BAB 30

4.1K 151 4
                                    

RASA macam nak cekik pun ada. Nasib baiklah tengah sakit terbaring atas katil hospital. Tajam mata Umairah mencerlung Muiz. Suka hati saja lelaki itu menendang kakaknya.

"Macam mana aku boleh kahwin dengan dia ni? Tolong jelaskan." Tegas Muiz sambil jari telunjuk lurus menuding Mahairah. Gayanya seolah-olah baru sedar daripada sepuluh tahun koma.

Encik Radzi melepaskan satu keluhan berat. Dia dah agak dah perkara ini akan berlaku sebaik sahaja Muiz sedarkan diri. Ingatan lelaki itu telah pulih seperti sediakala.

"Dia siapa? Dia ni bini kau dah pun. Jaga sikit mulut kau tu." Umairah merengus kasar. Sementelah kakaknya pula hanya tertunduk sedih.

"Masalahnya..."

"Baba tahu Iz tak boleh nak terima hakikat yang Mairah jadi isteri Iz dan bukannya Umairah. Tapi, Iz sendiri yang nak kahwini Mahairah. Dengan rela hati. Bukan atas paksaan sesiapa pun." Encik Radzi memintas ayat menantunya.

Muiz memandang bapa mentuanya. "Macam mana benda tu boleh berlaku? Tolonglah jelaskan."

"Kamu tak ingat?"

"Jantan ni mana nak ingatnya baba. Dia ingat waktu tengah sedap aje. Bukannya reti bersabar. Bangun-bangun terus mengamuk. Kalau perut yang dia tendang tu tengah mengandungkan zuriat dia macam mana?" Umairah mencelah lagi.

Mahairah hanya mampu menunduk. Dia cuba menepis rasa pilu dalam hatinya. Dibiarkan sahaja baba dan adiknya yang bersuara.

"Dah, Umai. Baru lepas gaduh dengan Mak Cik Aminah. Ini nak gaduh dengan anak dia pula ke?" Sindir Encik Radzi. Umairah terdiam.

Muiz berkerut kening apabila nama ibu tirinya menjadi sebutan. Nampak gayanya semua orang mempergunakan dia sewaktu akalnya tidak sihat.

"Kau orang pergunakan aku ke? Mairah, kau trap aku untuk kahwin dengan kau, kan?" soal Muiz lalu memandang isterinya yang masih lagi menunduk.

"Kepala otak kau la! Kau siapa sampai kita orang nak pergunakan kau? Dah memang otak kau tu mereng. Kau yang merayu-rayu nak nikah dengan kakak aku. Sekarang ni kau nak persoalkan kenapa?" jerkah Umairah. Berang.

"Dah, Umai. Biar baba yang selesaikan. Umai keluarlah dulu. Kalau asyik bercakap aje bila nak selesainya?" Encik Radzi menjegilkan mata.

Bam!

Terhincut bahu semua orang yang berada di dalam wad persendirian itu. Terutama sekali Encik Radzi. Anaknya fikir dia ada share agaknya dengan hospital tu. Sesuka hati aje hempas pintu kuat-kuat macam tu.

Kerusi ditarik. Encik Radzi hempas punggung di sisi kanan menantunya. Nafas dihela perlahan.

"Baba tahu ingatan Muiz baru pulih seperti sediakala. Baba bersyukur sebab Iz dah pulih walaupun belum seratus peratus. Doktor cakap banyak lagi memori yang Iz kena ingat. Perlahan-lahanlah," ujarnya.

"Sebagai seorang ayah. Tak ada pun seorang ayah yang sanggup tengok anak perempuan dia menderita apatah lagi diperkecilkan oleh suami. Tindakan Iz tendang Mahairah betul-betul buat baba marah. Tapi baba masih waras. Baba tahu Iz marah. Iz terkejut." Sambungnya lagi.

"Iz tak sengaja. Iz tertendang dia, baba." Muiz hanya menayangkan muka seposen sahaja kepada bapa mentuanya.

"Baba tahu Iz tak sukakan Mahairah tapi dia dah jadi isteri Iz. Isteri yang baba amanahkan untuk Iz didik. Untuk Iz jaga."

"Faham baba."

"Lepas ni kalau Iz rasa Iz nak teruskan dengan kehidupan Iz, teruskanlah. Kalau Iz rasa Iz nak balik ke rumah mama kamu, baliklah. Baba tak halang. Kalau Iz rasa Iz nak cari kehidupan sendiri pun carilah. Cuma satu aje baba nak minta..." Encik Radzi menggantungkan ayatnya.

Muiz menghantar pandangan pelik kepada bapa mentuanya. Dah apa pula orang tua ni nak minta. Aku ni dahlah masih sakit lagi, gerutu hati kecilnya.

"Pulangkan semula Mahairah dekat baba dengan cara baik. Macam mana Iz ambil dia. Macam tu jugalah Iz pulangkan dia semula."

Mahairah terkesima. Lantas dia memandang Encik Radzi. Dia menggelengkan kepalanya. Takkanlah mereka perlu bercerai sedangkan ingatan Muiz baru sahaja pulih. Dia masih ingin 'mencuba' di dalam perkahwinan mereka berdua.

"Tapi... Kalau Iz rasa, Iz boleh teruskan perkahwinan kau orang teruskanlah. Cuma baba harap Iz tak naik tangan dekat Mairah. Sayangi dia. Cintai dia selayaknya seorang isteri."

Muiz merengus kasar. Tidak guna kalau dia melepaskan Mahairah kalau dia belum mendapatkan Umairah. Dia perlu pastikan Umairah putus dahulu dengan teman lelakinya barulah dia boleh menceraikan Mahairah dan kemudiannya menikahi Umairah.

"Baba boleh tinggalkan kami berdua sekejap? Iz nak bincang dengan Mahairah." Usul Muiz.

Encik Radzi akur lalu melangkah meninggalkan pasangan suami isteri itu sendirian.

Sebaik sahaja kelibat Encik Radzi menghilang. Muiz bersandar di kepala katil sambil menyilangkan tangan ke dada.

"Aku tak nak ingat macam mana kita boleh kahwin. Cuma satu aje aku nak cakap. Aku dah tersilap pilih isteri." Katanya.

"Tapi kita dah kahwin pun. Mairah sayang ikatan perkahwinan kita ni walaupun belum sampai setahun lagi kita kahwin," ujar Mahairah. Sebak.

"Masalahnya aku dah tersilap pilih isteri. Kau faham tak ayat aku? Sepatutnya aku kahwin dengan Umairah. Bukan dengan kau. Aku tak tahulah macam mana otak aku boleh mereng sampai aku tak reti nak bezakan kau dengan adik kau." Muiz meraup wajahnya.

"Ja... Jadi apa pelan abang lepas ni? Abang nak ceraikan Mairah?"

Muiz berdeham. "Adik kau dengan teman lelaki dia masih bersama ke? Dia orang masih together?"

Mahairah terdiam. Dia tak tahu nak jawab apa. Hakikatnya Umairah dah pun single. Cumanya mulutnya saja tidak terluahkan ayat itu.

"Kau diam maksudnya dia orang masih bersama, kan? So aku ada percaturan nak buat dengan kau."

"Percaturan apa?"

"Selagi adik kau masih jalinkan hubungan cinta bodoh dengan jantan tu. Selagi tu kau jadi hak aku. Dalam masa yang sama aku akan usahakan untuk buat Umai jatuh cinta dekat aku. Bila semuanya berjalan lancar, aku janji akan ceraikan kau."

Sesak dada Mahairah tika itu. Birai matanya bergenang. Bila-bila masa sahaja air matanya boleh tumpah. Maksudnya selepas ini dia perlu cipta gap yang jauh dengan suaminya supaya dia tidak lagi terkandas dalam lautan cinta Muiz.

"Kalau itu yang abang nak. Mairah ikutkan cuma Mairah ada satu syarat."

"Apa dia?"

"Sepanjang tempoh tu abang tak dibenarkan untuk sentuh Mairah. Kita cuma berlagak mesra depan baba aje untuk jaga hati dia. Bila tak ada Umai dan baba, kita buat hal masing-masing."

"Stupid. Kalau aku tak sentuh kau, aku nak sentuh siapa? Jangan lupa kau tu masih bini aku. Halal untuk aku sentuh."

"Mairah tak nak termengandung. Mairah jijik nak terima hakikat yang Mairah akan mengandungkan anak daripada benih seorang lelaki yang bakal jadi adik ipar Mairah." Tegas Mahairah.

Muiz terdiam seketika sebelum menyambung ayatnya. "Baik. Tak sentuh kau pun aku tak hairan. Dekat luar sana banyak aje pelacur. Aku petik jari aje boleh dapat."

Perit. Itu yang Mahairah rasakan. Dia memejamkan mata. Dia cuba untuk mengusir rasa hiba itu pergi walaupun gagal.

HIS MAFIA SIDE [C]Where stories live. Discover now