Balas Muiz. Dingin.

"Kau dah tak nak, kan? Bagilah aku. Manalah tahu daripada cinta satu malam, jadi cinta bermalam-malam. Jangan sok sucilah kawan. Kalau betina tu bogel depan kau pun kau terkam, kan?" Sinis Afiq.

Muiz menyelukkan tangannya ke dalam saku seluar. Tajam matanya menikam ke dalam anak mata Afiq seolah-olah memberikan amaran kepada lelaki itu.

"Okey, okey. Apa kata kau rasmikan dia dulu lepas tu bagi aku. Macam mana? Kau sukakan adik dia, kan? Kau anggap ajelah kau dah miliki adik dia."

"Kau merepek apa ni? Terlebih hisap syabu ke apa kau hari ni?" soal Muiz. Bengang.

"Taklah. Aku bagi cadangan aje."

"Merepek!"

"Kalau kau anak jantan, aku cabar kau tidur dengan Mahairah. Macam mana? Kalau kau tak ada telur, kau tak buat." Usul Afiq.

"Eh, kenapa kau ni? Gila ke apa. Dah kenapa aku kena tidur dengan perempuan tu pulak?" Muiz bingung.

"Kau bayangkan. Bayangkan ajelah. Kau tidur dengan Mahairah. Perempuan tu mesti akan trauma. Bila perempuan tu trauma, adik dia mesti balik. Kembar, kan? Cubit paha kanan, paha kiri terasa." Afiq menjeda.

"Dah tu?"

"Kau boleh berdepan dengan adik dia cepat-cepat. Kalau tak, kau sendiri tak tahu bila dia akan balik, kan?" Sambung Afiq.

"Dahlah, Fiq. Aku rasa kau gila. Tiba-tiba merapu nak aku tidur dengan Mahairah semua. Aku hormatkan dia. Kalau aku buat macam tu, adik dia akan semakin bencikan aku. Faham?"

"So biar aku buat. Kau tolong adjust masa. Lepas tu, cari tempat yang clear. Macam mana?" Cadang Afiq.

"Kau jangan macam-macamlah, Fiq. Kalau aku tahu kau apa-apakan Mairah, nahas kau aku kerjakan!" Amaran Muiz.

Afiq mencebik.

HIS MAFIA SIDE [C]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora