4

202 19 3
                                    

"Puteri... "

Jeneral Yazid menyelak tirai-tirai emas yang menutupi beberapa kawasan tertutup di sekitar koridor istana. Matanya melilau mencari gadis cilik itu.

"Puteri Nusaybah.. "

Perisai kepalanya di tanggal.

"Mana pula budak comel ni? " Jeneral itu menggaru kepala.

"Sakitlah! "

Dia terdiam. Ini suara Nusaybah!

Kakinya di bawa laju ke hadapan. Ingin mencari arah di mana suara Nusaybah kedengaran sebentar tadi.

Sebaik sahaja kakinya terhenti di hadapan taman bunga istana. Bibirnya menggigil. Giginya di ketap geram. Tangannya yang baru saja ingin mengeluarkan pedang daripada sarung di sisi di tahan oleh seseorang di belakang.

"Jangan Yazid.. "

Perlahan-lahan pedangnya di sarung kembali.

Mata coklat gelap itu hanya mampu menatap sayu gadis yang terbaring lemah dengan calar balar di muka dan lengannya. Di hadapan gadis itu pula berdiri seorang lelaki tua dan seorang kanak laki.

"Ini sebab kau melawan cakap aku "

"Bukan aku dah bagitahu engkau ke Nusaybah, kau bukan anak aku. Walaupun kau boleh bergerak bebas di istana aku, suatu hari nanti saat Putera Razeen gantikan tempat aku...

You will be expelled from this castle "

"Jadi jangan berangan mahu belajar berlawan dan jangan cuba-cuba untuk bantah arahan anak aku "

"Kau cuma bakal pembantu istana sahaja "

"Razeen, ajar dia " pedang kayu milik puteri itu di letak pada tapak tangan Putera itu.

"Baik ayahanda"

Jeneral Yazid hilang sabar. "Aku tak tahan lagi Khan! Lelaki jenis apa bagi anak lelaki dera anak perempuan sendiri? Binatang pun tahu sayangkan anak mereka!" Tangannya menepis genggaman Jeneral Khan.

"Tapi kalau kau bertindak terburu-buru. Pasti Raja Tahir akan hukum kau dan puteri sekali! "

Jeneral Yazid terdiam sesaat. Dia menggeleng laju. "Ah, aku tak peduli! "

Putera Razeen mendekati kakak tirinya. Pedang kayu yang sudah tidak rata dan berbucu-bucu kayu itu di angkat tinggi.

Jeneral Yazid menepis segala rasa takutnya. Tidak peduli jika dia bakal di jatuhkan hukuman.

Namun sangkaannya meleset. Belum sempat dia bertindak. Pedang kayu yang di ayunkan Putera itu di tahan oleh Puteri Nusaybah itu sendiri.

Di genggam pedang itu sekuat-kuatnya sehinggakan darah mula mengalir ke pergelangan tangannya. Sakitnya tajam pedang itu tidak sesakit hatinya yang di permalukan di khalayak ramai sebegini.

Dia benci lelaki ini!

Mata gadis itu mencerlung tajam mata adik lelakinya yang cuba mencederakan dirinya ini.

Laju dia menolak pedang itu sehingga kanak lelaki itu jatuh terduduk.

"Perempuan biadap! " Raja Tahir naik berang.

Nusaybah perlahan-lahan bangkit.

Matanya yang dahulu menatap wajah ayahandanya dengan pandangan yang ingin meraih kasih sayang seorang bapa kini berubah menjadi tatapan benci.

"Baik. Kalau macam tu yang tuanku mahukan, saya dengan hati yang terbuka dan ikhlas seikhlas-ikhlasnya akan terima yang saya bukan anak tuanku "

"Aku tak akan mengaku orang yang buang aku sebagai ayah aku. Tapi ingat, aku bukan pembantu istana anak kau. Aku tak akan keluar daripada istana ni. And i'm still part of Al-Andalus royals "

AYSUN: The UnbendWhere stories live. Discover now