35

49 11 1
                                    

P/s: Be ready, conflict otw. Hehehe *senyumjahat







AKU membiarkan gadis Ziggurat di belakang aku ini bermain dengan rambut aku. Entah apa yang menarik pun tak tahulah. Dalam fikiran aku saat ini, aku cuma ingin mencari jalan bagaimana untuk memastikan keselamatan dia terjaga.

Tangan aku meraup wajah kasar. Aku tak boleh hantar dia balik.

Empayar Ziggurat sudah jauh berbatu-batu.

Aku menoleh."Why did you follow us? "

"Artık kimsem yok"

"She said she doesn't have anyone anymore " suara garau seseorang mencelah perbualan aku.

"But it's dangerous " aku tariknya ke dalam dakapan aku.

"Ama yalnız kalmak istemiyorum "

"She doesn't want to be alone " Hud melabuhkan baju hudnya pada tubuh aku. Malam ini dinginnya terasa mencucuk-cucuk roman aku.

"What should I call you? "

"Alara"

Aku tersenyum nipis. "Be a good kid Alara " rambutnya aku usap lembut.

Aku faham.

Aku faham rasanya apabila tiada siapa lagi tempat bergantung. Kerana aku juga pernah merasainya..

Malam berganti pagi. Pagi berganti petang. Petang berganti malam. Seminggu berlayar di atas bahtera megah ini, kini tiba juga di perlabuhan Heracleion.

Selendang hitam di atas katil aku capai. Aku lilitnya kemas menutup rambut dan separuh wajah aku sebelum tudung baju hud ini aku tarik menutup kepala.

Pedang dan pemanah aku sisip kemas di sisi. Tak buang masa, aku terus melangkah keluar dari bilik menuju ke arah mereka yang lain.

"Kenapalah perempuan selalu siap lambat"

"Diamlah " aku jeling kasar Ren.

Tak habis-habis perli aku.

"Kita berlabuh di sini tak lama. Cukup tiga hari sahaja. Memandangkan beberapa bahagian kapal rosak, kita kena baiki segera sebelum berlaku kebocoran. Jadi macam biasa, semua kena bawa balik barang berharga untuk bayar kos pembaikan kapal "

"Faham? "

"Faham "

"Sharp before the sunrise of the last day, all of us must be here "

Mata aku menatap kawasan perlabuhan Heracleion ini.

Desert.

Tanahnya pasir tandus. Tumbuhannya tidak banyak, hanya pokok kurma dan kaktus di beberapa kelompok kawasan. Mungkin atas faktor tanah. Mereka semua menunggang unta dan kuda.

Hud aku ditarik sehingga menutup pandangan aku. "Jangan mengelamun Aysun ". Aku mendengus kecil. Tak lama selepas itu, aku menyamakan langkah aku dengan lelaki Ziggurat dan Alara.

Saja aku biarkan Alara dengan Hud. Hud lebih peka dengan keadaan sekeliling berbanding aku. Jadi aku rasa keselamatan Alara lebih terjamin. Lagipula, Alara tidak memahami bahasa aku kecuali bahasa Inggeris. Parahnya lagi, dia tetap tak boleh memberi respon dalam bahasa Inggeris juga. Hanya isyarat tangan sahaja yang dia mampu beri.

Kuda hitam aku panjat naik, sempat aku belai lembut haiwan ini. Kedua-dua kaki hadapannya diangkat dan dihentak sebelum dia mula bergerak laju. Tersentak jantung aku di buatnya.

AYSUN: The UnbendWhere stories live. Discover now