27

69 11 5
                                    

P/s: Bismillah otw tukar cover. Stay tuned hihi:3







Aku mengeliat lama. Aku masih rasa letih mengikut Hud menjadi Robin Hood malam semalam. Lelaki itu memang ibarat bayang-bayang hitam!

Tiada satu pun askar yang menyedari kewujudan lelaki itu di pengkalan mereka.

Aku yakin mesti pagi ini mereka semua sedang bengang melihat barangan berharga dan duit-duit mereka di ambil.

Peduli pula aku. Aku lagi bahagia jika mata ini dapat melihat mereka menjadi papa kedana ibarat anjing kurap!

Wajah yang basah ini aku lap dengan tuala yang bersih. Aku mahu melihat sekitar Kota Pelezein ini. Hud di katil aku capai dan sarung ke tubuh sebelum kaki melangkah keluar dari rumah yang tidak serupa rumah ini.

"Agak-agak berapa untung yang lain dapat? Hmm " aku mengetuk-ngetuk dagu dengan jari telunjuk.

Aku rasa duit syiling emas sudah dua guni aku kumpul semalam. Barang kemas pun hampir dua guni juga. Cukup bagi aku untuk tidak di jual lelaki tua itu.

Splash

Aku tersentak apabila sebelah kaki aku tenggelam di dalam lopak air. Ew.

Aku mengeliat geli melihat lopak air berwarna coklat gelap ini. Nasib tidak ada najis haiwan! Pantas aku melangkah menjauhi lopak kotor itu.

Tuju aku sekarang ini ke kedai pertukaran barang kemas. Aku bawa beberapa barang berharga di dalam beg yang aku sandang sekarang ini. Di sana aku boleh tukar barang ini dengan mata wang emas. Tapi.. nampaknya sekarang ni aku seperti tiada arah.

Aku sesat ke?

Aku memandang sekeliling. Aku dekat mana ni? Kawasan ini seperti kawasan pertempatan. Setahu aku di dalam peta Pelezein.. tiada pun kawasan yang bernama- Televé?

Aku mengeluh perlahan.

Lantaklah!

Aku tak ada masa untuk peduli hal sebegini!

Aku meneruskan langkah sehingga langkah aku terhenti di sebabkan satu perkara.

Mata aku statik.

Nafas aku menjadi perlahan melihat perkara di hadapan aku. Terus aku berjalan laju ke arah mereka.

"It's dirty, don't drink it " lengan dua kanak-kanak ini aku tarik. Namun mereka masih rakus meneguk air lopak yang kekuningan ini.

Aku tarik lagi lengan mereka dengan kudrat aku. Aku paksa juga mereka bangun walaupun mereka masih berdegil ingin minum air kotor itu.

Aku tarik mereka dalam pelukan aku.

Kanak perempuan ini mendongak menatap aku dalam. "Lapar.. haus.." baju aku di tarik-tarik lembut. Nasib baik aku belajar bahasa mereka sebelum tiba di Pelezein. Sekurang-kurangnya aku faham juga sepatah dua bicara orang Pelezein.

"Mana rumah kamu berdua? "

Kanak lelaki ini pula menggeleng. "Tak ada rumah. Rumah kami sudah rentung di bakar" jawabnya polos.

"Rentung? "

Jeda.

"Penduduk Isgaris"

Aku terdiam. Aku sangkakan hanya askar Isgaris sahaja yang ada di Pelezein. Rakyat Isgaris juga ada di sini?

Aku melutut menyamakan paras wajah aku dengan wajah mereka berdua. "Could you take me there? " Tangan mereka aku genggam lembut. Tiada balasan. Mereka hanya mengangguk.

AYSUN: The UnbendWhere stories live. Discover now