BAB 25

4.2K 140 0
                                    

"KAU dah lambat. Bak nama."

"Suka hati aku la nak datang awal ke datang lambat. Kau siapa nak marah-marah aku? Ingat sikit, kau tu tingkatan tiga. Aku ni tingkatan lima."

"Kisah apa aku. Aku pengawas. Aku jalankan tugas. Bagi nama kau. Sekarang!"

Bergema suara nyaring itu di halwa telinganya sehingga membuatkan Muiz tersedar daripada lena yang cukup panjang. Tangan yang melingkar di pinggang Mahairah ditarik.

Apa yang dia boleh katakan. Mimpi itu seolah-olah memaparkan kejadian yang pernah berlaku suatu ketika dahulu. Suara itu pula sangat familiar di halwa pendengarannya.

"Abang kenapa ni?" Terpisat-pisat Mahairah duduk sebaik sahaja terasa ada gerakan di sebelahnya. Dia tidur-tidur ayam sahaja dari tadi.

Muiz menatap muka isterinya yang dibiasi sinaran lampu tidur. "Tak ada apa. Cuma mimpi sesuatu."

"Maksud abang?"

"Tak ada apalah. Jomlah, sambung tidur. Esok sayang nak pergi rumah baba, kan? Alang-alang abang tak ada dua hari." Kata Muiz.

Mahairah mengangguk lalu baring semula. Jauh di sudut hati, dia risau seandainya mimpi Muiz itu ada kaitan dengan dirinya dan adiknya.

"Sayang..." Panggil Muiz.

"Ya, kenapa?" Sahut Mahairah.

"Abang minta maaf pasal apa yang jadi di kafe siang tadi. Abang minta maaf sebab berkasar dengan sayang. Abang cengkam tangan sayang sampai biru tangan tu." Keluh Muiz. Menyesal kerana telah mengasari isterinya.

Mahairah mengelus pergelangan tangannya yang dicengkam oleh Muiz. Bibir bawah digigit sedikit.

"Cuma abang nak sayang tahu, abang tak akan sia-siakan sayang dan abang akan buat apa sahaja untuk sayang dan senangkan sayang. Abang cuma minta sayang percayakan abang. Jadi tulang belakang abang. Sentiasa ada dengan abang dan jangan tinggalkan abang." Kata Muiz lagi.

"Cara saya buat abang tertekan ke selama kita kahwin ni?" soal Mahairah, tiba-tiba.

Muiz diam seketika. "Sikit. Cuma abang tak nak besarkan benda tu. Nanti kerja abang dah habis, kita pergi honeymoon, ya?"

"Ikut abang la."

"Abang nak sayang percayakan abang. Apa pun yang abang buat. Semua ni demi nak senangkan isteri abang. I love you so much Mahairah." Muiz mengucup sekilas bibir isterinya.

"I... I... Lo..." Mahairah tidak mampu menghabiskan ayatnya. Malu bercampur rasa waswas bermaharajalela dalam hatinya.

"Tak apa. Abang faham. Abang bagi masa dekat sayang untuk sayang betul-betul boleh percayakan abang dan boleh sayangkan abang balik." Cantas Muiz lalu memeluk erat tubuh isterinya.

Mahairah kejung di dalam pelukan Muiz. Saya sayangkan awak juga,Muiz. Tapi saya takut awak tinggalkan saya suatu hari nanti bila ingatan awak dah pulih, getus hati kecilnya.

"BABA jagakan bini Iz baik-baik. Iz kerja dua hari aje lepas tu ada pelan nak bawa Mairah pergi berbulan madu." Muiz mengucup belakang telapak tangan Encik Radzi sebagai tanda hormatnya sebagai seorang menantu.

Encik Radzi mengangguk. Dia dah jaga anak-anak perempuannya sebelum masing-masing diambil orang. Tahulah dia nak jaga Mahairah nanti.

"Iz tak payah risaukan Mairah. Tahulah baba nak jaga isteri kamu ni. Iz tu kerja elok-elok." Kata Encik Radzi lalu memeluk kemas bahu anak perempuan sulungnya.

"Mana tak risaunya, baba. Bini Iz ni. Comel-comel macam ni kalau hilang, menangis teruk Iz." Muiz meletuskan tawa di hujung ayatnya. Pipi tembam Mahairah dicubit mesra.

"Amboi, sweet tahap potong kaki nampak. Nampak gayanya baba pun kena cari emak barulah cepat-cepat untuk Mairah dengan Umairah." Seloroh Encik Radzi mengundang rasa tidak puas hati Mahairah.

"Baba ni..." Mahairah merengus.

