BAB 18

4K 140 3
                                    

LAMA Encik Radzi mendiamkan diri setelah diberitahu oleh anak perempuan sulungnya bahawa dia akan berkahwin dengan pilihan hatinya. Jujur, dia berasa gembira. Walau bagaimanapun, lelaki yang dipilih oleh Mahairah bukanlah pilihan hatinya.

Sebagai seorang ayah, dia berhak mengatur hidup anak-anaknya. Bukan kerana dia kejam tapi dia tidak mahu masa depan anak-anak perempuannya hancur di tangan lelaki yang tidak tepat.

"Mairah dah fikir masak-masak ke nak terima lamaran Muiz? Kenapa tiba-tiba berubah fikiran ni?" soal Encik Radzi kebingungan.

Mahairah duduk menekur lantai sambil menggaru tengkuknya. Dia terpaksa terima Muiz demi keselamatan bapanya. Dia yakin, Muiz seorang lelaki yang pantang dicabar.

"Kalau awak tak terima lamaran saya. Saya akan pastikan hidup ayah awak dan satu keluarga awak hancur, Mairah. Saya betul-betul nakkan awak. Walaupun terpaksa gunakan cara kasar sekalipun saya sanggup asalkan awak jadi milik saya."

Masih terngiang-ngiang kata-kata menyeramkan Muiz sewaktu mereka di dalam perut kereta. Mahairah menarik nafas panjang.

"Mairah yakin Muiz adalah pilihan yang terbaik untuk Mairah, baba." Katanya.

Encik Radzi menyorotkan pandangan ke muka anak perempuan sulungnya. "Tapi baba rasa dia bukan pilihan yang terbaik. Naluri baba rasa Muiz ada udang di sebalik batu."

"Maksud baba?"

"Entahlah. Baba tak tahulah nak cakap macam mana. Baba cuma tak sedap hati aje nak lepaskan Mairah dekat dia. Tapi, kalau Mairah memang dah sukakan Muiz. Baba tak boleh buat apalah." Balas Encik Radzi.

Mahairah menggebam bibir. Dia jadi tak sedap hati sama selepas mendengar kata-kata babanya. Ya Allah, aku serahkan segala keputusan hidupku kepada-Mu. Bisik hati kecilnya.

"Awal-awal dulu memang baba berkenan sikitlah dekat Muiz tu tapi lepas apa yang jadi, baba terus rasa tak suka dia. Lagi-lagi lepas dia kemalangan dengan Mairah." Sambung Encik Radzi.

Mahairah berdeham. "Benda yang dah lepas biarkan lepas baba. Mairah dah lupakan semua tu. Mairah nak mulakan hidup baru. Mungkin memang Allah SWT kirimkan Muiz untuk Mairah."

"Dah kalau itu kata-kata Mairah. Baba tak boleh halang. Baba cuma berharap Mairah bahagia dengan keputusan yang Mairah buat. Mairah dah besar. Mairah berhak nak buat pilihan hidup sendiri tapi kalau Mairah perlukan baba. Baba ada aje untuk kamu," ujar Encik Radzi. Senada.

Mahairah mengangkat punggung dari duduknya lalu memeluk tubuh Encik Radzi seerat yang mungkin. Dunianya boleh berubah kelam sekiranya dia hilang cinta pertamanya itu. Encik Radzi ialah cinta pertamanya.

"Minggu depan bawalah dia jumpa baba. Merisik dulu ke apa ke asalkan ikut adat." Pesan Encik Radzi. Mahairah mengangguk bersetuju.

KALAU boleh ditariknya senyuman itu sampai ke telinga. Dah lama dia tarik. Bukan main berbunga-bunga lagi hati Muiz setelah menerima khabar yang Encik Radzi merestui hubungannya dengan Mahairah.

Tidak sabar rasanya ingin menjadikan Mahairah sebagai hak milik mutlaknya. Akan dia jaga Mahairah sebaik mungkin kerana gadis itu merupakan cinta pertamanya semenjak dari zaman sekolah lagi.

Muiz membuka galeri. Gambar Mahairah ditatap lama. Sengaja dia curi gambar gadis itu dari akaun Facebook milik Mahairah. Dia tersenyum sendiri.

"Tak apa, Mairah. Aku bagi chance kau garang-garang dengan aku sementara kita belum kahwin. Dah kahwin nanti tahulah aku nak jinakkan kau macam mana." Gumamnya. Perlahan.

Sedang leka mengelamun sambil membelek-belek gambar sang pujaan hati. Muiz tidak sedar akan kehadiran ibu tirinya di ambang pintu bilik. Puan Aminah melipat tangan ke dada.

"Amboi, tersenyum-senyum macam menang loteri tu kenapa? Ada nak beritahu apa-apa ke dekat mama?" soal Puan Aminah. Teruja.

Muiz angkat kepala. Dia tersenyum memandang Puan Aminah. "Bulan depan Iz nak kahwin. Hari Isnin nanti mama ikut Muiz pergi rumah bakal isteri Iz, tau. Ayah dia suruh ikut adat. Kalau ikutkan Iz. Iz nak kahwin hari ni jugak."

Membuntang mata Puan Aminah. Tak ada angin tak ada ribut. Tiba-tiba lelaki itu nak kahwin. Hancur harapannya nak kenalkan Muiz dengan anak kenalannya. Satu keluhan berat dilepaskan.

"Nampak macam terburu-buru. Iz dah lama kenal ke perempuan tu?" soal Puan Aminah bernada jengkel.

"Lama dah. Sejak zaman sekolah lagi. Iz sukakan dia dah lama. Mama nanti ikut Iz, ya?"

Puan Aminah mengangguk dalam keterpaksaan. Nampak gayanya terpaksalah dibatalkan saja niatnya ingin menjodohkan Muiz dengan anak sahabat baiknya.

HIS MAFIA SIDE [C]Where stories live. Discover now