BAB 28

3.1K 116 5
                                    

TENGAH malam itu, Muiz pulang ke rumah bapa mentuanya. Dia pandu sendiri keretanya manakala Afiq pula ditinggalkan sendirian di Pusat Snooker. Dia perlukan masa untuk menghadam semua kata-kata sahabat baiknya itu.

Tombol pintu dipulas. Berkerut dahinya kerana pintu tidak dikunci. Biasanya, perangai isterinya memang begini. Selalu sangat terlupa nak kunci pintu. Dah jumpa perompak baru nak insaf agaknya. Satu keluhan berat dilepaskan.

Suasana hening menandakan semua orang telah pun tidur. Jam dinding dikerling sekilas. Lagi lima belas minit akan masuk pukul dua pagi. Muiz ingin menghempas punggung tetapi tingkahnya tergendala tatkala halwa telinganya menangkap bunyi sudu dan gelas kaca berlaga.

"Siapa pula buat air malam-malam buta ni? Baba ada bela saka ke apa?" Gumamnya sendirian. Lantas dia menapak ke dapur. Kelihatan satu sosok tubuh seorang wanita sedang berdiri membelakanginya.

Tunak sepasang mata Muiz meneliti sosok tubuh yang kelihatan agak menggiurkan itu. Dia tidak menyangka yang adik iparnya ada bentuk badan yang cantik.

Selama ini, dia selalu nampak Umairah mengenakan baju yang longgar-longgar. Ini kali pertama dia nampak Umairah hanya berbaju tidur tanpa lengan dan singkat separas bawah lutut. Air liurnya ditelan.

"Oh, mak kau!" Tersentak Umairah dibuatnya. Mujur cawan tak jatuh. Mananya tak terkejut bila tiba-tiba Muiz ada di belakangnya. Elok berdiri sambil bersilang kaki.

Muiz tersengih. Kekok. "Maaflah, abang ganggu Umai. Abang balik pun tak beritahu. Saja nak buat kejutan untuk Kak Mairah."

Umairah kurang selesa dengan pandangan nakal Muiz. Dia menyumpah seranah lelaki itu dalam hati. Menyesal juga sebab tidak jaga pemakaiannya. Fikirnya, Muiz balik dua hari lagi.

"Dah tu, buat apa tercegat dekat sini? Isteri kau dalam bilik, kan? Pergilah masuk bilik sana." Kata Umairah, kasar.

"Ya, tahu. Umai kenapa ni? Abang perasan Umai macam tak suka abang. Abang ada buat saah ke?" soal Muiz. Masih berlembut.

"Memang kau ada buat salah." Tanpa basa-basi, Umairah menyembur lelaki itu.

"Salah apa?"

"Salah kau sebab kau jerat kembar aku dalam perkahwinan bodoh kau orang tu. Aku yakin kembar aku akan terseksalah hidup dengan lelaki tak ada masa depan macam kau!" Hambur Umairah.

Panas hati Muiz dibuatnya. "Eh, jaga sikit mulut kau tu. Aku kahwin dengan kakak kau sebab aku cintakan dia. Aku tak nak hilang orang yang aku sayang. Kau hormat sikit. Aku ni abang ipar kau, tau!"

"Mairah layak dapatkan lelaki yang lebih baiklah, Muiz. Dari zaman sekolah lagi aku dah cakap kau ni tak ada masa depan. Kau tak layak pun untuk kakak aku." Bidas Umairah. Lancang.

"Kau siapa nak tentukan takdir aku? Kau kena terima yang aku ni suami kakak kau. Atau kau cemburu aku pilih Mairah berbanding kau? Maaflah, aku tak pandang perempuan tak ada adab macam kau. Jijik!" Sinis Muiz.

Terangkat kening Umairah. "Baguslah kau jijik dengan aku. Aku seratus kali jijik dengan kau. Perangai kau dari zaman sekolah sampai sekarang tak berubah. Macam manalah Mairah nak hidup dengan kau akan datang nanti."

"Akak kau tu milik aku. Aku tahu jaga dia cuma aku minta kau hormat aku sebagai abang ipar kau. Aku tanya kau elok-elok. Kau layan aku macam anjing. Memang patut pun la kena tinggal." Balas Muiz.

Umairah bengang. Muiz tidak tahu apa-apa langsung tentang kisahnya. Suka-suka saja lelaki itu mencemuhnya. Belum sempat dia ingin simbah air teh panas itu ke muka Muiz, Encik Radzi tiba-tiba muncul.

"Eh, Iz dah balik?" soal Encik Radzi. Terkejut dengan kehadiran menantunya di dapur.

"Haah, baba. Patutnya esok lusa baru balik tapi tulah... Rindu dekat Mairah. Itu yang balik juga malam ni," jawab Muiz tersengih-sengih.

"Yalah, bini kamu ada dalam bilik. Rasanya dia tengah tidur tu. Satu hari demam budak tu. Demam rindu agaknya."

