12

141 16 1
                                    

Raw/unedited

"Selamat pagi Aysun, seronok tidur sampai matahari tegak? "

Aku tersentak. Hampir tercabut jantung aku apabila buka-buka sahaja pintu, wajah lelaki ini benar-benar di hadapan aku.

"Diamlah. Kau bukannya mak aku pun, dah la semalam kau tinggal kan aku. Ketepi shuh shuh " aku merempuh badan sasa itu. Mulut ini dari tadi menguap tidak henti.

Tidak pernah seumur hidup aku, aku bangun tidur selambat ini. Aku mengeliat.

"Stomach problem "

"Tulah, makan lagi benda yang kau curi. Kan dah mendapat " aku balas selamba. Aku menoleh belakang menghadapnya kembali.

"You ate half of it too, remember? " Dia menyoal kembali penuh sinis.

"I.. itu sebab aku lapar!! Lagi- er lagi pun dah kau bagi, ha aku ambil lah.. " aku mempertahankan diri ini kembali.

Dia fikir aku ni akal pendek?

Burung merpati putih terbang menghampiri Mr. Capricous. Dia mendarat atas bahunya dengan gulungan surat kecil di paruhnya. Surat itu jatuh pada tapak tangan lelaki ini.

"I gotta go, aku ada kerja. Aku ada minta sida-sida istana hantar makanan dekat bilik kau "

"Apa-apa pun jangan lupa mandi. Busuk nak mampus " dia laju melangkah meninggalkan aku dengan burung merpati itu sekali.

Merah padam muka aku.

"Aku tak busuklah! "

Dialah yang kena pergi mampus!

×××

Aku menyisir rambut lurus ini. Mata aku menatap cermin di hadapan.

"Nusa.. "

Ibu..

Ibu?!

"Nusa jangan pusing boleh? " Baru saja aku ingin menoleh, ibu melarang.

Fikiran aku mula melayang. Kenapa ibu berdiri di belakang aku? Aku pejam mata rapat, sikat di tangan aku letak atas meja kembali. Berkali-kali aku geleng kepala.

Mustahil.

Bagai tersentak jantung ini apabila terasa rambut aku di sisir lembut dari belakang. Perlahan-lahan mata aku terbuka kembali.

Ibu masih di belakang aku.

"Lepas ni, tak kan ada sesiapa dah yang akan sikat rambut Nusa "

"Yang ikat rambut Nusa "

"Yang ajar Nusa mengaji "

"membaca"

"Yang ingatkan Nusa untuk pulang rumah untuk solat "

"Yang doakan Nusa "

"Yang peluk Nusa sebelum tidur "

Aku masih tergamam. Tangan ibu menyentuh pipi aku. Aku tersenyum sambil menyandarkan kepala aku pada tangannya. Aku tahu..

Ini halusinasi.

AYSUN: The UnbendDär berättelser lever. Upptäck nu