14

117 12 0
                                    

*satu chap pun ambik masa lama sangat. Rindu zaman ii free dan tak kalut macam sekarang ni huhu. Apa ii pun enjoy la chapter rushing ni;>























AL-ANDALUS
0200a.m.



Teriakan yang kedengaran dari penjara bawah tanah kedengaran. Bergema kuat sehinggakan roman sesiapa sahaja yang mendengar akan menegak seriau.

Bunyi cemeti yang melibas-libas tidak akan sehari pun tidak kedengaran. Apabila jeritan itu tidak lagi kedengaran, maka jeritan yang seterusnya akan menyambung teriakan yang terhenti sebelumnya.

Inilah Al-Andalus saat ini.

Di bawah pemerintahan yang zalim, berpaksikan duniawi. Menyembah keangkuhan sendiri. Mereka mula meranakan insan-insan kerdil yang tidak punya darjat seperti mereka.

Jeneral Khan meludah darah yang tersisa di dalam mulutnya. Matanya mencerlung tajam lelaki muda di hadapannya. Kedua-dua tangannya di gari di atas kepala. Kakinya pula di gari dengan besi bola yang berat.

Tubuhnya calar balar. Penuh dengan luka-luka kulit yang tidak sembuh dan masih berdarah. Hari demi hari, cemeti dan rotan tebal menyentuh kulit badannya. Namun dirinya masih mampu mendongak memandang benci lelaki muda yang dahulunya di pimpin dan diajar ibarat anaknya sendiri.

Kalau dahulu pedang kayu yang di pegang lelaki itu mencalarkan pokok. Namun kini, cemeti yang di pegang lelaki itu mencalarkan tubuhnya.

"Jeneral Khan"

"Apa yang kau nak lagi daripada aku, Putera Razeen? "

"Correction, 'Your Highness' " dia bersuara angkuh. Matanya sinis melihat wajah calar balar lelaki tua di hadapannya.

Matanya gemar melihat kekejaman di hadapannya.

Jeritan dan rayuan manusia yang sedang meraung kesakitan bagaikan irama syahdu baginya.

Inilah didikan ayahandanya.

"Bagitahu aku, ke mana Nusaybah pergi "

"Aku tak akan bagi tahu mana kakak kau berada sampai bila-bila..

Walaupun aku mat- argh!! "

Darah tersembur keluar dari mulut Jeneral Khan sebaik sahaja tubuhnya di libas dengan cemeti.

Zap!

Zap!

Zap!

Jeneral tua itu tertunduk lemah.

"Dia bukan kakak aku, orang tua bodoh. She's weak as hell, and yet you still think she can be my sister!? " Tinggi nada suaranya menengking.

"Nusaybah tak lemah.. kau yang lemah sebenar-benarnya Razeen! Kau ada beribu orang di belakang kau tapi kakak kau cuma ada siapa selain Permaisuri Mawaddah dan Jeneral Yazid?! "

"Jangan terlalu menjunjung langit, Razeen. Takut nanti engkau yang akan menyembah tanah "

AYSUN: The UnbendWhere stories live. Discover now