11

137 16 0
                                    

Roman aku mencacak ke atas. Seolah-olah ingin cabut meninggalkan kulit. Selendang yang dari tadi melilit di leher ibarat scarf ini aku angkat kembali lalu aku sarung.

Hipokrit sungguh aku.

Ah. Tak peduli aku. Yang penting sekarang, aku kena tahan mulut aku daripada bersuara benda yang bukan-bukan. Aku ni sudahlah suka menjawab. Banyak bertanya pula tu.

"Silakan masuk kalian berdua" pintu dibuka lelaki tua itu.

Ini mengingatkan aku tentang kejadian di mana aku di sumpah seranah Sultan Tahir hanya kerana mengetuk pintu pejabatnya. Mungkinlah memang aku yang bersalah kerana mengacau dia waktu dia sedang bekerja.

Tapi waktu itu aku hanyalah kanak 4 tahun yang otaknya cuma tahu bermain.

Sejak daripada kejadian itu, aku tidak pernah lagi lalu di kawasan pejabatnya. Pasti sekarang, pejabat itu di huni Putera Razeen.

Sebaik sahaja kaki melangkah masuk. Aku hanya melihat seorang lelaki muda duduk di atas kerusi membelakangi kami berdua. Sebaik sahaja dia tersedar kehadiran kami, dia memusingkan badannya perlahan-lahan.

Aku agak terkesima melihat wajahnya.

Lengan Mr. Capricous yang berdiri di sebelah kanan aku ini aku langgar perlahan. "Asal muka dia macam kau?! "Aku menjerit perlahan pada telinganya.

"Dia sepupu aku"

"Tap- "

"Shut up for a while Aysun"

Aku mengangguk perlahan. Senyuman masih tidak pudar daripada wajah ini. Baik, kali ni aku mengalah.

"Kami bersimpati atas apa yang terjadi pada Permaisuri Mawaddah dan Puteri Nusaybah "

"Jadi atas meneruskan legasi hubungan persaudaraan antara Al-Andalus dan Ziggurat, aku perkenankan izin untuk melindungi Tuan Puteri "

Aku menunduk. Ucapannya mengembalikan kesedihan yang telah hilang seketika.

"Losing someone indeed is hurtful. It takes times to heal. But princess, you still need to move out from sadness. Al-Andalus needs you "

Aku hanya mengangguk.

"Jika Tuan Puteri telah bersedia sepenuhnya untuk mengambil kembali kuasa pemerintahan terhadap Al-Andalus sepenuhnya. Empayar ini adalah sebahagian daripada tentera Tuan Puteri"

"I have things to say"

Aku tersentak. Sempat aku berpandangan dengan Mr. Capricous. Berharap agar dia akan menjawab soalan lelaki yang mirip dengannya ini.

"Selagi Puteri di bawah lindungan empayar ini, Puteri wajib patuh dengan segala arahan dan tatatertib Ziggurat"

"Kami tidak akan meminta sebarang pampasan kembali sekiranya kita berjaya tawan Al-Andalus kembali. Akan tetapi; kami mengharapkan Puteri Nusaybah tidak akan menghianati Empayar Ziggurat"

AYSUN: The UnbendWhere stories live. Discover now