"Isteri Iz demam? Baba dah bagi dia makan ubat belum?" Muiz mula risau akan keadaan isteri comelnya itu.

"Dah. Ish, kamu ni. Ingat baba ni kejam sangat ke dengan anak sendiri? Baba siap masakkan lagi bubur untuk Mairah."

Muiz gelak hambar ingin menutup rasa malunya. "Kalau macam tu, Iz masuk bilik dululah. Nak tengok keadaan Mairah."

"Haaa eloklah tu." Encik Radzi menghantar langkah menantunya dengan ekor mata lalu dia memandang tepat ke dalam mata anak bongsunya.

"Lain kali pakai yang elok-elok sikit. Dia tu abang ipar kamu. Baba tak nak terjadi apa-apa dalam keluarga kita." Pesan Encik Radzi.

"Manalah Umai tahu. Dah dia yang tiba-tiba muncul. Takkan nak salahkan Umai?" Umairah merengus geram.

"Baba cuma pesan. Nafsu orang lelaki ni tak kenal jantina. Tak kenal sesiapa pun. Bila nafsu dah kuasai diri, emak sendiri pun sanggup dirogolnya."

"Baiklah baba. Salah Umai. Umai minta maaf." Balas Umairah lalu menapak menuju ke bilik tidurnya bersama secawan teh panas.

MUIZ menguak pintu bilik tidurnya. Kelihatan Mahairah sedang lena diulit mimpi. Dia tersenyum. Kata-kata Afiq seolah-olah lenyap begitu sahaja. Pintu bilik ditutup. Dia merapatkan badannya dengan badan isterinya. Ditarik tubuh Mahairah agar menghadapnya.

"Ermm..." Mahairah merengek kerana tidurnya diganggu. Dia cuba menjauhkan diri tetapi tangan kasar itu terlebih dahulu mengunci pinggangnya.

"Kesiannya baby montel abang ni demam. Patutlah tak mesej tak telefon abang. Sorry sayang sebab tak cakna. Nasib baiklah panas dah kebah," ujar Muiz lalu mengucup sekilas pipi Mahairah.

"Abang. Tak naklah." Mahairah merengek dalam tidurnya. Rimas dengan kucupan Muiz. Dia cuba menolak tapi tidak berjaya.

"Tak nak apa? Tak rindu abang ke?" soal Muiz lalu bibir wanita itu pula menjadi sasarannya.

Muka Muiz ditolak. Matanya dicelikkan. "Mairah tak sihat. Mairah tak boleh nak layan nafsu abang."

Muiz gelak. "Ya, abang tahulah sayang tak sihat. Abang bukannya jahat sampai nak suruh sayang layan nafsu abang sedangkan sayang tengah demam. Abang nak cium-cium sikit aje. Macam ni..."

Mahairah cuba menolak muka Muiz. Lelaki itu masih lagi mengucup bibirnya. Dia sesak nafas dengan perlakuan rakus suaminya itu. Haih... Balik pun waktu dia tengah sakit. Memang tak terlayanlah jawabnya.

"Please abang."

"Kenapa? Nak, eh?" Usik Muiz.

Mahairah menggelengkan kepalanya. Sakit otaklah layan suami dia ni malam-malam macam ni.

"Mairah demam. Jangan kacau Mairah untuk malam ini sahaja. Abang balik tak beritahu Mairah pun. Pergilah main jauh-jauh sana." Juih Mahairah.

"Sampai hati sayang. Abang rindukan Mairah, tahu tak? Sampai hati suruh abang main jauh-jauh." Muiz menjuihkan bibirnya. Pura-pura merajuk.

"Tak. Maksud Mairah. Mairah tengah demam. Mairah tak ada mood nak manja-manja. Salah abanglah. Balik waktu bini abang ni tengah demam."

"Eh, salah abang pula. Sayanglah salah. Ini mesti banyak minum ice ni waktu abang tak ada sebab tu demam. Betul, kan? Abang dah masaklah dengan perangai sayang ni."

Mahairah memekakkan telinga. Dia cuba membelakangkan suaminya tetapi Muiz tidak putus asa. Lelaki itu menarik tubuhnya ke dalam pelukan. Mahairah rimas sementelah tubuhnya masih rasa panas di bahagian dalam.

"Abang, Mairah rimas."

"Abang nak peluk ajelah."

"Mairah rimas. Mairah panas. Tolonglah faham." Mahairah mula mengamuk. Sakit hati betul dengan sikap Muiz yang tak faham bahasa.

Tangan Muiz yang melingkar di pinggangnya ditarik kasar. Dia bergelut dengan lelaki itu supaya melepaskan tubuhnya. Entah mana silapnya, dia tertolak Muiz sehingga terjatuh dari katil. Kuat kepala lelaki itu terhantuk di bucu meja yang menempatkan lampu tidur.

"Muiz!" Mahairah tersentak.

HIS MAFIA SIDE [C]Where stories live. Discover now