26

73 13 4
                                    

*update seterusnya jumaat/sabtu












"Our first stop.."

"Pelezein" sambung aku datar. Mata masih tenang menatap lautan luas di hadapan.

Aku menghela nafas lega. Jika bukan aku di kapal ini tetapi Warner.. pasti ramai wanita dan kanak-kanak di Pelezein akan mati.

"Hoi perempuan "

Aku mengeluh kasar.

"Hoi! "

"Kau pekak ke? "

Tanpa membalas, aku menoleh, laju aku menapak sehingga aku benar-benar berada di hadapan dia. Aku nampak dia kelihatan tersentak dengan tindakan drastik aku sehinggakan badannya terundur ke belakang sedikit.

Mata aku menatap matanya dalam. "Aku tengah serabut, kau boleh diam tak? ".

Aku tidak buang masa lama, terus aku meninggalkan mereka terkulat-kulat di situ.

Saat ini aku rasa benar-benar malas  membazirkan tenaga aku untuk berlawan dengan mereka yang lemah dan tidak setaraf dengan aku.

Mereka tak layak berlawan dengan aku. Jangan harap untuk membazirkan masa aku!

Lama aku berjalan di sekitar kapal tanpa hala tuju. Kini kaki aku berhenti serta merta apabila melihat sepasang kasut di hadapan aku. Laju aku mengangkat wajah. Aku tersentak.

Lelaki tua ini..

Ketua lanun kapal.

"What makes you so eager to be in my ship young lady? "

Mata aku membalas pandangan tua itu kembali "I got no choice"

"Kamu tak rasa menyesal? Aku rasa kamu tahu yang lanun seperti kami jahat "

Aku menarik nafas dalam. He sounds like an old man talking to his daughter.

"We kills people, we take them money"

"And —what's the matter? " Potong aku. Angkuh.

Tolong.. tolong jangan anggap aku ni terlalu baik untuk semua ini.

"Kau cuma bunuh orang jahat" dia tersenyum sementara dahi aku pula berkerut.

"Masih di kira membunuh" aku melawan kembali.

"Kau rela tengok anak-anak buah aku bunuh orang baik depan mata kau, Aysun? "

Aku ketawa perlahan.

Serabutnya otak aku.

"Siapa kata aku rela? "

Sebelum anak-anak buah kau bunuh mereka, aku dulu akan bunuh anak-anak buah kau.

"Tuan! "

"Kita hampir tiba! Pelabuhan Pelezein tidak jauh 1 kilometer dari kita"

"Looks like our conversation needs to be end, Little Woman. Semoga kita dapat berbicara lagi " dia menunduk sedikit sebelum berlalu meninggalkan aku.

Aku hairan.

Kenapa dia tidak sekasar yang aku sangkakan? Ekspektasi aku bahawa ketua lanun ini adalah manusia yang biadap, jahat dan puaka langsung tidak dapat aku lihat dari susuk tubuh lelaki tua ini.

AYSUN: The UnbendWhere stories live. Discover now