15

136 16 7
                                    

Notes: Ottoman Empire dah ditukar kepada Ziggurat Empire. Ottoman hanya nama sementara sahaja sebab otak saya tak boleh proses nama estetik.


















HARI demi hari berlalu.

Genap hari ini, sudah sebulan aku di Ziggurat. Aku menguap. Getah rambut di pergelangan tangan aku lepaskan lalu aku ikat rambut yang hampir cecah punggung ini. Banyak kali juga aku terduduk atas rambut sendiri. Sakitnya hanya tuhan saja yang tahu.

Pedang yang aku sorok di bawah katil aku keluarkan. Sarungnya aku buka. Kali terakhir pedang ini beraksi adalah pada tiga bulan yang lalu. Iaitu kali terakhir aku menjejak kaki di istana Al-Andalus.

Masih ada kesan darah yang tak hilang. Aku baru saja asah pedang ni semalaman. Kalau aku biarkan lama, mungkin pedang ni berkarat. Lagipun ini pedang daripada ayah. Tak mungkin aku buang begitu saja.

Laju aku melangkah ke arah patung kayu di sebelah katil. Patung ni aku curi dari kawasan latihan askar. Tak sangka pula sampai sekarang tak ada sesiapa yang perasan.

Patung kayu di hadapan aku ini sangatlah tebal dan keras.  Aku sendiri melihat askar-askar bersusah-payah untuk membelah patung kayu ini.

Aku melangkah setapak ke belakang. Posisi badan aku betulkan bersama kedua-dua tangan aku menggenggam pemegang pedang dengan kuat.

Pedang aku menyentuh udara.

Dengan sepenuh tenaga, aku ayunkan tepat pada bahagian dada patung.

ZAP!

Prak..

Sebaik sahaja aku turunkan mata pedang in menyentuh lantai, separuh daripada bahagian atas patung itu hancur di lantai. Aku tergamam seaat.

"Aku baru guna sekali dah jadi macam ni!? Tak kan lah aku nak pergi curi kali kedua pula!?" Kedua-dua tangan aku naik menarik rambut sendiri.

Kring!

"Alamak! "  Aku mula gelabah. Patung yang tidak sempurna itu aku tolak masuk ke dalam almari. Pedang di lantai aku tendang masuk ke bawah katil.

"Saya bawakan sarapan untuk pagi ni, kalau ada apa-apa, Tuan Puteri boleh panggil saya. Saya ada dekat luar saja "

"Eheh baik " aku tersengih. Gigih aku menyorokkan sarung pedang di belakang.

Bukannya aku tak tau yang dayang-dayang istana ni kaki mengadu. Aku tak mahu pedang aku di rampas. Sedangkan punching bag yang aku buat sendiri pun kena rampas gara-gara mulut puaka dayang istana ni.

Silap-silap nanti badan mereka pula yang aku gantikan dengan punching bag aku.

Kalau bukan sebab aku menumpang, dah lama aku memberontak.

"Ehem saya rasa awak dah boleh keluar dah ni "

"Maaf. Saya tak boleh keluar selagi Tuan Puteri tak makan. Ini arahan Padshah " dia membongkok hormat. Mendengar balasannya membuatkan aku mendengus.

"Awak buat-buat je lah yang awak nampak saya dah makan " aku menolak lembut kedua-dua bahunya.

"Saya tak boleh menipu "

AYSUN: The UnbendWhere stories live. Discover now