9

194 17 3
                                    

Aku memeluk lutut. Terasa sunyi dan aman apabila lelaki-lelaki viking itu sudah mampus. Petang tadi, pemuda Ziggurat itu menghumban mayat-mayat mereka ke dalam laut di bantu beberapa anak kapal yang lain.

Nampak sangat mereka pun tidak gemar keberadaan lelaki-lelaki berkumis kuning kotor itu.

Selendang hitam aku lilit pada leher. Aku mendongak melihat langit. Aku merasa kagum. Melihat bulan di kelilingi berjuta-juta bintang. Sepertinya bulan itu yang terpaling megah di antara mereka bintang-bintang kecil.

Bolehkah aku menjadi seperti bulan?

"Ibu ayah, Nusa rasa Nusa dah ada cita-cita-"

"I... I think I want to be like a moon" tapak tangan ini menghala pada cahaya bulan.

"Can I be one, my lord? " Aku bersandar lemah pada kapal ini.

Hati ini masih bersedih. Hati ini masih kecewa. Hati ini masih marah.

Aku membenam wajah pada lutut. Mata ini mula memberat. Namun perut aku masih bergelora menahan lapar.

Aku tersentak apabila ada sesuatu yang besar dan suam di lekap pada belakang aku. Aku mengangkat wajah kembali. Pemuda Ziggurat itu menghulurkan aku sebiji kentang rebus. Teragak-agak aku mengambilnya.

Dia tidak memakai hud hitamnya lagi. Dia cuma memakai kemeja putih dan vest berwarna green mud sahaja.

Tidak tahu pula aku, lelaki ini tampan.

"Jangan pandang lama-lama, nanti kau jatuh hati dengan aku Aysun"

Aku menggeliat kegelian.

"Tak ingin " aku menjeling dia tajam. Tak mahu aku jatuh hati dekat lelaki yang kuat berahsia macam dia!

Sebaik sahaja mata ini melihat pesisiran pelabuhan, aku pantas berlari anak menuju ke penghadang kapal. Tangan ini menggenggam erat kayu penghadang kapal.

Geduk!

"Argh! "

"Aysun! "

Hampir saja aku terhumban ke bawah apabila kapal ini berlanggar dengan sesuatu di bawah. Nasib lelaki di belakang aku sempat menarik lengan aku. Dia menghela nafas lega.

Risau juga dia tentang aku hm.

Tapi aku tak rasa pun dia betul-betul risaukan aku. Haih. Kenapa lah dengan aku ni..

"Let's go "

Aku hanya mengangguk dan membuntuti lelaki ini. Tidak sangka aku berada di kapal ini selama seminggu lebih.

Hud nya di campak ke dalam laut. Aku berjalan laju di sebelah dia. Panasaran dengan tindakannya yang selalu di luar jangkaan aku.

"Kenapa kau buang? "

"Penyamaran aku dah habis. Tak ada guna pun aku pakai macam tu dekat tanah air sendiri" balasnya dengan senyuman di bibir. Aku hanya mengangguk faham sahaja.

"Jadi... Aku kena buang aku punya? "

"Tak perlu, keselamatan kau masih belum terjamin walaupun kau ada di sini"

Aku mengemam bibir. Betul juga kata dia. Pasti Putera Razeen masih mencari dan memburu aku. Tak mustahil mereka akan menghantar pembunuh upahan di seluruh empayar.

AYSUN: The UnbendWhere stories live. Discover now