Bab 55

4.1K 130 0
                                    

SELEPAS Encik Radzi sedarkan diri. Dia dikepung oleh dua orang lelaki muda itu. Di sebelah kirinya Afiq manakala di sebelah kanannya pula ialah Muiz. Berkerut dahinya memandang mereka berdua.

Balutan di paha masih terasa ngilunya. Tetapi hatinya lebih ngilu melihat muka tidak bersalah menantu hantunya itu. Muiz punca semuanya berlaku. Kalaulah Muiz tidak melibatkan diri dalam Persatuan Kongsi Gelap pasti keadaan tidak akan melarat.

"Baba macam mana? Baba sakit? Masih ada rasa trauma lagi?" Lembut Muiz menyoal. Dia menghempaskan punggung di sebelah bapa mentuanya.

"Sakit di paha ni apalah sangat dengan sakit dalam hati. Apa lagi yang kau nak ni Muiz? Aku dah suruh kau selesaikan secepat yang mungkin penceraian kau dengan anak aku. Jangan sampai aku sendiri heret kau ke balas polis dan paksa Mahairah minta fasakh."

"Baba tak boleh buat Iz macam tu. Sejahat-jahat Iz pun, Iz tak ada sampai libatkan diri dengan benda-benda haram. Iz tak jual dadah. Iz tak bunuh orang. Iz cuma bekerja sebagai orang suruhan Robert sahaja." Bersungguh-sungguh Muiz menjelaskan kepada bapa mentuanya.

"Betul tu pak cik. Kami akui silap kami. Kami tak fikir panjang. Yalah, kami ni zaman sekolah dulu bodoh. Kami tak tahu kerja apa yang kami boleh buat untuk dapatkan gaji yang tinggi bahkan lebih tinggi daripada doktor. Sebab itulah kami buat kerja macam ni." Afiq mencelah sekali gus membela sahabatnya.

Encik Radzi mempamerkan mimik muka bengang. Senang betul jawapan dua orang lelaki itu setelah merosakkan keharmonian keluarganya.

"Itu pilihan kau orang. Sekarang ni pilihan aku cuma nak Muiz ceraikan Mairah. Jangan muncul lagi depan kami sekeluarga." Tegas Encik Radzi.

Afiq memandang Muiz. Dia menghantar isyarat menggunakan mata seolah-olah mengarahkan Muiz untuk melutut merayu kepada lelaki separuh abad itu.

Muiz akur. Muiz segera memegang kaki Encik Radzi. Bersungguh-sungguh dia memohon ampun di atas segala khilafnya yang telah dia lakukan selama ini. Jauh di sudut hati perasaan ikhlas itu hadir mengikut ucapannya.

"Baba, Iz betul-betul minta ampun. Iz tahu Iz banyak buat salah. Iz banyak buat dosa. Iz cuba nak berubah. Baba tolonglah bantu Iz. Iz sayangkan Mahairah. Bagilah Iz peluang kedua untuk bersama dan Iz pun tahu Mahairah masih sayangkan Iz."

"Sayang konon. Niat sebenar kamu kahwin dengan Mairah sebab kamu nak dekat dengan Umai. Kamu tak sayang pun anak aku." Bidas Encik Radzi.

"Tu dulu. Sekarang tak. Umai pun dah ada lelaki lain. Baba, Iz minta tolong sangat jangan hukum Iz sampai macam ni sekali. Iz janji akan betulkan semua kesilapan yang Iz dah buat. Iz cuma minta baba bantu Iz. Iz cuma minta baba tak sembunyikan Mairah daripada Iz. Itu sahaja."

"Macam mana aku nak percaya cakap kamu? Sepanjang kamu jadi suami Mairah, tak pernah sekali pun kamu yakinkan aku kamu boleh jaga dia. Cukuplah. Aku tak nak pisang berbuah dua kali. Anak kamu sendiri pun kamu benci ni lagi nak jaga anak orang."

Muiz terkesima. "Baba tahu pasal kisah silam Iz? Ibu tiri Iz ke yang beritahu?"

"Mahairah beritahu tapi aku diamkan dulu. Tapi sekarang ni dah semakin melampau. Aku tak sangka lelaki yang jadi suami kepada anak aku sendiri rupa-rupanya musuh dalam selimut. Selepas kau hadir dalam keluarga aku semuanya hancur. Umai lari. Mairah menderita. Aku ni... aku ni kena tembak!"

Muiz menghela nafas perlahan. Dia nekad akan membetulkan semua silapnya demi meraih kembali kepercayaan bapa mentuanya itu. Selepas mendengar ada suara seorang lelaki yang mengangkat panggilannya beberapa jam yang lalu. Muiz betul-betul rasa tercabar.

"Iz janji dengan baba, Iz akan betulkan semua kesilapan yang Iz dah buat. Iz janji dengan baba Iz akan buka buku baru dengan Mairah. Iz sayangkan dia. Cuma Iz tak tahu macam mana nak tunjukkan rasa sayang tu sebab Iz sendiri tak hidup dalam kasih sayang ahli keluarga. Iz akan usaha jejaki Mairah." Tekad Muiz.

Encik Radzi mendengus kasar dengan keengganan Muiz untuk mengalah. "Jangan kau ganggu lagi anak sulung aku tu. Aku sayangkan Mairah. Dia satu-satunya anak aku yang sentiasa ada di saat aku susah dan senang. Tolong lepaskan dia. Sebagai seorang ayah, aku cuma nak tengok anak aku bahagia."

Umairah yang ingin menapak ke katil bapanya, terhenti langkahnya. Dia bersembunyi di sebalik dinding yang memisahkan katil pesakit pertama dan pesakit keempat. Jelas dia mendengar luahan hati Encik Radzi. Satu senyuman kelat terlakar di bibirnya.

Kini dia mengerti yang dia bukanlah anak yang dikasihi oleh bapanya. Kata-kata Encik Radzi cukup menyayat hati. Akhirnya Umairah membuat keputusan untuk beredar dari HSNI.

TIPULAH kalau tidak rasa bersalah. Dek dipalu dengan rasa bersalah itu jugalah duitnya sebanyak seribu ringgit melayang membelikan Mahairah telefon baharu. Yalah, dia sendiri yang mencampak telefon perempuan itu ke dalam arus air terjun.

"Macam manalah telefon aku boleh jatuh. Banyak benda penting dalam telefon tu. Nombor baba, Umai, kawan-kawan aku semua tu." Keluh Mahairah. Hatinya rawan.

"Maaflah, Mairah. Tangan aku licin. Sebab tu terjatuh. Janganlah bebel lagi. Kan, aku dah gantikan dengan telefon baharu. Hampir seribu tu harga Iphone8 tu, tau!"

"Memanglah. Telefon pun second-hand. Memanglah murah. Aku cuma..."

"Kau cuma ralat sebab kau tak ingat nombor suami kau, kan?" Nizam terlebih dahulu menebak.

Mahairah terkedu.

"Betullah tu kalau kau diam. Haih... Sudah-sudahlah tu. Lelaki macam tu tak layak untuk kau. Aku risau lama-lama nanti kau akan lebih terluka disebabkan dia. Carilah lelaki yang ada masa depan, Mairah." Nasihat Nizam.

"Tak dapat nak nafikan dia tu macam cinta pertama aku. Aku tak pernah terfikir akan ada lelaki yang sudi kahwin dengan aku. Yalah, sejak zaman sekolah lagi cuma Umairah aje yang ramai orang nak termasuklah Muiz. Walaupun aku tahu niat Muiz kahwin dengan aku sebab dia nak dekat dengan Umai, aku masih tutup mata dan terima semua yang dia buat." Cerita Mahairah.

"Aku pejamkan mata menahan segala kesakitan sampailah satu tahap kesakitan tu meletus. Aku kecewa. Aku jijik bila dapat tahu suami aku rupa-rupanya samseng." Sambungnya.

Nizam memegang kejap stereng keretanya. Sesekali dia mengerling Mahairah yang ralit meluahkan cerita pedihnya itu.

"Kalau kau dah tahu dia tu samseng. Apa lagi yang kau harapkan daripada dia? Kau harapkan yang dia akan balas cinta kau? Kau harapkan yang dia akan jejaki kau?" soal Nizam bertubi-tubi.

Mahairah menjungkit bahu.

"Mairah. Sudahlah tu. Tak payah dah hiraukan lelaki tu. Selepas aje kau orang bercerai nanti kau akan bebas. Mulakan hidup baharu. Jangan dikenang lagi benda yang dah lepas. Kan, aku dah cakap. Sepanjang kau ada di Kelantan ni aku akan pastikan kau selamat. Ayah aku dah berjanji dengan baba kau untuk jaga kau sebaik-baiknya. Tolong jangan hampakan mereka," ujar Nizam.

Mahairah membuang pandangannya ke luar tingkap. Kelopak mata dipejam rapat. Entah kenapa hatinya berasa kosong walaupun akalnya sedang memberontak.

HIS MAFIA SIDE [C]Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz