18

128 17 1
                                    

Bunyi dentuman kedengaran sayup-sayup. Aku mencengkam belakang baju lelaki Ziggurat ini. Dia menoleh. "Ibu kau macam mana?.. " aku pandang dia risau.

"Aku serah semuanya pada Dia, Aysun "

"Tapi dia ibu kau tahu? "

Dia hanya tersenyum nipis.

"I know "

Aku naik geram.

"Kau tak sayang ibu kau ke? " Soalan aku membuatkan dia memberhentikan kuda serta merta. Aku tersentak.

"Nyawa dia milik tuhan. Di sini atau di mana-mana pun Aysun. Ajal boleh tiba tanpa kita jangka "

"Tapi sekurang-kurangnya kita ada usaha untuk bawa ibu kau sekali.. " aku masih membangkang.

"Aku sayang ibu aku, Aysun. Apa yang dia minta semua aku akan tunaikan- termasuk..

Kalau dia minta aku untuk tinggalkan dia "

Aku menggeleng berkali-kali. Aku tak faham. Kalau sayang, kenapa mesti meninggalkan..?

Aku sangka, kalau kita betul-betul sayangkan seseorang.. kita akan sentiasa ada di sisi mereka.

Susah atau senang.

"You will understand me one day " dia menyentuh kepala aku lembut. Kuda ini bergerak kembali. Aku mengeluh.

Aku minta maaf

Mesti aku dah menyusahkan kau lagi kali ni kan?

Aku tak tahu.

Untuk apa aku lari lagi.

Aku rasa letih.

Kadangkala aku bersemangat dengan pendirian aku ini.

Kadangkala aku cuma mahu mati. Jalan aku sentiasa buntu. Fikiran dan hati aku terkadang rasa tenat yang amat.

Untuk apa lagi badan ini harus merasa pedih.

Untuk apa lagi emosi aku menjadi kucar-kacir.

Aku cuma mahu hidup seperti orang lain. Bahagia. Tenang. Tak perlu rasa serabut sebegini.

Dan kini;

Aku menjerat orang lain pula dalam masalah aku.

Tanpa aku sedar, aku tertidur pada belakang badan lelaki ini. Hanya degupan jantungnya sahaja menjadi irama lena aku.



















"AYSUN"

"Mmm " aku menggeliat kecil.

"Bangun"

"Tak nak.. " aku menyegel pipi berkali-kali pada bantal. Aku peluk erat bantal ini.

Hmm, bantal?

Sejak bila ada bantal atas kuda ni?

"Kalau kau sedar apa yang kau tengah buat ni, mesti kau akan jerit Ay- "

Mata aku terbuka luas. Hampir saja tercabut biji mata ini!

"ARGH!! "

"Kenapa kau biar aku peluk kau?! " Aku menunjal-nunjal dada lelaki Ziggurat dihadapan aku.

Dia hanya tersenyum sinis.

"Entah "


"Ka--"

Dasar lelaki gatal!

"Shush! " Jari telunjuknya berada di bibir aku.

Bunyi dari semak-samun semakin kuat. Kedengaran suara beberapa orang seolah-olah sedang berbicara.

AYSUN: The UnbendWhere stories live. Discover now