6

182 19 1
                                    

Aku menyandarkan kepala aku pada dinding yang aku sandar ini. Lutut aku bawa ke dalam pelukan. Air mata terus menerus jatuh. Aku buntu. Aku rasa kecil dan lemah saat ini.

Dari kecil sehingga aku besar, aku tidak bahagia.

Aku rasa keadilan tidak wujud untuk aku.

Mereka kejam untuk aku yang baru sahaja ingin mengenali dunia ini.

Aku mencengkam rambut. Wajah ini aku bawa ke dalam antara lutut dan dada.

"Ya Allah... Give me one more chance. Lend me your strength.. I'm just too weak to walk this path"

"It just too hard. I can't bear it anymore. Fighting alone.. sakit tuhan, Nu- Nusa sakit sangat ya Allah.. "

"Mereka nak ambil ibu Nusa ya Allah "

"Jangan bagi mereka ambil ibu.. she's- the only hope i have in this crazy world.."

"Take me instead my lord"

Tangisan ini aku hamburkan penuh dengan rasa sakit dan kecewa. Tuhan, kenapa kau tidak beritahu aku bahawa di kecewakan oleh manusia sakitnya begitu dahsyat.

Kenapa sakit di hati pedih daripada sakit di tubuh.

Kepala ini aku angkat kembali, menatap atas. Gelap, kelam, kotor.

Dengan kedua-dua tangan dan kaki yang bergari ini, aku hanya mampu berdiam. Aku tidak lah sekuat mana mahu memecahkan besi-besi ini dengan tangan kosong. Aku cuma manusia.

Bunyi desingan besi terhasil setiap kali aku menggerakkan tangan dan kaki. Akal cuba mencari jalan untuk keluar, namun hati ini sudah lelah.

Aku tak tahu sama ada aku harus terus melawan atau berserah.

Namun jauh di sudut hati ini, aku masih mahu berdiri teguh.

Aku mengeluh. Sekarang pasti sudah pagi buta.

"Lepas! Lepaskan aku lah sial!! "

Aku tersentak.

"Ibu? " Aku melutut. Lengan yang bergari ini aku tarik-tarik. Di sebalik pagar besi yang berkarat ini, aku lihat seorang wanita yang tidak terurus di seret keluar.

Air mata meluncur laju.

"Ibu!!! "

"Lepaskan ibu aku lah tak guna! "

Ibu menoleh ke arah aku, begitu juga dengan askar-askar itu. Aku kerahkan tenaga demi melepaskan diri daripada gari-gari ini.

"Nusa.."

Mata yang bertakung ini menatap mata tua ibu dengan cabuk. "Ibu... "

"Tolong ibu Nusa.. "

Suara aku tersekat di kerongkong. Nusa mahu ibu, tapi Nusa tak mampu.. Nusa tak kuat.

"Le-paskan ibu aku.. "

Jeritan ibu tidak di hirau mereka namun mereka terus menyeret ibu jauh daripada mata aku.

Luka-luka dan darah daripada hirisan gari-gari aku tidak hiraukan. Aku terus cuba dan cuba untuk melepaskan diri. Bunyi beduk besi kedengaran. Hukuman mati akan dilaksanakan dalam 15 minit.

Dan aku masih tersekat di sini.

"ARGH!! "

"Sial! "

Aku menunduk. Air mata jatuh menitis pada lantai. Mereka akan bunuh ibu, seterusnya aku. Aku tidak peduli kalau aku yang mati dahulu, bukan ibu!

"Nusa.. "

AYSUN: The UnbendWhere stories live. Discover now