"Ala, biarlah sayang kalau baba nak kahwin lagi pun. Sekurang-kurangnya ada orang boleh jaga makan pakai baba. Orang lelaki ni tak boleh single lama-lama. Boleh gila jadinya." Muiz mencelah.

Mahairah menjegilkan matanya. Geram kerana Muiz seolah-olah menyokong kenyataan bapanya. Memicing matanya memandang Muiz.

Pin! Pin!

Bunyi hon kereta mengganggu mereka bertiga. Kelihatan satu sosok tubuh melangkah keluar dari perut kereta berwarna hitam itu sambil menyorong beg pakaian yang sederhana besar.

"Eh, adik kamu balik tak beritahu baba pulak. Tahu-tahu bawa beg baju macam tu." Berkerut kening Encik Radzi dibuatnya apatah lagi bila melihat mata anak bongsunya bengkak.

Jantung Mahairah berdegup kencang apabila suaminya menatap muka adiknya. Dia cepat-cepat menggenggam tangan Muiz sehingga lelaki itu berpaling daripada Umairah.

"Umairah, kenapa balik tiba-tiba ni? Mata Umairah kenapa bengkak macam kena tumbuk ni?" soal Encik Radzi bertubi-tubi.

Tidak dapat menahan rasa sebaknya. Umairah menumpahkan air matanya di hadapan tiga manusia itu. Cukuplah dia sembunyikan hubungan toksik yang dia lalui selama ini daripada pengetahuan kakak dan bapanya. Dia sudah tak sanggup berpura-pura lagi.

"Baba. Boleh tak Umai nak duduk sini terus? Umai dah tak nak jauh-jauh dari baba dengan kakak lagi." Kata Umairah dalam sendu.

"Baba tak kisah. Baba lagi suka. Cuma kenapa lebam-lebam lepas tu bengkak-bengkak macam ni? Umai accident ke?"

Umairah menggeleng. "Baba. Umai kena pukul dengan dia, baba. Dia curang. Dia tak nak ngaku. Lepas tu dia pukul Umai bila Umai serang perempuan tu."

Dia? Otak Mahairah mula memproses. Dia dapat menangkap maksud adiknya. Dia yang dimaksudkan oleh Umairah ialah lelaki yang bakal menjadi adik iparnya tidak lama lagi.

"Astaghfirullahalazim! Umai ni biar betul? Selama ni kau orang bahagia aje, kan?" Mengucap panjang Encik Radzi dibuatnya.

"Selama ni Umai tipu baba dengan Mairah. Umai masih sayangkan dia. Tapi bila dia ulang balik benda yang sama, Umai muak. Umai bosan. Umai kecewa."

"Selama ni baba besarkan kau orang berdua. Baba tak pernah naik tangan dekat kau orang. Tergamaknya lelaki yang baba percaya boleh jaga anak-anak baba, pukul anak baba." Terbias raut sedih di wajah Encik Radzi. Tubuh Umairah ditarik ke dalam pelukannya.

"Umai... Umairah sakit?"

Soalan drastik daripada Muiz menyentap tangkai hati Mahairah. Dadanya sempit. Nafasnya sesak. Walaupun soalan itu hanyalah soalan biasa tapi kedengaran luar biasa di halwa pendengarannya.

"Sakit. Tapi sakit tu dekat dalam. Kecewa. Tapi kecewa tu tak mampu nak dihuraikan dengan kata-kata," jawab Umairah.

"Siapa lelaki yang sakitkan Umai? Lelaki yang abang pernah nampak masa majlis abang dengan Kak Mairah tu ke? Umai nak abang slowtalk dengan dia?" soal Muiz.

Perlahan-lahan Mahairah melepaskan tangan Muiz. Tahulah dia kini hanyalah orang ketiga untuk Umairah dan Muiz. Sikap caring Muiz kepada adiknya menyakitkan hatinya. Walaupun dia cuba rasional tapi hakikatnya, Muiz mencintai Umairah. Bukan dirinya.

Umairah diam. Dia memandang Muiz sekilas sebelum minta izin kepada Encik Radzi untuk masuk ke dalam rumah. Beg pakaiannya diangkut sekali.

"Tak apalah, Iz. Masalah anak baba biar baba selesaikan. Kamu tu kerjalah baik-baik. Jangan lupa telefon Mairah kalau free," ujar Encik Radzi.

Muiz mengangguk. "Sayang. Abang pergi dulu. Sayang jangan nakal-nakal. Kalau abang tak telefon. Sayang kena faham. Abang banyak kerja."

Mahairah mengelak apabila Muiz ingin mengucup pipinya. Hanya satu senyuman kelat dihadiahkan kepada lelaki itu.

HIS MAFIA SIDE [C]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora