Bab 61

4.4K 143 13
                                    

"BAHAYA dibiarkan lama-lama, Ji. Risau saja suami dia buat yang bukan-bukan dengan dia. Dibuatnya lelaki tu jual Mahairah tu ke Siam macam mana?" Mak Puteh sudah mula dengan andaian-andaian tidak logiknya.

Pak Hassan menjegilkan mata. Memberikan satu amaran kepada isterinya supaya mulut itu tidak cabul ketika berkata-kata. Nampak sahaja jegilan Pak Hassan, Mak Puteh lantas menundukkan kepalanya.

"Aku dah telefon menantu hantu aku tu. Dia bagi amaran supaya tak ganggu Mahairah. Kalau tak dia akan tembak Mahairah." Keluh Encik Radzi. Dia nekad ingin pulang ke Johor. Manalah tahu Muiz menyembunyikan Mahairah di Johor.

"Ya Allah. Sampai macam tu sekali budak tu buat. Kenapa lagilah dia tu. Bukan ke dia tak nak anak kau tu, Ji? Semakin melampau!" Pak Hassan mula naik hantu. Lelaki tidak guna seperti Muiz memang patut pun meringkuk di dalam penjara. Hidup menyusahkan orang sahaja.

"Entahlah, San. Ni aku kena balik Johor juga. Aku kena cari anak-anak aku. Mahairah, Umairah. Cukup-cukuplah Allah SWT dah uji aku dengan ujian seberat ini," ujar Encik Radzi. Pintu keretanya dibuka.

Pak Hassan menahan pintu kereta rakannya itu. "Jangan gopoh, Ji. Perlahan-lahan. Sabar. Tuhan akan bantu kau jejaki anak-anak kau."

"Terima kasih atas nasihat tu. Terima kasih juga sebab kau dengan Puteh sudi jagakan Mairah sementara waktu," ujar Encik Radzi. Ucapan terima kasih itu disuakan daripada lubuk hatinya yang paling dalam sekali.

"Sama-sama." Sahut Mak Puteh dan Pak Hassan serentak. Kepergian Encik Radzi dihantar melalui ekor mata.

"Semoga Allah SWT mudahkan urusan Ji untuk cari anak-anak dia, kan bang?" Mak Puteh menggenggam kemas tangan suaminya. Pak Hassan mengangguk bersetuju.

SEPERTI terkena petir cinta. Mahairah kaku di dalam pelukan Muiz. Pagi-pagi lagi mereka sudah berendam di dalam kolam. Mahairah hanya mendiamkan diri ketika Muiz membantu mengurut-urut belakang badannya.

Muiz rasa macam nak gelak kerana sikap Mahairah yang masih kaku dengan dirinya. Seolah-olah mereka itu baru berkahwin pula. Perlahan-lahan dia menjatuhkam kucupannya di tepi bahu Mahairah.

"Kau suka aku buat macam ni?" soal Muiz lalu ciumannya beralih pula ke leher perempuan itu. Tangannya meliar ke paha Mahairah yang tidak dilitupi dengan sebarang fabrik.

"Jangan, Muiz. Nanti orang nampak." Mahairah menolak lembut tangan Muiz yang gatal ingin meraba-rabanya.

"Tenanglah. Hari ni bukannya hari minggu. Cuma ada kita aje di sini. Tak ada orang lain pun. Kalau aku nak ajak kau make love dekat sini pun tak apa." Usik Muiz bersahaja.

Mahairah merengus perlahan. Dia memusingkan tubuhnya menghadap Muiz. Lelaki itu terus menelan air liur. Mata Muiz tidak berganjak langsung daripada memerhatikan lurah dadanya. Dasar lelaki miang!

"Apa lagi yang awak pelan? Kenapa tiba-tiba awak jadi macam ni setelah puas awak hina dan seksa saya?" soalnya. Mahukan kepastian.

"Aku tak suka cakap ulang-ulang. Dah lima hari kita di sini. Takkan kau tak ada rasa sikit pun dekat aku?" soal Muiz.

"Rasa apa?"

"Takkan kau tak ada rasa sikit pun nak maafkan aku. Nak mulakan hidup baharu. Nak cintakan aku semula. Nak ada anak dengan aku. Nak bahagia dengan aku. Tak ada ke perasaan tu?" soal Muiz bertubi-tubi.

"Ya, dulu adalah. Sekarang tak lagi. Awak ni kalau nak berubah boleh berubah bila-bila masa sahaja. Contoh macam sekarang. Awak beria-ia kejar saya sebab Umai dah reject awak, kan?"

Muiz menghela nafas berat. Susah betullah dia nak yakinkan Mahairah tentang perasaannya itu. Dia menarik Mahairah ke dalam pelukannya. Mereka berdua bersama-sama tidak mengenakan apa-apa pakaian. Hanya berendam di dalam kolam untuk melegakan rasa panas dalam hati masing-masing.

HIS MAFIA SIDE [C]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن