8

189 19 1
                                    

*grammar errors

Aku meletak lengan kanan atas sisi kapal ini. Mata ini pula tidak lepas dari menatap laut biru gelap ini. Selendang yang sebelum ini melilit leher aku sudah terlerai.

Angin sepoi-sepoi menusuk lembut pada leher. Sejuk. Berkali-kali aku usap leher yang asyik meremang ini. Mungkin rasa meremang ini bukan kerana tiupan angin. Tetapi pandangan tajam anak-anak kapal ini.

Dan apa yang lagi menyeriaukan adalah..

Lelaki Viking itu ada di atas kapal ini!

Aku mahu terjun.

Aku bangun dan tangan aku memegang erat sisi kapal ini. Separuh badan aku paksa ke hadapan. Aku menjengket, mata ini masih melihat laut yang tenang itu. Aku menjengket lagi ke hadapan.

"Oit oit kau nak mati ke? "
Baju aku di cuit dan di tarik dari belakang. Dalam sekelip mata aku tertarik ke belakang.

Aku pusing menghadap dia. Aku jengketkan kaki aku yang kerdil di matanya ini. Kolar bajunya aku cengkam dan aku tarik sehingga wajah dia merapati milik aku.

"Haah. Aku nak mati. Nak jumpa ibu dengan ayah " aku tenung matanya dalam.

Dia ketawa.

"Lemahnya, bukannya kau boleh jumpa dia orang pun haha " dia tertawa dengan nada yang sangat tidak ikhlas kedengaran.

Balasannya mengguris hati aku. Cengkaman aku pada kolarnya semakin kuat di sebabkan rasa amarah di jiwa ini. Aku tarik kolar bajunya kasar sehingga dia tertunduk menghadap aku.

"Jadi aku tak berhak lah nak jadi lemah? Kalau aku lemah nak bunuh diri pun ada masalah ke dengan kau?! "Aku tengking dia. Aku sendiri tidak tahu, kenapa aku terlalu emosi saat ini.

Hati aku masih rapuh dan kecewa. Jiwa ini masih tidak meredhai pemergian mereka.

Senyuman dia semakin melebar saat melihat aku sedang menatapnya tajam.

"Kalau kau bunuh diri. Kau bukan setakat menyusahkan diri kau je nanti, kau menyusahkan aku. Kau sia-siakan usaha orang lain demi raga kau yang kononnya tersakiti tu " sinis nadanya membalas. Kata-kata lelaki ini sering tersimpan makna tersirat di sebalik ayatnya.

"Kau tak faham.. sakit aku— sakit yang aku pendam sejak tuhan tiupkan nyawa aku dalam jasad ni! " Air mata aku mengalir.

Kenapa;

Kenapa lelaki ini sering buat hati aku celaru.

Kadang dia terlalu baik dengan aku dan kadang kala dia menyakitkan hati aku.

"Kenapa ya..."

"Hm? " Pandangannya tidak sinis lagi.

Aku lepaskan kolarnya perlahan-lahan.

"Kau selalu sakitkan hati aku..  " Aku pandang dia dengan mata yang berkaca ini.

"So you can built a diamond heart" tangannya menarik hud yang menutupi kepalanya.

"These words was my mom's. It cuts deeper than a sword can. I'm a foolish son who tried to satisfy others"

"We have no different "

AYSUN: The UnbendWhere stories live. Discover now